Salam.
Tarikh 7-Februari-2016.
Gunung Apa?
Gunung Ledang.
Ketinggian 1276m dari aras laut terletak di Negeri Johor.
Kegilaan "MrPresident" untuk bersatu semula dengan alam, mencapai kemuncaknya bilamana "MrPresident" ke Gunung Kinabalu pada Mei 2015.
Seperti yang Meen sedia dimaklumkan oleh "MrPresident" sendiri, sebelum menjalin hubungan yang lebih serius dengan "MrPresident", memang hutan dan kehijauan adalah teman baiknya yang sangat akrab dengannya.
Memang tak pernah sekali menghampakannya. Itu memang Meen akui.
Begitulah "MrPresident" yang saya kenali.
Dewasa dan barangkali juga boleh dikatakan mengharungi liku-liku kehidupan di ibukota yang penuh dengan kesibukan dan dipenuhi dengan pelbagai ragam manusia, mungkin menjadikan "MrPresident" lebih selesa mencari diri semula bersama alam. Atau mungkin juga "MrPresident" lebih senang untuk bercerita kepada alam.
Sebenarnya sudah agak lama juga, bukan agak lama juga, memang sudah terlalu lama "MrPresident" tidak lagi menjengah ke hutan dan mencari kehijauan. Meen sedari, semenjak mendirikan mahligai bersama Meen, memang boleh dikira berapa kali sahaja yang "MrPresident" ke hutan.
Mungkin juga setelah Meen mengambil keputusan untuk bercuti tanpa gaji buat sementara waktu, "MrPresident" punya banyak waktu atau lebih mudah untuk mengatur semula jadual kerana Meen sentiasa ada bersama anak-anak.
Meen juga cuba untuk memberikan ruang kepada "MrPresident" untuk bersahabat semula dengan alam. Memikirkan sementara Meen punya ruang dan waktu yang amat "fleksibel", apa kata diberikan juga ruang kepada "MrPresident" untuk aktif semula melayan kegemarannya yang dahulu.
Pada firasat Meen juga, "MrPresident" hanya sekadar "warm up" sahaja. Hiking pada musim-musim "come back" ini hanyalah sekadar ke bukit atau gunung yang berdekatan atau sekadar "daypack" sahaja. Mungkin nanti, bila anak-anak pun sudah sedikit membesar, baharulah difikirkan untuk bermalam beberapa hari di dalam hutan. Itupun mungkin juga.
Jadi, pada Ahad lepas, "MrPresident" ke Gunung Ledang semula selepas beberapa tahun ditinggalkan.
Gunung Ledang Shots No. 1 |
Keep On Smiling |
Simpang Pedita |
Diiring Puteri-Puteri |
Puncak Gunung Ledang |
Gunung Ledang Shots No. 2 |
Hang Tuah Mencari Ilham |
Bila dan sampai puncak, semua penat hilang terasa.
Manisnya senyum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan