Memaparkan catatan dengan label KidsHaveFun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KidsHaveFun. Papar semua catatan

Ahad, 30 Oktober 2016

Pendakian Gunung Pertama Afrina ke Gunung Berembun Pahang Sempena Hari Jadi ke-7

Salam.

Tarikh 29-Oktober-2016. 

Pendakian Gunung Pertama Afrina ke Gunung Berembun, Pahang. 


Gunung Berembun yang terletak di Hulu Dungun, Malaysia mempunyai ketinggian setinggi 2,078 meter (3,635 kaki). Pendakian mudah dimulakan dari air terjun Chemerong yang memiliki denai untuk pendakian ke gunung Berembun.

Gunung Berembun mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.


    Taklimat sebelum mendaki diberikan terlebih dahulu oleh Tuan Presiden KLHamoc sebelum peserta dilepaskan untuk mendaki. 





































    Terima kasih pakcik guide Gayong Tujuh dan makcik guide Jannah Abdul Razak di gunung berembun Cameron Highland 29hb oktober 2016. Gunung pertama utk Nur Afrina Najla sempena hari jadinya yang ke-7.

    Kita merancang tuhan jugalah yang menentukan. Pendakian sulung Afrina terpaksa dilakukan tanpa kehadiran Abah tercinta kerana salah satu daripada kereta peserta telah terlibat di dalam kemalangan yang mengakibatkan kereta terbalik dengan kempat-empat tayar mengadap ke langit ke-7. 

    Walau apapun, Tahniah Mama ucapkan Afrina. 

    Afrina dan "MrPresident" berpisah tiada. 

    Manisnya Senyum Afrina! 

    Selasa, 25 Oktober 2016

    Resipi Chocolate Chip Muffin

    Salam.

    Tarikh 25-Oktober-2016.


    Resipi Chocolate Chip Muffin

    Oleh: Azie Kitchen

    Bahan bahan:

    • 125 gm tepung gandum - ayak dengan baking powder
    • 7 gm baking powder
    • 75 gm minyak masak
    • 75 gm susu segar
    • 75 gm gula caster
    • 1 biji telur B
    • 1/2 sudu teh vanila
    • Sedikit chocolate chips - tabur


    Cara Penyediannya:

    Kacau sebati minyak, susu, gula, telur dan vanilla.

    Masukkan sedikit demi sedikit tepung dan kacau sebati dengan menggunakan spatula sehingga tidak bergentel.

    Masukkan ke dalam paper cup sebanyak 3/4 penuh. Tabur chocolate chips di atasnya.

    Bakar pada suhu 160C selama 30 minit atau sehingga masak.

    Sedia untuk dihidang!








    Manisnya senyum.

    Sabtu, 15 Oktober 2016

    3 Cara Mudah Mencapai Jiwa Tenang

    Salam.

    Tarikh 15-Oktober-2016.

    Nak cari ketenangan? Bercelaru dan keliru? Hidup dipenuhi dengan pelbagai masalah yang melanda? Tak tahu mana satu yang harus didahulukan? 

    Kadang-kala memang sukar untuk menguruskan permasalahan harian. 

    Bagaimana caranya? 

    #1 Bacalah Al-Quran

    Luangkanlah masa yang diberikan oleh Allah dalam sehari untuk membaca Al-Quran. Jika sekiranya tak dapat juga kita laksanakan, cubalah membaca Al-Quran seminggu sekali. Itupun sudah cukup memadai sebagai permulaan. Mulakanlah sekarang wahai sahabat. InsyaAllah ada jalan keluar yang mudah diberikan oleh Ilahi kepada kita untuk menempuhi hidup seharian sebagai hambaNya. 



    #2 Bersyukurlah Bersyukurlah Bersyukurlah

    Bersyukurlah selalu dan jangan lupa memohon kepada Ilahi supaya diberikan penyelesaian dan supaya dapat dihilangkan segala kekusutan.Image result for doa mohon ketenangan hati

    #3 Yakin Allah itu Maha Pengasih

    Sahabat, percayalah dan yakinlah dengan hati bahawa Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Dengan keyakinan yang penuh kepada janji Allah, InsyaAllah kita akan lebih bermotivasi dan lebih berusaha di dalam urusan harian kita. 

    Image result for chase akhirat

    Selamat beramal sahabat!

    Peringatan buat diri Meen juga ya! 

    Manisnya senyum.

    Isnin, 3 Oktober 2016

    Bagaimana Perjuangan Ibu Bekerjaya?

    Salam. 

    Tarikh 3-Oktober-2016.

    A.F.F.A.N


    Hari ini genaplah sudah 1 tahun 4 bulan usia Affan. Pejam celik pejam celik sekejap sahaja dirasakan menigkatnya usia Affan. 

    Diingat-ingat semula, masih terasa baru sahaja menahan kesakitan ketika doktor bius mencuba untuk memasukkan ubat bius ke dalam tulang belakang. Tak tertahan sakitnya, sehinggakan Meen melahirkan rasa sakit kepada doktor. Maafkan Meen doktor, bukan niat menyalahkan doktor, tapi rasa sakitnya tak tertahan. 

    Hari ini rasa rindu sangat kepada Affan. Inilah teman baiknya di kala ini. Harus juga ada apabila minum susu dan sekiranya tiadalah "Boo" yang satu ini, memang akan terasalah juga kehilangannya. 

    Bagi ibu bekerja seperti Meen, kadang-kala terasa rindu pada anak-anak walaupun hari-hari berjumpa. Tambahan lagi Affan dijaga sepenuhnya oleh Meen sehingga usianya genap setahun. Diberikan makan dan minum oleh Meen dan juga diberikan sepenuhnya susu badan. Mungkin juga kerana itu, badan Affan lambat juga naiknya, sehinggakan beratnya dikatakan agak kurang daripada yang sepatutnya oleh wakil Klinik Kesihatan. 




    Mungkinkah ada ibu bekerjaya seperti Meen yang kadang-kala merindukan kehadiran anak-anak di sisi mereka. Sudah tentulah. Hanya mereka yang bergelar Ibu sahaja yang mempunyai naluri sebegini. Tambahan lagi sekiranya merekalah yang bersengkakng mata dalam menjaga sendiri anak-anak mereka sedari daripada tempoh berpantang sehinggalah pandai bertatih.




    Semoga sahabat-sahabat yang seangkatan dengan Meen dapat menempuhi hidup yang penuh dengan cabaran di luar sana. Menguruskan anak-anak dan keluarga, juga kerjaya sudah tentulah bukan perkara yang mudah untuk dilakukan, tetapi tidaklah mustahil.

    Selamat berjuang!

    Manisnya senyum.

    Jumaat, 30 September 2016

    Akhirnya Kau Tinggalkan Aku

    Salam.

    Tarikh 29-September-2016.

    Akhirnya kau tinggalkan aku.

    Hahahaha... Tersenyum seorang diri barangkali.

    Akhirnya semut-semut yang bermaharajalela di dalam rumah ini pergi juga meninggalkan Meen.

    Maafkan Meen semut. Tapi apabila kehadiranmu semakin bermaharajalela, terpaksalah juga Meen mengambil tindakan drastik. Jika sekiranya sebelum ini Meen menyenaraikan petua-petua untuk menghalau dan menghilangkan semut-semut di dalam rumah, nampaknya kali ini adalah pengalaman dan cerita sebenar apabila Meen mempraktiskan petua-petua itu.

    Di antara cara dan petua yang Meen gunakan sebelum ini adalah dengan menggunakan cara

    #3 Cuka + Air
    Campurkan cuka dengan sedikit air dan semburkan ke laluan semut. Lakukan berulang-ulang sehingga nanti semut akan berkurangan.


    Apabila Meen menggunakan cara ini, wahhh semakin ramai pula semut-semut yang datang berkunjung. Jadi, cara ini memang tidak disyorkan oleh Meen kerana ianya hanyalah mengundang kehadiran semut yang lebih banyak.


    #1 Tepung jagung
    Cara yang pertama ini akan Meen pertimbangkan kerana ianya sangat selamat dan mudah pula untuk didapati. Hanya taburkan sahaja tepung jagung di laluan semut untk menghalau mereka.


    Kemudiannya, Meen menggunakan tepung jagung. Malangnya tepung jagung ini kemudian berterabur di atas lantai dan memang mengotorkan lantai kediaman rumah. Memang juga tak berjaya kerana semut yang lalu di dinding-dinding rumah tidakpun dapat dihilangkan.

    Meen menggunakan dua cara ini kerana ianya lebih bersifat semulajadi kerana anak-anak masih kecil dan Meen lebih suka mengunakan petua yang tidak mempunyai bahan kimia untuk keselamata anak-anak.

    Akhirnya, Meen akur dengan membeli racun semut yang dijual di kedai-kedai runcit dan pasaraya. 


    Ini racun semut pertama yang dibeli oleh Meen iaitu Eco Ant Bait yang bersifat semulajadi. Malangnya ianya juga tidak dapat membantu menghalau semut-semut ini keluar daripada rumah Meen. Ianya berkesan tetapi tidaklah efektif.



    Racun semut yang ini pula Meen beli di kedai menjual barang-barang plastik. Di dalamnya terdapat 2 batang kapur yang perlu dioleskan pada laluan-laluan semut dan tidak lama selepas itu, semut-semut ini akan jatuh ke lantai. Racun semut ini pula dinamakan SLS MAgic Insecticide Chalk dan sangat-sangat berkesan mengurangkan kehadiran semut-semut di dalam rumah. Tambahan pula, hanya oleskan pada dinding-dinding rumah dan selepas semut-semut itu jatuh di lantai nanti, cepat-cepatlah dibersihkan.

    Jadi, apa yang Meen buat, selepas anak-anak sudahpun masuk tidur, barulah Meen akan oleskan kapur ini pada dinding-dinding rumah dan selepas sejam kemudian, dibersihkan pula semut-semut yang jatuh tadi. 

    Tada! Selesai dan sungguh mudah. 


    Inilah dua jenis racun semut yang dibeli oleh Meen dalam Projek Menghalau Semut Bahagian II.



    Tengoklah semut yang bertaburan di lantai akibat penangan racun semut jenis kapur yang Meen gunakan.

    Sekian. Terima kasih.

    Manisnya senyum.

    Isnin, 19 September 2016

    Membesarkan Anak Secara Solo? Bagaimana Agaknya?

    Salam.

    Tarikh 19-September-2016.

    What a busy weekend I am having.



    Seriously... Memang tak menang tangan bila mana terpaksa menjaga tiga orang anak dalam satu-satu masa. What I mean is. Anak-anak yang kecil lagi.

    Semuanya perlu dirancang rapi, supaya nanti setidaknya pelan asal yang mempunyai 11 senarai, paling tidak dapat dijayakan 5. Itu pun dah cukup berjaya rasanya.




    Seronok sebenarnya melayan kerenah anak-anak. Kesabaran yang tinggi dan kebijaksanaan untuk melayani setiap keluh kesah dan ceritera anak-anak amat perlu supaya nanti tidaklah salah seorang merasa terkecil hati pula.

    Lalu dalam situasi sebegini Meen teringatkan beberapa individu yang rapat dalam hidup Meen apabila terpaksa membesarkan anak-anak secara solo atau erti kata lain mereka yang selalu ditinggalkan pasangan akibat bekerja "outstation" atau juga mereka yang telah bergelar ibu/bapa tunggal akibat penceraian atau disebabkan kematian.

    Memang tak menang tangan agaknya.





    Tapi walau apapun, Meen memang amat-amat kagum dengan mereka yang boleh membesarkan anak-anak mereka secara solo. Atau juga, sokongan daripada keluarga amat-amat memberangsangkan. Bagaimana jua caranya, tahniah kerana berjaya membesarkan dan mendidik anak-anak secara solo kerana Meen tahu bukanlah mudah melayani dan mendepani setiap kerenah anak-anak.

    Tahniah Sahabat!

    Semoga tetap dengan perjuangan dan pengorbanan yang amat tinggi nilainya.

    Mujurlah Meen masih lagi ada pasangan yang tak jemu-jemu melayan kerenah anak-anak. Bahkan seringkali juga kesabarannya melebihi daripada kesabaran Meen yang serba kekurangan ini. ;)

    Terima kasih wahai "MrPresident".

    Manisnya senyum.