Tarikh 30-Oktober-2016.
3 Pengalaman Semasa Mengandung Yang Penuh Erti.
Tajuk entri kali ni Meen pilih kerana ingin berkongsi pengalaman mengandung Meen sendiri.
Lain orang lain cara dan pengalamannya. Cerita masing-masing berbeza. Pengalaman juga sudah tentu berbeza. Apa yang pasti, ambillah seberapa banyak ilmu pengetahuan supaya nanti apabila mungkin situasi sama yang mungkin berlaku, tidaklah panik menerima takdir ketentuanNya.
Kandungan #1
Cord Prolapse
Tali pusat terlepas kedalam vagina (cord prolapsed) sebelum bayi lahir. Cord prolapsed adalah satu kecemasan dimana sebaik sahaja air tetuban pecah, tali pusat terjatuh atau terkeluar kedalam vagina sebelum bayi. Suhu dalam vagina yang lebih sejuk akan menyebabkan salur darah dalam tali pusat akan mengecut dan menjejaskan bekalan oksigen kepada bayi. Ia boleh menyebabkan kematian bayi jika bayi tidak dilahirkan dengan segera melalui pembedahan cesarean.
Bagaimana senario di hospital apabila ‘cord prolapsed’ dikesan?
Ia adalah satu kecemasan CODE BLUE!. Sebaik sahaja doktor atau jururawat yang membuat pemeriksaan vagina mendapati ada tali pusat jatuh kedalam vagina, ibu harus menjangkakan tindakan yang akan diambil dan ibu harus bekerjasama:
- pemeriksa tidak dapat mengeluarkan jarinya dari vagina ibu sehinggalah ibu dibawa ke bilik pembedahan untuk pembedahan segera. Pemeriksa akan terus berada disitu untuk menahan supaya tali pusat tidak terus jatuh dengan lebih banyak, dan talipusat tidak terhimpit oleh kepala bayi yang boleh menjejaskan bekalan oksigen kepada bayi.
- Bantal akan diletakkan dibawah punggung ibu supaya lebih tinggi dan mencegah tali pusat dari terus terjatuh atau terhimpit
- Ibu mungkin akan diterbalikkan dengan punggung keatas (posisi sujud)
- Doktor akan memenuhkan pundi kecing ibu dengan air melalui catheter, untuk mencegah tali pusat dari terus jatuh atau terhimpit
- Ibu akan dibawa ke bilik pembedahan untuk pembedahan segera
Ruptured Ectopic Pregnancy (Perpecahan Kehamilan Luar Rahim)
Mengikut proses penghamilan yang biasa, semasa ovulasi ovari akan melepaskan telur ke dalam salur fallopian. Sperma yang berjaya berenang keatas dan melepasi salur fallopian akan menembusi telur dan mensenyawakanya. Seterusnya cantuman baka berlaku, sel sel akan membahagi secara pesat dan zigot akan mula terbentuk. Zigot yang sedang membentuk akan berguling balik masuk kedalam rahim melalui salur fallopian selama 7 hari sebelum masuk kedalam rahim dan membenam kedalam dinding rahim pada hari ke 10 selepas disenyawakan. Zigot seterusnya berkembang menjadi embryo dan janin.
Tetapi kira kira 1:50 kehamilan, zigot yang terhasil akibat cantuman sperma dan telur gagal untuk bergerak balik kedalam rahim pada jangkamasa yang tertentu mengikut hukum azali. Akibatnya ia tersangkut didalam salur fallopian dan membenam kedalam dinding salur fallopian yang sempit. Salur fallopian akan mengembang dan akhirnya pecah dan menyebabkan perdarahan dalaman yang serius. Jika ini berlaku, ia adalah sangat bahaya dan boleh mengancam nyawa anda. Kehamilan luar rahim memerlukan rawatan kecemasan.
Ia membawa maksud, embrio yang telah dipersenyawakan membesar bukan pada tempatnya iaitu di luar daripada rahim. 98% daripada kandungan luar rahim ini ialah pada kawasan tiub fallopia dan ia dipanggil "Tubal Pregnancy". Yang lain-lain ialah di serviks, di dalam kawasan abdomen (omentum atau peritoneum) dan ovari.
Simptom atau tanda tanda kandungan luar rahim?
- Turun darah (sedikit)
- Loya dan muntah-muntah
- Sakit perut
- Kejang perut
- Sakit di sebelah badan anda
- Pening atau kelemahan
- Sakit di bahu , leher, atau rektum
- Jika pecah tiub fallopion , kesakitan dan pendarahan boleh cukup teruk menyebabkan pengsan.
Ada terdapat tiga pilihan rawatan kehamilan laur rahim bergantung kepada usia kandungan dan status klinikal pesakit itu.
1. Pembedahan ‘laparotomy’ dan ‘salphigectomy’: Jika doktor mengesyaki bahawa tiub fallopio telah pecah , pembedahan kecemasan adalah perlu untuk menghentikan pendarahan. Dalam beberapa kes, salur fallopion yang terbabit dan ovari mungkin rosak dan perlu di buang terus.
2. Pembedahan laparoskopi. Jika salur fallopion tidak pecah dan kehamilan itu masih awal, pembedahan laparoskopi boleh membuang embrio dan membaiki kerosakan pada salur fallopian.
3. Suntikan ubat chemotherapy methotrexate: Dalam sesetengah kes, jika kandungan itu masih terlalu awal dan salur fallopian masih elok, rawatan menggunakan ubat metotrexate (sejenis ubat chemotherapy) boleh digunakan untuk menghentikan pertumbuhan tisu kehamilan.
Ruptured Ectopic Pregnancy 7-November-2011
Kandungan #3
Bell's Palsy yang Merunsingkan
Bell’s Palsy adalah penyakit saraf yang mengenai saraf fasialis (wajah), menyebabkan kelumpuhan otot-otot salah satu sisi wajah, sehingga wajah menjadi asimetris, karena salah satu sisi wajah tampak melorot/ mencong. Hanya salah satu sisi wajah penderita saja yang dapat tersenyum, dan selain itu, hanya satu mata saja yang dapat menutup dengan sempurna.
Penyebab dari Bell’s Palsy belum diketahui secara pasti, namun beberapa sumber menyebutkan bahwa penyebab Bell’s Palsy adalah proses peradangan saraf yang mengontrol otot-otot salah satu sisi wajah. Ada pula yang mengatakan bahwa kerusakan saraf ini merupakan akibat dari infeksi virus.
Nama Bells palsy diberi sempena pakar anatomi Scotland Charles Bell yang pertama kali menggambarkan keadaan tersebut sebagai penyakit mononeuropati akut (penyakit yang melibatkan satu saraf).
Biasanya, ia berlaku secara tiba-tiba secara separa namun dalam kes tertentu (peratusan rendah) ia boleh melibatkan kelumpuhan kedua-dua belah muka.
Jelasnya, punca yang kurang dikenalpasti mungkin disebabkan radang akibat jangkitan viral seperti herpes yang menyebabkan saraf muka menjadi bengkak. Saraf tersebut, katanya, bergerak melalui tengkorak dalam saluran tulang kecil di bawah telinga.
Disebabkan ia membengkak dan mampat dalam saluran tulang yang sempit, dipercayai keadaan ini boleh menyebabkan kerosakan atau perencatan pada saraf tersebut.
Namun itu hanya sebahagian daripada punca yang dikenalpasti kerana punca sebenar tidak diketahui, katanya.
Selain itu kata beliau, beberapa punca mungkin mempunyai kaitan dengan serangan Bells palsy seperti trauma, faktor sekeliling, emosi dan metabolik tidak stabil.
Alhamdulillah. Pengalaman mengandung inilah yang mematangkan dan menambahkan lagi ilmu pengetahuan Meen tentang kehamilan.
Semoga apa yang Meen konsikan di sini dapat dijadikan panduan sahabat semua.
Manisnya Senyum!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan