Khamis, 11 Jun 2015

Bagaimana Menjaga Luka Jahitan Selepas Pembedahan LSCS?

Salam.

Tarikh 11-Jun-2015.

Sudah seminggu semenjak Meen menjalani pembedahan LSCS.

Berpantang pada kali ini 100% sepenuhnya oleh Meen sendiri.

Mengenangkan Mak dan Ayah yang sibuk menguruskan majlis perkahwinan Khairul dan pasangan, Meen dan "MrPresident" mengambil keputusan untuk memilih tarikh bagi menjalani pembedahan di antara kedua-dua belah majlis.

Majlis perkahwinan Khairul dan pasangan diselangkan selama dua minggu. Jadi, alkisahnya, semasa majlis perkahwinan di rumah pengantin perempuan, Affan masih lagi di dalam kandungan. Semasa majlis perkahwinan Khairul dan pasangan di Melaka pula, Affan telahpun berusia seminggu.

Memang sengaja tarikh itu dipilih kerana memikirkan tidak mahu Mak dan Ayah susah hati dan memang berniat supaya akan adalah diberikan kelapangan kepada mereka sebelum dan sesudah Majlis Perkahwinan Khairul. Maklumlah, dalam usia yang sebegitu, kerehatan amat perlu kepada mereka.

Memikirkan untuk melalui tempoh berpantang yang sebeginilah, Meen memikirkan cara terbaik supaya dapat berpantang dengan teliti dan Meen betul-betul harus menitikberatkan soal kesihatan Meen dan Affan. Hanya Meen sahajalah yang memahami

Perkara yang menjadi  keutamaan Meen adalah supaya luka pembedahan dapat sembuh dengan cepat dan tanpa ada masalah.

Ini antara info penting yang perlu diketahui oleh sahabat mengenai cara penjagaan luka jahitan selepas menjalani pembedahan LSCS.




Bagaimana Menjaga Luka Jahitan Selepas Pembedahan LSCS?

Penjagaan luka jahitan selepas LSCS adalah sama dengan mana-mana pembedahan lain di bahagian perut. Jagaan pantang juga sama dengan mereka yang bersalin secara normal. Penjagaan luka penting untuk menentukan luka sembuh sepenuhnya.


Bilakah luka jahitan saya akan sembuh?

Biasanya luka jahitan akan sembuh dalam tempoh dua ke tiga minggu selepas pembedahan kecuali jika ada masalah medikal yang lain seperti diabetis dan keadaan imuniti badan yang lemah.


Bolehkah luka saya dijangkiti kuman dan dapatkah kejadian ini dielak?

Luka boleh dijangkiti kuman.
Biasanya jangkitan kuman terjadi di antara 4 ke 7 hari selepas pembedahan. Mengikut kajian yang dijalankan kurang daripada 1% setahun mengalami jangkitan pada luka bedah. Puan akan diberikan suntikan antibiotik untuk mengurangkan risiko jangkitan.

Jangkitan kuman dapat dielakkan dengan mengamalkan langkah-langkah seperti:

  • Sentiasa basuh tangan sebelum dan selepas menyentuh kawasan luka 
  • Anda digalakkan mandi seperti biasa dengan membasuh luka secara lembut dan pastikan kawasan persekitaran luka kering selepas mandi
  • Elakkan menyentuh luka dengan kerap
  • Jagan sapu sebarang krim atau ubat pada luka tanpa arahan dari doktor
  • Pastikan luka sentiasa di dalam keadaan kering dan bersih
  • Lakukan senaman ringan bagi mengelakkan peredaran darah dan membantu dalam proses penyembuhan luka

Bagaimana tanda-tanda luka dijangkiti kuman?

Jika terdapat tanda-tanda seperti berikut:
  1. Sakit, merah dan panas di sekitar luka diikuti dengan demam atau tidak
  2. Keluar cecair seperti nanah
  3. Jahitan luka pembedahan terbuka
Jika terdapat salah satu atau lebih tanda-tanda seperti yang dinyatakan di atas, anda dinasihatkan untuk pergi ke klinik kesihatan atau hospital yang berdekatan untuk tindakan lanjut.


Bolehkah amalan berpantang?

Boleh tetapi anda digalakkan mengambil lebih sumber protein seperti ikan, ayam dan telur untuk menggalakkan pnyembuhan luka. Bagi bahagian perubatan makanan ini tiada kaitan dengan luka bernanah tetapi jika puan berasa takut puan boleh mengambil makanan lain seperti ikan haruan atau sumber protein tumbuhan seperti hasil dari kacang soya. Makanan yang kaya dengan fiber seperti sayuran hijaudan buah-buahan baik untuk melawaskan pembuangan air besar. Puan juga boleh bertungku atau berurut tetapi elakkan mengurut pada bahagian perut dan tidak menyapu sebarang ubatan pada bahaian luka. 

Anda juga dinasihatkan supaya menghabiskan ubatan yang telah dibekalkan oleh pihak hospital.



Manisnya senyum.

Kredit kepada Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Hospital Kuala Lumpur

Tiada ulasan:

Catat Ulasan