Ahad, 10 Mei 2015

"Wall Climbing", NICU dan Afrina

Salam.

Tarikh 10-Mei-2015.

Usai membeli barang-barang keperluan bagi menyambut kelahiran anak yang ke-3 ini, "MrPresident" mengajak Afrina untuk mencuba aktiviti "wall climbing" ini. 

Afrina memang tak pernah mencuba aktiviti sebegini. Jadi memang dia sangat teruja apabila diajak oleh "MrPresident". 

Melihatkan Afrina yang agak cerdas juga memanjat dinding-dinding ini, Meen senyum sendirian. Berkali-kali Afrina minta diulangi untuk memanjat dinding-dinding ini. Terasa masih baru dan masih segar di ingatan peristiwa yang berlaku ketika melahirkan Afrina dahulu di HKL. 

Melihatkan anak Meen yang pertama ini, memang tak pernah Meen menyangkakan bahawa dia akan semanis ini. Afrina pada pandangan Meen sendiri memang ada daya tarikan tersendiri. Mungkin kerana kisah kelahirannya sendiri juga yang menyebabkan dirinya begitu senang didampingi sesiapa. 

 
magazinesbymeen.blogspot.com
Unpredictable Afrina

Alhamdulillah. 

Semoga menjadi anak yang solehah Afrina. Semoga tercapai juga cita-cita Afrina untuk menjadi seorang doktor. Mama akan sentiasa mendoakan. Pasangkan niat di dalam diri untuk menjadi doktor yang dapat membantu ramai pesakit, menjadi doktor yang akan diingati oleh setiap pesakit yang dirawat Afrina nanti.

Seperti mana layanan yang terbaik diberikan oleh warga kerja NICU di HKL kepada Afrina sewaktu menyambut kedatangan Afrina ke dunia ini, begitulah juga yang akan Afrina berikan kepada pesakit-pesakit Afrina nanti. 

Mama sentiasa mendoakan Afrina dipermudahkan untuk mencapai cita-cita Afrina. 

Manisnya senyum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan