Salam.
Tarikh 3-Oktober-2016.
A.F.F.A.N
Hari ini genaplah sudah 1 tahun 4 bulan usia Affan. Pejam celik pejam celik sekejap sahaja dirasakan menigkatnya usia Affan.
Diingat-ingat semula, masih terasa baru sahaja menahan kesakitan ketika doktor bius mencuba untuk memasukkan ubat bius ke dalam tulang belakang. Tak tertahan sakitnya, sehinggakan Meen melahirkan rasa sakit kepada doktor. Maafkan Meen doktor, bukan niat menyalahkan doktor, tapi rasa sakitnya tak tertahan.
Hari ini rasa rindu sangat kepada Affan. Inilah teman baiknya di kala ini. Harus juga ada apabila minum susu dan sekiranya tiadalah "Boo" yang satu ini, memang akan terasalah juga kehilangannya.
Bagi ibu bekerja seperti Meen, kadang-kala terasa rindu pada anak-anak walaupun hari-hari berjumpa. Tambahan lagi Affan dijaga sepenuhnya oleh Meen sehingga usianya genap setahun. Diberikan makan dan minum oleh Meen dan juga diberikan sepenuhnya susu badan. Mungkin juga kerana itu, badan Affan lambat juga naiknya, sehinggakan beratnya dikatakan agak kurang daripada yang sepatutnya oleh wakil Klinik Kesihatan.
Mungkinkah ada ibu bekerjaya seperti Meen yang kadang-kala merindukan kehadiran anak-anak di sisi mereka. Sudah tentulah. Hanya mereka yang bergelar Ibu sahaja yang mempunyai naluri sebegini. Tambahan lagi sekiranya merekalah yang bersengkakng mata dalam menjaga sendiri anak-anak mereka sedari daripada tempoh berpantang sehinggalah pandai bertatih.
Semoga sahabat-sahabat yang seangkatan dengan Meen dapat menempuhi hidup yang penuh dengan cabaran di luar sana. Menguruskan anak-anak dan keluarga, juga kerjaya sudah tentulah bukan perkara yang mudah untuk dilakukan, tetapi tidaklah mustahil.
Selamat berjuang!
Manisnya senyum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan