Jumaat, 25 Disember 2015

Afrina dan SnoWalk i-City Shah Alam

Salam.

Tarikh 25-Disember-2015.

Cuti sekolah hampir tamat.

Afrina mohon supaya dapatlah dibawa berjalan-jalan ke i-City. 

Sesampainya di sana, Meen meminta supaya Afrina memilih untuk berkunjung ke taman tema yang mana?

Rupanya hajatnya ingin ke SnoWalk.

Meen pun membeli tiket dengan niat untuk menunaikan hajatnya.

Afrina amat-amat berpuas hati kerana permintaannya dipenuhi. 

Melihatkan teletah dan senyumannya sahaja sudah cukup membahagiakan Meen. 

magazinesbymeen@blogspot.com
Afrina dan Adlina
magazinesbymeen@blogspot.com
"Seronoknya Mama"
magazinesbymeen@blogspot.com
Afrina dan Adlina Dalam Rumah Ais

magazinesbymeen@blogspot.com
Menggigil Kesejukan

magazinesbymeen@blogspot.com
Adlina dan Affan Kesejukan

Oleh kerana kesuntukan masa, kami hanya ke SnoWalk sahaja.

Hajat asalnya ingin juga berkunjung ke Trick Art Museum dan tiket pun sudah dibeli. Namun dek kerana kepadatan pengunjung dan itu semua bakal menyebabkan ketidakselesaan kepada Affan nanti, kami batalkan niat kami.

Dapat berkunjung ke SnoWalk itu pun sudah cukup menggembirakan hati Afrina.

Nanti kemudian hari sahaja kami ke i-City lagi.

Keadaan hujan juga tak begitu mengizinkan untuk ke tempat-tempat lain.

Berulang-ulang kali Afrina bermain permainan ini. 



Manisnya senyum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan