Tarikh 21-Januari-2016.
"Aduh, sakitnya dada ni Abang. Susahnya nak bergerak. Nak angkat barang ringan pun terasa sakit. Eh, takkan saya ni ada masalah jantung?" begitulah yang diadukan kepada "mrPresident" tatkala Meen diserang sakit dada yang menyukarkan Meen untuk bergerak seperti biasa. Sakit yang terasa seperti di tekan-tekan di bahagian dada itu memang amat merunsingkan. Setelah seharian menahan sakit di dada, Meen akhirnya mengalah dan menerima ajakan "MrPresident" untuk dibawa ke sebuah klinik berhampiran rumah.
Sakit Dada
Meen berkongsi info yang diperolehi daripada bahan bacaan BH Sihat tulisan Nasuha Badrul Huzaini untuk sahabat semua.
Sakit dada berbeza-beza
BH Sihat yang mendapatkan penerangan lanjut darpada Pakar Perunding Perubatan Dalaman Hospital Manipal Klang, Dr Kunalan Suppiah berhung penyakit berkenaan berkata, sakit yang dialami adalah berbeza terhadap setiap individu.
"Mungkin tanda atau gejalan yang muncul adalah yang berkaitan dengan pelbagai penyakit tetapi ia juga mungkin tidak mewakili sebarang penyakit.
Kemungkinan berlaku pertindihan gejala yang signifikan untuk setiap keadaan jua boleh berlaku.
Doktor akan mengambil beberapa faktor sebelum membuat diagnosis.
Oleh itu, amat penting bagi pesakit memberikan seberapa maklumat yang mungkin apabila berjumpa doktor.
Setiap maklumat membantu doktor menilai kebarangkalian setiap penyebab yang mungkin," katanya.
Sayangi Diri Anda
Info Sakit Dada
Berikut ialah bahagian tubuh badan yang berpotensi menjadi punca sakit dada
- Dinding dada termasuk tulang rusuk, otot dan kulit
- Bahagian belakang termasuk tulang belakang, saraf dan otot belakang
- Paru-paru, pleura (selaput paru-paru) atau trakea
- Jantung termasuk perikardium (kantung yang mengelilingi jantung)
- Aorta
- Esofagus
- Diafragma, otot rata yang memisahkan dada daripada rongga abdomen
- Sakit dari rongga abdomen termasuk organ seperti perut, pundi hempedu dan pankreas, termasuk juga keradangan dari bahagian bawah diafragma disebabkan jangkitan, pendarahan atau jenis-jenis cecair yang lain
Bergantung kepada puncanya, sakit dada yang dialami mungkin bersifat
- Tajam
- Tumpul
- Mendalam
- Berat
- Membakar/ membakar perit
- Kejang dan sengal
- Menikam
- Sensasi ketat, memerah atau menhancurkan
"Sakit dada perlu diambil serius, tidak kira apa puncanya. Pesakit perlu memanggil ambulans dengan segera jika diserang sakit dada yang teruk secara tiba-tiba" Dr Kunalan Suppiah
Punca Sakit Dada
Berpunca dari otot atau tulang
Banyak punca sakit dada adalah berkaitan dengan muskuloskeletal. Trauma (sama ada disebabkan trauma luaran atau tekanan berlebihan). Kesan tekanan ke atas otot itu berkemungkinan disebabkan senaman yang tidak sesuai dan kostokondritis (radang bahagian lemuttulang rusuk) boleh menghasilkan rasa sengal dan kesakitan di kawasan berkenaan.
Penyebab lain termasuk
- Tulang rusuk yang cedera, lebam atau patah
- Sakit otot disebabkan aktiviti fizikal berat atau sindrom sakit kronik
- Patah mampatan, menyebabkan tekanan pada saraf
- Radang tulang sawan yang mencantumkan tulang rusuk kepada tulang dada
- Sindrom sakit kronik
Sakit dada berpuncakan jantung
- Serangan jantung
- Angina - sakit dada disebabkan penyumbatan saluran darah jantung yang mengurangkan aliran darah dan oksigen kepada jantung
- Perikarditis - radang pundi yang mengelilingi jantung
- Miokarditis - radang otot jantung
- Kardiomiopati - penyakit oto jantung
- Diseksi aorta - keadaan yang jarang berlaku membabitkan ruptur arteri utama janyung
Sakit dada berpuncakan gastrousus
- Penyakit refluks gastroesofagus (GERD)
- Masalah menelan berkaitan gangguan esofagus
- Batu karang
Pneumonia
Sakit dada berpuncakan paru-paru
- Pneumonia
- Pleurisi
- Virus bronkitis - radang pada selaput tiub bronkial, yang membawa udara ke paru-paru dan asma
- Pneumotoraks
- Embolisme pulmonari
Penyebab sakit dada yang lain
- Kayap - jangkitan saraf dan kulit yang disebabkan oleh virus cacar air
- Serangan panik
- Tekanan darah tinggi
- Mastitis - jangkitan tisu payudara
Bronkitis
Sakit dada perlu diambil serius lebih-lebih lagi sekiranya pesakit mengalami gejala lain seperti sesak nafas, loya, berpeluh atau batuk darah. Selain itu, pesakit mungkin mempunyai risiko penyakit jantung koronari seperti merokok, gemuk, mempunyai tekanan darah tinggi, kencing manis atau kolesterol tinggi.
Bagi Meen pula selepas doktor melakukan ujian elektrokardiogram yang merekod aktiviti elektrik jantung doktor memutuskan untuk memberikan ubat tahan sakit dan menasihatkan Meen supaya berehat seketika daripada melakukan sebarang aktiviti berat.
Dan sekiranya sakit dada itu berulang atau berterusan, hendaklah segera ke hospital untuk rawatan lanjut.
Alhamdulillah. Walaupun sakit itu berterusan sehingga Meen lena, tetapi bangun pagi keesokan harinya, Meen telah kembali seperti biasa. Tiada lagi sakit di bahagian dada.
Kepada sahabat semua, amalkanlah hidup sihat. Seimbangkan dunia dan akhirat. Semoga kita dapat sentiasa dikurniakan kesihatan tubuh badan yang baik.
Manisnya senyum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan