Salam.
Tarikh 7-Februari-2016.
Hari ini hari Ahad.
Ketiadaan "MrPresident" membuatkan Meen sedikit lesu pada hari ini.
Mungkin juga kerana barangkali tahap progesteron yang mungkin semakin menurun mengikut kitarannya.
Jadi pada hari ini, untuk menjimatkan masa dan memudahkan juga kerja-kerja memasak di dapur, Meen mengambil keputusan untuk memasak Nasi Goreng Udang Sedap dan Mudah.
Nasi Goreng ini hanya menggunakan udang dan diperasakan ndengan hanya menggunakan bawang putih dan lada putih. Mudah bukan?
Seperti sebelum ini, ada Meen kongsikan resipi nasi goreng ini di entry yang lepas
Nasi Goreng Udang Sempoi Tapi Sedap.
Jom cuba.
Nasi Goreng Udang Sedap dan Mudah |
Langkah Demi Langkah |
Jadi, apabila hanya kami yang akan makan, kebiasaannya Meen akan mencari cara atau menu yang paling mudah dan ringkas untuk disediakan.
Apabila tibanya cuti sekolah, Afrina biasanya akan bermain dengan Adlina dan seringkali juga bantuan Meen diperlukan sekiraya mereka memerlukan pengadilan (berkelahi).
Anak-anak memang begitulah. Kadang kala bermain sehinggakan kita deketepikan langsung. Kadang-kadang pula berkelahi sehinggakan menangis teresak-esak.
Jadi, jom cuba resipi Meen yang ringkas ini.
Selamat mencuba.
Manisnya senyum.
salam..saya nk jemput u ke kedah travelhunt 2016 bersempena dgn tahun melawat kedah 2016. ianya di anjurkan oleh NGO FORward dgn kerjasama kerajaan negeri Kedah. program ini dijangka pada 29april hinga 1 mei. saya bole bagi satu pass utk satu kereta untuk u join program ni. jika minat bole berhubung dgn saya d kedahtravelhunt2016@gmail.com…tq
BalasPadamSalam. Memang ada cadangan untuk ke Kedah pada tahun ini. Cuma belum dipastikan tarikh bila, selepas tarikh asal terpaksa ditunda. Terima kasih atas undangan.
Padam