Tarikh 24-Mac-2016.
Cuaca panas sekarang makin menekan perasaan. Meen rasakan panasnya sehinggakan ingin mandi 3 kali sehari semalam. Kadang-kadang terlebih pula sehingga empat kali mandi. Manakan tidak, bila cuaca panas melampau sebegini, badan pun mulalah mengeluarkan peluh dengan ligat. Tak nak bau badan yang "masyam" tu nanti melekat di badan, Meen pun ambil langkah untuk mandi dengan lebih kerap. Pertama, untuk menyejukkan badan dan kedua bagi mengelakkan badan "masyam" supaya nanti berbau lebih harum dan enak.
Hahaha.
Jadi, bila cuaca panas ni, jangan pula kita tolak ketepi soal kesihatan dan kebersihan diri. Amat-amat penting bagi memastikan kedua-dua perkara ini diambil berat. Maklumlah, kalau bukan kita sendiri yang menjaga diri kita, siapa lagi? Kalau nanti kita pula sakit, siapa pula yang nak diharapkan menjaga anak-anak kita? Betul kan?
Jom ambil tahu apa dia strok haba?
Strok haba dikatakan berlaku apabila suhu badan naik mendadak sehingga boleh mencecah 41'C dalam masa 10 hingga 15 minit dan tidak dapat dikawal oleh badan secara normal.
Di antara tanda-tanda awal strok haba adalah
- Kerap sakit kepala
- Mudah hilang fokus
- Lidah menjadi bengkak
- Suhu badan melebihi 39'C
- Badan tidak berpeluh
- Nadi berdenyut laju
- Tekanan darah rendah
- Kulit kering dan kemerah-merahan
- Badan lesu dan kerap pengsan
Jadi, jangan pandang ringan akan risiko strok haba kerana kesannya agak cepat dan memerlukan rawatan segera.
Mencegah lebih baik dari mengubati.
Kredit kepada KKM.
Kredit kepada KKM.
Manisnya Senyum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan