Sabtu, 6 Februari 2016

Resipi Bubur Cha Cha Paling Mudah Untuk Minum Petang

Salam.

Tarikh 6-Februari-2016.

Hari ini Meen cuba lagi memasak Bubur Cha Cha.

Yang sebenarnya, Bubur Cha Cha ni menjadi kegemaran "MrPresident" dan Afrina.

Tetapi mungkin disebabkan kurangnya kemahiran memasak Meen yang menyebabkan bubur Cha Cha ni kurang mendapat sambutan setiap kali Meen memasaknya.

Tapi kali ni berjaya juga Meen menambat hati mereka, setelah mencuba berkali-kali sebelum ini.

Hanya dengan sekali hidangan sahaja, Bubur Cha Cha yang dimasak oleh Meen kali ini, habis tanpa baki.

Selepas ini, bolehlah Meen cuba memasak lagi.

Yay.




magazinesbymeen@blogspot.com



















Sebenarnya, setiap kali pulang daripada kampung Meen di Melaka, setiap kali itu jugalah cha cha akan dibeli oleh "MrPresident" dengan harapan supaya Meen boleh memasaknya nanti. 

Jadi kali ini, Meen memang amat berpuas hati kerana Bubur Cha Cha yang Meen sediakan hari ini memang menjadi-jadi. 

Rahsianya mungkin juga kerana Meen memasaknya dengan penuh kasih dan sayang.


Bubur Cha Cha

Bahan-Bahannya:
  • 120g/ 1 peket Cha Cha
  • 3 ketul gula melaka comel
  • 1 genggam sagu
  • 500g santan
  • 4 helai daun pandan
  • secawan air 
  • garam secukup rasa



magazinesbymeen@blogspot.com


Cara Penyediannya:
  1. Rendam terlebih dahulu cha cha dan sagu di dalam bekas yang berlainan selama lebih kurang 2-3 jam supaya lembut.
  2. Selepas lembut, ditapis.
  3. Ambil 3 ketul gula melaka comel dan masukkan di dalam periuk bersama secawan air.
  4. Kacau sehingga larut.
  5. Masukkan juga simpulan daun pandan bagi menaikkan aroma.
  6. Setelah betul-betul larut, masukkan cha cha dan sagu.
  7. Kacau sehingga agak lembut sebelum dimasukkan pula santan.
  8. Perisakan dengan sedikit garam.
  9. Setelah mendidih, tutuplah a
  10. Sedia untuk dihidang.
  11. Selamat mencuba.


magazinesbymeen@blogspot.com
Bubur Cha Cha



Jangan lupa untuk mencuba.

Manisnya senyum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan