Ahad, 6 November 2016

Adakah Ini Kali Pertama dan Terakhir?

Salam.

Tarikh 7-November-2016.



Segalanya ku terima. 

Pertama kali berdepan dengan situasi ini. 

Pada hari raya Aidiladha ke-2, Meen mengalami sakit perut yang amat sangat. Sehinggakan tak terdaya untuk duduk apalagi untuk berjalan. 

Sekembalinya daripada ruma "Tok Alang" seusai menziarahinya, di dalam perjalanan pulang, Meen meminta untuk singgah tandas di stesen minyak terdekat kerana tidak tahan menanggung sakit perut yang amat sangat. Lama bertafakur di dalam tandas, tidak hilang juga sakit perut Meen. 

Kenapalah agaknya perut Meen ni? Makin lama semakin sakit hingga tidak tertahan lagi. Sesampainya di rumah Mak di Cheras, mohon Mak supaya dapat menjaga sementara Afrina kerana HKL tidak membenarkan kanak-kanak untuk masuk ke dalam hospital. 

Setibanya di HKL, doktor terus menerima kes Meen dan mendahulukan Meen berbanding yang lain. Terdetik di hati, apakah agaknya yang berlaku sehinggakan nampak begitu cemas keadaan ketika itu. 

Berjumpa dokor, terus dinasihati Meen dan memberikan Meen apakah langkah yang terpaksa pihak HKL ambil untuk rawatan Meen. 

Pembedahan tepaksa dilakukan bagi mengetahui samada sakit perut yang dialami Meen disebabkan oleh apendiks atau kandungan luar rahim.

Meen terus bersetuju untuk menjalani pembedahan. 

Usai pembedahan, terlihat wajah insan yang paling mengasihi Meen "MrPresident". 

Melihatkan wajahnya yang sentiasa mengukir senyum sudah cukup menghilangkan kesakitan seketika. 

Menurut "MrPresident", Meen menjalani pembedahan bagi membuang sebelah tiub Fallopio kerana kandungan yang dikandung Meen telahpun pecah di dalam tiub Fallopio. 

Terdiam.

Terasa gelapnya dunia. 

Adakah Meen hanya akan memiliki seorang cahaya mata? Beratnya ujianMu Ya Allah.

Tak mampu rasanya untuk diucapkan apa-apa. 

Hanya air mata yang mengalir membasahi pipi.

Sungguh. Terasa berat beban yang ditanggung kali ini. Terasa satu demi satu ujian dariNya amat-amat berat untuk diterima. 

Doktor memberikan tempoh rehat selama 45 hari untuk Meen berehat menerima rawatan.

Ku terima segalanya Ya Allah. 

Pasrah.

Ku pasti ada jawabnya.



Manisnya senyum.

2 ulasan: