Memaparkan catatan dengan label Sayangi Dirimu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sayangi Dirimu. Papar semua catatan

Ahad, 6 November 2016

Don't Ever Forget!

Salam. 

Tarikh 7-November-2016.




Manisnya senyum.

Adakah Ini Kali Pertama dan Terakhir?

Salam.

Tarikh 7-November-2016.



Segalanya ku terima. 

Pertama kali berdepan dengan situasi ini. 

Pada hari raya Aidiladha ke-2, Meen mengalami sakit perut yang amat sangat. Sehinggakan tak terdaya untuk duduk apalagi untuk berjalan. 

Sekembalinya daripada ruma "Tok Alang" seusai menziarahinya, di dalam perjalanan pulang, Meen meminta untuk singgah tandas di stesen minyak terdekat kerana tidak tahan menanggung sakit perut yang amat sangat. Lama bertafakur di dalam tandas, tidak hilang juga sakit perut Meen. 

Kenapalah agaknya perut Meen ni? Makin lama semakin sakit hingga tidak tertahan lagi. Sesampainya di rumah Mak di Cheras, mohon Mak supaya dapat menjaga sementara Afrina kerana HKL tidak membenarkan kanak-kanak untuk masuk ke dalam hospital. 

Setibanya di HKL, doktor terus menerima kes Meen dan mendahulukan Meen berbanding yang lain. Terdetik di hati, apakah agaknya yang berlaku sehinggakan nampak begitu cemas keadaan ketika itu. 

Berjumpa dokor, terus dinasihati Meen dan memberikan Meen apakah langkah yang terpaksa pihak HKL ambil untuk rawatan Meen. 

Pembedahan tepaksa dilakukan bagi mengetahui samada sakit perut yang dialami Meen disebabkan oleh apendiks atau kandungan luar rahim.

Meen terus bersetuju untuk menjalani pembedahan. 

Usai pembedahan, terlihat wajah insan yang paling mengasihi Meen "MrPresident". 

Melihatkan wajahnya yang sentiasa mengukir senyum sudah cukup menghilangkan kesakitan seketika. 

Menurut "MrPresident", Meen menjalani pembedahan bagi membuang sebelah tiub Fallopio kerana kandungan yang dikandung Meen telahpun pecah di dalam tiub Fallopio. 

Terdiam.

Terasa gelapnya dunia. 

Adakah Meen hanya akan memiliki seorang cahaya mata? Beratnya ujianMu Ya Allah.

Tak mampu rasanya untuk diucapkan apa-apa. 

Hanya air mata yang mengalir membasahi pipi.

Sungguh. Terasa berat beban yang ditanggung kali ini. Terasa satu demi satu ujian dariNya amat-amat berat untuk diterima. 

Doktor memberikan tempoh rehat selama 45 hari untuk Meen berehat menerima rawatan.

Ku terima segalanya Ya Allah. 

Pasrah.

Ku pasti ada jawabnya.



Manisnya senyum.

Sabtu, 29 Oktober 2016

3 Pengalaman Semasa Mengandung Yang Penuh Erti

Salam.

Tarikh 30-Oktober-2016.

3 Pengalaman Semasa Mengandung Yang Penuh Erti.

Tajuk entri kali ni Meen pilih kerana ingin berkongsi pengalaman mengandung Meen sendiri.

Lain orang lain cara dan pengalamannya. Cerita masing-masing berbeza. Pengalaman juga sudah tentu berbeza. Apa yang pasti, ambillah seberapa banyak ilmu pengetahuan supaya nanti apabila mungkin situasi sama yang mungkin berlaku, tidaklah panik menerima takdir ketentuanNya.


Kandungan #1
Cord Prolapse

Tali pusat terlepas kedalam vagina (cord prolapsed) sebelum bayi lahir. Cord prolapsed adalah satu kecemasan dimana sebaik sahaja air tetuban pecah, tali pusat terjatuh atau terkeluar kedalam vagina sebelum bayi. Suhu dalam vagina yang lebih sejuk akan menyebabkan salur darah dalam tali pusat akan mengecut dan menjejaskan bekalan oksigen kepada bayi. Ia boleh menyebabkan kematian bayi jika bayi tidak dilahirkan dengan segera melalui pembedahan cesarean.

                        cord prolapsed in breech  cord prolapsed


Bagaimana senario di hospital apabila ‘cord prolapsed’ dikesan? 

Ia adalah satu kecemasan CODE BLUE!. Sebaik sahaja doktor atau jururawat yang membuat pemeriksaan vagina mendapati ada tali pusat jatuh kedalam vagina, ibu harus menjangkakan tindakan yang akan diambil dan ibu harus bekerjasama:
  • pemeriksa tidak dapat mengeluarkan jarinya dari vagina ibu sehinggalah ibu dibawa ke bilik pembedahan untuk pembedahan segera. Pemeriksa akan terus berada disitu untuk menahan supaya tali pusat tidak terus jatuh dengan lebih banyak, dan talipusat tidak terhimpit oleh kepala bayi yang boleh menjejaskan bekalan oksigen kepada bayi.
  • Bantal akan diletakkan dibawah punggung ibu supaya lebih tinggi dan mencegah tali pusat dari terus terjatuh atau terhimpit
  • Ibu mungkin akan diterbalikkan dengan punggung keatas (posisi sujud)
  • Doktor akan memenuhkan pundi kecing ibu dengan air melalui catheter, untuk mencegah tali pusat dari terus jatuh atau terhimpit
  • Ibu akan dibawa ke bilik pembedahan untuk pembedahan segera



Kandungan #2
Ruptured Ectopic Pregnancy (Perpecahan Kehamilan Luar Rahim)

Mengikut proses penghamilan yang biasa, semasa ovulasi ovari akan melepaskan telur ke dalam salur fallopian. Sperma yang berjaya berenang keatas dan melepasi salur fallopian akan menembusi telur dan mensenyawakanya. Seterusnya cantuman baka berlaku, sel sel akan membahagi secara pesat dan zigot akan mula terbentuk. Zigot yang sedang membentuk akan berguling balik masuk kedalam rahim melalui salur fallopian selama 7 hari sebelum masuk kedalam rahim dan membenam kedalam dinding rahim pada hari ke 10 selepas disenyawakan. Zigot seterusnya berkembang menjadi embryo dan janin.

Tetapi kira kira 1:50 kehamilan, zigot yang terhasil akibat cantuman sperma dan telur gagal untuk bergerak balik kedalam rahim pada jangkamasa yang tertentu mengikut hukum azali. Akibatnya ia tersangkut didalam salur fallopian dan membenam kedalam dinding salur fallopian yang sempit. Salur fallopian akan mengembang dan akhirnya pecah dan menyebabkan perdarahan dalaman yang serius. Jika ini berlaku, ia adalah sangat bahaya dan boleh mengancam nyawa anda. Kehamilan luar rahim memerlukan rawatan kecemasan.


Ia membawa maksud, embrio yang telah dipersenyawakan membesar bukan pada tempatnya iaitu di luar daripada rahim. 98% daripada kandungan luar rahim ini ialah pada kawasan tiub fallopia dan ia dipanggil "Tubal Pregnancy". Yang lain-lain ialah di serviks, di dalam kawasan abdomen (omentum atau peritoneum) dan ovari.




Simptom atau tanda tanda kandungan luar rahim?

  • Turun darah (sedikit)
  • Loya dan muntah-muntah
  • Sakit perut
  • Kejang perut
  • Sakit di sebelah badan anda
  • Pening atau kelemahan
  • Sakit di bahu , leher, atau rektum
  • Jika pecah tiub fallopion , kesakitan dan pendarahan boleh cukup teruk menyebabkan pengsan.
Jika anda mengalami gejala-gejala yang tersebut, hubungi doktor anda dan segera pergi ke bilik kecemasan. Jika kandungan luar rahim dapat dikesan pada peringkat awal sebelum pecah, rawatan segera boleh diberikan. Dengan itu ia mengurangkan risiko pendarahan dan memelihara kesuburan anda.

Bagaimana kehamilan luar rahim dirawat?

Ada terdapat tiga pilihan rawatan kehamilan laur rahim bergantung kepada usia kandungan dan status klinikal pesakit itu.

1. Pembedahan ‘laparotomy’ dan ‘salphigectomy’: Jika doktor mengesyaki bahawa tiub fallopio telah pecah , pembedahan kecemasan adalah perlu untuk menghentikan pendarahan. Dalam beberapa kes, salur fallopion yang terbabit dan ovari mungkin rosak dan perlu di buang terus.

2. Pembedahan laparoskopi. Jika salur fallopion tidak pecah dan kehamilan itu masih awal, pembedahan laparoskopi boleh membuang embrio dan membaiki kerosakan pada salur fallopian.

3. Suntikan ubat chemotherapy methotrexate: Dalam sesetengah kes, jika kandungan itu masih terlalu awal dan salur fallopian masih elok, rawatan menggunakan ubat metotrexate (sejenis ubat chemotherapy) boleh digunakan untuk menghentikan pertumbuhan tisu kehamilan.




Ruptured Ectopic Pregnancy 7-November-2011


Kandungan #3
Bell's Palsy yang Merunsingkan

Bell’s Palsy adalah penyakit saraf yang mengenai saraf fasialis (wajah), menyebabkan kelumpuhan otot-otot salah satu sisi wajah, sehingga wajah menjadi asimetris, karena salah satu sisi wajah tampak melorot/ mencong. Hanya salah satu sisi wajah penderita saja yang dapat tersenyum, dan selain itu, hanya satu mata saja yang dapat menutup dengan sempurna.

Penyebab dari Bell’s Palsy belum diketahui secara pasti, namun beberapa sumber menyebutkan bahwa penyebab Bell’s Palsy adalah proses peradangan saraf yang mengontrol otot-otot salah satu sisi wajah. Ada pula yang mengatakan bahwa kerusakan saraf ini merupakan akibat dari infeksi virus.

Nama Bell’s palsy diberi sempena pakar anatomi Scotland Charles Bell yang pertama kali menggambarkan keadaan tersebut sebagai penyakit mononeuropati akut (penyakit yang melibatkan satu saraf).

Biasanya, ia berlaku secara tiba-tiba secara separa namun dalam kes tertentu (peratusan rendah) ia boleh melibatkan kelumpuhan kedua-dua belah muka.

Jelasnya, punca yang kurang dikenalpasti mungkin disebabkan radang akibat jangkitan viral seperti herpes yang menyebabkan saraf muka menjadi bengkak. Saraf tersebut, katanya, bergerak melalui tengkorak dalam saluran tulang kecil di bawah telinga.

Disebabkan ia membengkak dan mampat dalam saluran tulang yang sempit, dipercayai keadaan ini boleh menyebabkan kerosakan atau perencatan pada saraf tersebut.

“Namun itu hanya sebahagian daripada punca yang dikenalpasti kerana punca sebenar tidak diketahui,” katanya.

Selain itu kata beliau, beberapa punca mungkin mempunyai kaitan dengan serangan Bell’s palsy seperti trauma, faktor sekeliling, emosi dan metabolik tidak stabil.




Alhamdulillah. Pengalaman mengandung inilah yang mematangkan dan menambahkan lagi ilmu pengetahuan Meen tentang kehamilan. 

Semoga apa yang Meen konsikan di sini dapat dijadikan panduan sahabat semua. 

Manisnya Senyum!

Selamat Datang Tahun 2017

Salam.

Tarikh 30-Oktober-2016.

Pejam celik pejam celik dah pun hampir masuk ke bulan November (sambil menarik nafas panjang).

Cepat betul masa berlalu.

Lagi dua bulan sahaja kita bakal melangkah ke Tahun 2017.

Apa agaknya sudah terlaksana semua azam dan impian untuk tahun 2016? Sekiranya belum masih belum terlambat untuk diusahakan.

Semoga kita akan dapat mencapai semua cita-cita dan impian.

Image result for tahun baru 2017


Manisnya senyum.

Ahad, 16 Oktober 2016

Sultan Muhammad ke-V dilantik YDP Agung ke-15

Salam.

Tarikh 16-20-2016.


kredit kepada thestar.com.my

Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya hari ini bersetuju mengisytiharkan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baharu berkuatkuasa pada 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun.

Baginda akan menggantikan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang tamat tempoh lima tahun sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14.

Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh yang sama, menurut kenyataan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad hari ini.



Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja itu dihadiri semua Raja dan dipengerusikan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Sultan Kelantan Sultan Muhammad V merupakan seorang raja berjiwa rakyat dan sangat dekat di hati penduduk negeri Kelantan.

Tengku Muhammad Faris Petra, 47, putera sulung Sultan Ismail Petra menggunakan gelaran Sultan Muhammad V setelah dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 September 2010.

Sejak ditabalkan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada 6 Oktober 1985, baginda lebih suka mengenakan jubah atau berbaju Melayu dengan berkain pelikat serta berkopiah putih ketika melawat rakyat.


Baginda tidak kekok duduk bersila bersama rakyat semasa mengadakan lawatan ke kampung-kampung, malah amat mengambil berat kebajikan mereka dan kerap kali dalam diam dan di luar pengetahuan media, menjengah kehidupan mereka yang memerlukan pembelaan.

Sultan Muhammad V yang diputerakan pada 6 Oktober 1969, mendapat pendidikan awal di Sekolah Sultan Ismail I, Kota Bharu sebelum melanjutkan pelajarannya ke sekolah antarabangsa Alice Smith di Kuala Lumpur.

Baginda kemudian ke Oakham School Rutland, England sehingga 1989 sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang kajian diplomatik di St. Cross College, Oxford serta di Oxford Centre for Islamic Studies sehingga 1991.


Baginda juga meminati sukan memanah, boling serta memelihara haiwan seperti kuda, kucing, ayam dan burung.

Baginda mempunyai tiga adinda iaitu Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra, 37, Tengku Muhammad Fakhry Petra, 33, dan Tengku Amalin Aishah Putri, 27.

Sultan Muhammad V yang merupakan Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) gemar membaca serta meminati sukan lasak seperti ekspedisi kenderaan pacuan empat roda dan kejohanan kuda lasak.


Allahuakbar! Allahuabar! Allahuakbar!

Manisnya senyum.

Sabtu, 15 Oktober 2016

3 Cara Mudah Mencapai Jiwa Tenang

Salam.

Tarikh 15-Oktober-2016.

Nak cari ketenangan? Bercelaru dan keliru? Hidup dipenuhi dengan pelbagai masalah yang melanda? Tak tahu mana satu yang harus didahulukan? 

Kadang-kala memang sukar untuk menguruskan permasalahan harian. 

Bagaimana caranya? 

#1 Bacalah Al-Quran

Luangkanlah masa yang diberikan oleh Allah dalam sehari untuk membaca Al-Quran. Jika sekiranya tak dapat juga kita laksanakan, cubalah membaca Al-Quran seminggu sekali. Itupun sudah cukup memadai sebagai permulaan. Mulakanlah sekarang wahai sahabat. InsyaAllah ada jalan keluar yang mudah diberikan oleh Ilahi kepada kita untuk menempuhi hidup seharian sebagai hambaNya. 



#2 Bersyukurlah Bersyukurlah Bersyukurlah

Bersyukurlah selalu dan jangan lupa memohon kepada Ilahi supaya diberikan penyelesaian dan supaya dapat dihilangkan segala kekusutan.Image result for doa mohon ketenangan hati

#3 Yakin Allah itu Maha Pengasih

Sahabat, percayalah dan yakinlah dengan hati bahawa Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Dengan keyakinan yang penuh kepada janji Allah, InsyaAllah kita akan lebih bermotivasi dan lebih berusaha di dalam urusan harian kita. 

Image result for chase akhirat

Selamat beramal sahabat!

Peringatan buat diri Meen juga ya! 

Manisnya senyum.

Ahad, 9 Oktober 2016

Rambut Mahkota Wanita! 7 Tips Mudah Menjaga Rambut

Salam.

Tarikh 15-Oktober-2016.

Rambut merupakan mahkota wanita dan perlu dijaga dengan rapi. Meen kongsikan di sini 7 Tips Mudah Menjaga Mahkota Wanita Ini!

Image result for hairstyle hollywood artist


Walaupun dikatakan ianya mahkota wanita, masih lagi ada di antara wanita yang gagal mengurus rambut dengan baik. Maklum sahaja dalam kesibukan menjalani hidup sehari-hari, kadangkala mungkin juga kita terlepas pandang akan mahkota wanita ini. 

Bagaimana cara menjaga rambut tambahan lagi apabila seorang wanita sibuk menguruskan rumahtangga dan keluarga tercinta? Jom teruskan membaca bersama Meen. Ini caranya.

#1 Gunakan berus yang bergigi jarang untuk memberus rambut. Bukan sahaja ianya menyisir rambut dengan kemas, tetapi ianya juga melancarkan peredaran darah di bahagian kepala. 

Image result for short edgy hairstyles for women


#2 Amalkan memberus rambut sebelum mandi kerana ini dapat mengurangkan keguguran rambut.

#3 Jangan terus memakai tudung ketika rambut masih basah kerana ini dapat menggalakkan pertumbuhan kelemumur di kulit kepala.

#4 Potong atau trim rambut dua bulan sekali untuk mengelakkan rambut bercabang dan menggalakkan pertumbuhan rambut baru

#5 Elakkan daripada mewarnakan rambut kerana ia boleh menyebabkan rambut rosak dan kering jika tidak dilakukan oleh pendandan rambut professional.

Image result for rambut mahkota wanita

#6 Amalkan menyapu dan melembabkan rambut dengan pati santan kelapa kerana ianya menguatkan akar rambut dan melebatkan dan menghitamkan rambut

#7 Yang paling penting, kenal pasti syampu rambut yang bersesuaian dengan kulit kepala dan rambut kerana pemilihan syampu rambut juga seperti sama seperti pemilihan pencuci muka, mengikut individu dan juga berlainan di antara individu. 

Meen menggunakan syampu L'oreal Elseve Fall Resist 3X kerana ianya ternyata memberikan kekuatan akar rambut yang lebih selepas dipakai selama beberapa minggu. 



Syampu rambu L'oreal Elseve Fall Resist 3X ini emang mampu milik kerana harganya yang tidak pun mencecah RM10 sebotol 330ml. Selain daripada keberkesanannya ke atas kulit kepala, baunya yang wangi dan harum juga memikat hati Meen.

Boleh juga didapati di kedai-kedai runcit yang menjual dengan harga promosi yang jauh lebih murah dari pasaraya. Kalau nak rambut harum mewangi, silalah mencuba ya!

Manisnya senyum.

Isnin, 3 Oktober 2016

Bagaimana Perjuangan Ibu Bekerjaya?

Salam. 

Tarikh 3-Oktober-2016.

A.F.F.A.N


Hari ini genaplah sudah 1 tahun 4 bulan usia Affan. Pejam celik pejam celik sekejap sahaja dirasakan menigkatnya usia Affan. 

Diingat-ingat semula, masih terasa baru sahaja menahan kesakitan ketika doktor bius mencuba untuk memasukkan ubat bius ke dalam tulang belakang. Tak tertahan sakitnya, sehinggakan Meen melahirkan rasa sakit kepada doktor. Maafkan Meen doktor, bukan niat menyalahkan doktor, tapi rasa sakitnya tak tertahan. 

Hari ini rasa rindu sangat kepada Affan. Inilah teman baiknya di kala ini. Harus juga ada apabila minum susu dan sekiranya tiadalah "Boo" yang satu ini, memang akan terasalah juga kehilangannya. 

Bagi ibu bekerja seperti Meen, kadang-kala terasa rindu pada anak-anak walaupun hari-hari berjumpa. Tambahan lagi Affan dijaga sepenuhnya oleh Meen sehingga usianya genap setahun. Diberikan makan dan minum oleh Meen dan juga diberikan sepenuhnya susu badan. Mungkin juga kerana itu, badan Affan lambat juga naiknya, sehinggakan beratnya dikatakan agak kurang daripada yang sepatutnya oleh wakil Klinik Kesihatan. 




Mungkinkah ada ibu bekerjaya seperti Meen yang kadang-kala merindukan kehadiran anak-anak di sisi mereka. Sudah tentulah. Hanya mereka yang bergelar Ibu sahaja yang mempunyai naluri sebegini. Tambahan lagi sekiranya merekalah yang bersengkakng mata dalam menjaga sendiri anak-anak mereka sedari daripada tempoh berpantang sehinggalah pandai bertatih.




Semoga sahabat-sahabat yang seangkatan dengan Meen dapat menempuhi hidup yang penuh dengan cabaran di luar sana. Menguruskan anak-anak dan keluarga, juga kerjaya sudah tentulah bukan perkara yang mudah untuk dilakukan, tetapi tidaklah mustahil.

Selamat berjuang!

Manisnya senyum.

Jumaat, 30 September 2016

Akhirnya Kau Tinggalkan Aku

Salam.

Tarikh 29-September-2016.

Akhirnya kau tinggalkan aku.

Hahahaha... Tersenyum seorang diri barangkali.

Akhirnya semut-semut yang bermaharajalela di dalam rumah ini pergi juga meninggalkan Meen.

Maafkan Meen semut. Tapi apabila kehadiranmu semakin bermaharajalela, terpaksalah juga Meen mengambil tindakan drastik. Jika sekiranya sebelum ini Meen menyenaraikan petua-petua untuk menghalau dan menghilangkan semut-semut di dalam rumah, nampaknya kali ini adalah pengalaman dan cerita sebenar apabila Meen mempraktiskan petua-petua itu.

Di antara cara dan petua yang Meen gunakan sebelum ini adalah dengan menggunakan cara

#3 Cuka + Air
Campurkan cuka dengan sedikit air dan semburkan ke laluan semut. Lakukan berulang-ulang sehingga nanti semut akan berkurangan.


Apabila Meen menggunakan cara ini, wahhh semakin ramai pula semut-semut yang datang berkunjung. Jadi, cara ini memang tidak disyorkan oleh Meen kerana ianya hanyalah mengundang kehadiran semut yang lebih banyak.


#1 Tepung jagung
Cara yang pertama ini akan Meen pertimbangkan kerana ianya sangat selamat dan mudah pula untuk didapati. Hanya taburkan sahaja tepung jagung di laluan semut untk menghalau mereka.


Kemudiannya, Meen menggunakan tepung jagung. Malangnya tepung jagung ini kemudian berterabur di atas lantai dan memang mengotorkan lantai kediaman rumah. Memang juga tak berjaya kerana semut yang lalu di dinding-dinding rumah tidakpun dapat dihilangkan.

Meen menggunakan dua cara ini kerana ianya lebih bersifat semulajadi kerana anak-anak masih kecil dan Meen lebih suka mengunakan petua yang tidak mempunyai bahan kimia untuk keselamata anak-anak.

Akhirnya, Meen akur dengan membeli racun semut yang dijual di kedai-kedai runcit dan pasaraya. 


Ini racun semut pertama yang dibeli oleh Meen iaitu Eco Ant Bait yang bersifat semulajadi. Malangnya ianya juga tidak dapat membantu menghalau semut-semut ini keluar daripada rumah Meen. Ianya berkesan tetapi tidaklah efektif.



Racun semut yang ini pula Meen beli di kedai menjual barang-barang plastik. Di dalamnya terdapat 2 batang kapur yang perlu dioleskan pada laluan-laluan semut dan tidak lama selepas itu, semut-semut ini akan jatuh ke lantai. Racun semut ini pula dinamakan SLS MAgic Insecticide Chalk dan sangat-sangat berkesan mengurangkan kehadiran semut-semut di dalam rumah. Tambahan pula, hanya oleskan pada dinding-dinding rumah dan selepas semut-semut itu jatuh di lantai nanti, cepat-cepatlah dibersihkan.

Jadi, apa yang Meen buat, selepas anak-anak sudahpun masuk tidur, barulah Meen akan oleskan kapur ini pada dinding-dinding rumah dan selepas sejam kemudian, dibersihkan pula semut-semut yang jatuh tadi. 

Tada! Selesai dan sungguh mudah. 


Inilah dua jenis racun semut yang dibeli oleh Meen dalam Projek Menghalau Semut Bahagian II.



Tengoklah semut yang bertaburan di lantai akibat penangan racun semut jenis kapur yang Meen gunakan.

Sekian. Terima kasih.

Manisnya senyum.

Selasa, 27 September 2016

Nilai Masa Itu!

Salam.

Tarikh 28-September-2016.

Cepatnya masa berlalu.

Meninggalkan semua tanpa mengenal siapa.

Meen masih lagi mencongak-congak waktu yang terlalu berharga yang berlalu pergi meninggalkan kita semua. Terasa amat bernilainya masa yang diberikan sekadar pinjaman oleh Ilahi. Terasa terlalu banyak lagi yang belum pun dapat Meen penuhi, terutama permintaan daripada anak-anak dan juga keperluan berbakti kepada Mak dan Ayah.

Hmmm... Terasa cepat benar berlalunya pergi hari demi hari dalam hidup Meen. Sedang masa pantas berlalu, begitulah usia Mak dan Ayah yang semakin lama semakin dimamah waktu. Mana mungkin segala budi mereka dapat dibalaskan oleh Meen? Kerdil sungguh terasa diri.

Bila mengenangkan kembali zaman kanak-kanak Meen, serasa seakan baru semalam berlalu.



Kehidupan yang tidaklah semewah manapun, namun Alhamdulillah cukuplah juga makan dan minum kami 7 beradik. Pengorbanan Mak yang sanggup berhenti kerja demi menjaga kami semua amat besar pada Meen. Makan minum kami dijaga rapi oleh Mak. Sehinggakan kami bersalin dan berpantang juga, Mak lah di antara orang yang paling sibuk menguruskan kami dan mengambil berat perihal anak-anaknya. Terima kasih Mak.

Pagi tadi, apabila dikhabarkan berita tentang Angah yang telah pun dimasukkan ke wad kerana telah mengalami kontraksi, Mak jugalah yang menjadi peneman setia. Seperti mana layanan Mak terhadap anak-anaknya, seperti itu jugalah nanti Meen mengharapkan punya waktu dan ruang untuk melayani anak-anak Meen. Seperti mana sabarnya Mak melayani kerenak kami adik-beradik, seperti itu jugalah Meen mengharapakan agar dikurniakan kesabaran dalam mendepani kerenah anak-anak. Seperti mana lembutnya tutur bahasa Mak dalam mendidik kami, seperti itulah juga Meen ingin tuturkan kepada anak-anak nanti.

Mak! Mak sumber inspirasi.

Terima kasih MAK.
Image result for be good to parents

Image result for being a parent


Manisnya senyum MAK!

Isnin, 12 September 2016

Hari Raya Haji dan Gotong Royong Korban 2016

Salam.

Tarikh 12-September-2016.

Bertempat di Dewan Sri Pulau Pinang, Cheras telah dikorbankan seekor lembu untuk tujuan Korban. 

Selepas Solat Sunat Aidil Adha, hujan turun dengan agak lebat dan ini menyebabkan aktiviti gotong royong ditunda sehingga hujan agak renyai. 

Bermulalah aktiviti gotong royong korban 2016 semepna Hari Raya Haji di Dewan SPP.






Proses melapah yang memakan masa yang agak lama kerana kekurangan kakitangan untuk menguruskannya. Ahli yang ada pun bukanlah terdiri daripada ahli yang mahir dalam bab lapah melapah. Walaupun begitu, akhirnya berjaya juga lembu yang seekor ini dilapah sehingga selesai.





















Seharian jugalah menunggu "MrPresident" pulang ke rumah. Maklumlah apabila sibuk dengan aktiviti gotong royong sebegini, sudah tentulah hanfon bukan lagi di tangan dan ditatap di tanagan lagi. Hanya apabila hampir pukul 4 barulah "MrPresident" tiba di rumah. 

Nampaknya, pada tahun ini juga, tidaklah dapat untuk Meen pulang ke Melaka kerana mengenangkan keadaan yang tidak mengizinkan. Waktu yang sangat suntuk tambahan lagi sudah tentu "MrPresident" keletihan setelah seharian bertungkus lumus dengan gotong royong ini.

Apa yang paling menguntungkan, dapatlah juga "MrPresident" membawa bekalan Sup Gear Box pulang ke rumah. 



Memang berselera Affan merasai Sup Gear Box yang dibawa pulang oleh "MrPresident". Nampaknya tak merasalah "MrPresident" akan Sup Gear Box yang dibawa pulang olehnya. Memang untuk anak-anak katanya. 

Terima kasih "MrPresident".

Manisnya senyum.