Salam.
Tarikh 23-Januari-2016.
Pagi-pagi lagi Meen dikejutkan dengan teriakan Adlina kerana inginkan susu pada pukul 4 pagi.
Bimbang untuk tidur semula kerana nanti, mungkin akan terlajak, Meen cuba untuk melayari internet dengan membuka facebook. Sambil melayari facebook, teringin juga untuk melihat gambar-gambar lama di dalam simpanan peribadi Meen. Sengaja ingin mengenang kembali memori zaman dahulu kala. Iyeke?
Yang sebenarnya, bila memikirkan bahawa Afrina mempunyai aktiviti di sekolah hari ini, Meen memang membatalkan semula niat untuk sambung tidur walaupun mata terasa seperti ingin lena semula. Manalah tahu, terlajak nanti, menyesal pula Meen.
Lantas, Meen memikirkan juga apa untuk disediakan sebagai sarapan pada pagi ini. Memandangkan ketiadaan "MrPresident" yang keluar untuk 'hiking', Meen pun memutuskan menyediakan sesuatu yang manis buat hidangan anak-anak Meen nanti.
Selepas puas memikirkan hidangan apa yang mungkin dapat memikat hati mereka, Meen memutuskan untuk menyediakan sahaja donat.
Mini Donat Mudah Senang dan Sedap Tanpa Telur
Puas juga mencari resepi donat untuk disesuaikan dengan bahan-bahan yang ada. Kebanyakan resepi harus juga menggunakan telur dan juga susu pekat manis. Macam mana ni? Kedua-dua bahan ini pun Meen tiada bekalan.
Lalu, Meen putuskan untuk mencuba sendiri mengolah resipi yang ada. Untuk perhatian sahabat semua, Meen tegaskan di sini, resipi ini nanti hendaklah meggunakan tangan bagi membentuk donat itu nanti, kerana doh yang akan terhasil nanti sangat-sangat lembut. Tambahan pula apabila nanti doh itu makin mengembang dek kerana tindakbalas yis itu nanti, semakin lembut .
Mini Donat Mudah Senang dan Sedap Tanpa Telur
Bahan-Bahannya:
Bahan A
- 1 peket yis mauri-pan 11g
- 3 sudu besar susu tepung
- 2 sudu besar gula
- 1 1/2 cawan air suam
Instant Yeast
Bahan B
- gula castor secukupnya untuk disalutkan kepada donat sebagai hiasan
Cara Penyediaannya:
- Sediakan terlebih dahulu Bahan A.
- Campurkan kesemua bahan A ke dalam bekas atau jag air dan biarkan selama 20 minit.
Bahan A
- Campuran Bahan A ini nanti akan naik berbuih (jadi cari bahan yang agak besar sedikit supaya campuran tidak tumpah keluar).
- Setelah menyediakan Bahan A tadi, asingkan ke tepi untuk kita sediakan pula Bahan B (bahan utama dalam membuat donat).
- Bahan B ini Meen gaulkan rata dengan'whisk' sehingga menjadi seperti serbuk roti
Bahan B - Serbuk Roti
- Dalam pada itu, Bahan A tadi sudahpun naik dan bersedia untuk dicampurkan dengan Bahan B tadi.
- Jadi Bahan A dicampurkan kepada Bahan B.
- Meen gunakan sudip kayu untuk mendapatkan doh yang rata.
- Setelah rata, biarkan doh tadi di dalam bekas dan ditutup dengan kain lembab selama 15-30 minit (bergantung kepada anda).
- Doh tadi akan mengembang. Uli lagi sekali bagi mengeluarkan angin di dalam doh tadi untuk mendapatkan doh yang lebih padat.
- Kemudian, bolehlah dibahagikan kepada bahagian yang kecil-kecil sebelum dibentuk menggunakan tangan .
- Meen lebih selesa membuat bentuk yang comel kerana memikirkan anak-anak yang akan makan nanti. Jadi Meen membentuk Mini Donat.
- Mini Donat ini lebih senang dan cepat masak berbanding donat yang bersaiz biasa.
- Tapi terpulanglah kepada anda untuk menentukan saiznya.
- Jangan lupa memanaskan kuali dengan minyak yang agak banyak.
- Masukkan Mini Donat ketika minyak baru panas dengan api yang sederhana.
- Jangan ditinggalkan di atas api Mini Donat tadi walaupun seketika, kerana Mini Donat ini sangat cepat masak.
- Masak sehingga kekuningan.
- Setelah sedikit sejuk, salutkan dengan gula castor (caranya adalah dengan memasukkan sedikit-sedikit Mini Donat ke dalam bekas bertutup yang ditabur dengan gula castor dan goncang).
- Sedia untuk dihidang.
- Amat mudah dan jangan lupa mencuba ya.
Mini Donat Mudah Senang dan Sedap Tanpa Telur
Menurut kata Afrina dan Adlina memang sedap. Meen sendiri percaya mereka memang amat tertarik dengan Mini Donat yang Meen sediakan ini.
Manisnya senyum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan