Sabtu, 26 Disember 2015

Bila Berat Badan Affan Kurang?

Salam.

Tarikh 26-Disember-2015.

Selepas lawatan Affan ke klinik kesihatan tempoh hari, berat badan dan panjang badan Affan semakin merosot. Tidak lagi di dalam lingkungan yang sepatutnya berdasarkan kepada carta z-skor yang merujuk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia bersumberkan WHO Child Growth Standard.
Berat badan dan panjang badan Affan sudah jatuh ke dalam kawasan kuning, yang mana menurut jururawat, ianya sesuatu yang patut dibimbangi kerana ia menunjukkan sesuatu yang tidak sihat, atau bukan lagi di dalam kebiasaan.
Carta Perkembangan Bayi

Berat-Untuk-Umur (Lelaki) - Affan 6 Bulan

Panjang-Untuk-Umur (Lelaki) - Affan 6 Bulan

Bimbang juga memikirkan perkembangan fizikal Affan. Sepanjang tempoh enam bulan pertama Affan, Meen memang memberikan hanya susu badan kepada Affan. Mungkinkah itu penyebab berat dan panjang badannya berkurangan? Meen berikan pula mengikut permintaannya. Memang ekslusifnya kerana hanyalah susu badan.

Namun, tidak mengapalah. Kebimbangan semata-mata tidak memberikan kebaikan. Meen mengambil langkah drastik dalam penyediaan menu dan hidangan untuk Affan dan mengharapkan perubahan akan berlaku.

Alhamdulillah. Hari ini, tercapai juga hasrat untuk memiliki sebuah lagi alat bantu memasak. Mini blender keluaran Philips ini, memang dibeli untuk membantu Meen menyediakan menu-menu bagi keperluan Affan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada "mrpresident" kerana membelikan Meen Philips Mini Blender ini. Akan Meen gunakan dengan sebaik-baiknya.

Philips - Mini Blender

Lapang betul rasa di dada bilamana, menu yang disediakan menggunakan mini blender ini, memenuhi citarasa dan kehendak Affan. Affan sekarang sudahpun makan 3 kali hidangan makanan utama dan 2 kali pula Meen berikan snek seperti biskut Farley's dan seumpamanya. Snek adalah makanan yang diberi di antara waktu makan utama.


 My New Assistant

Kehadiran Phipils Mini Blender ini amat besar ertinya. Kebanyakan masa yang digunakan dalam penyediaan menu hidangan Affan sebelum ini dapat dijimatkan hampir separuh masa. Philips Mni Blender ini memang sangat sesuai bagi penyediaan makanan bayi.

Three Main Functions

Kepada "supermom" di luar sana, sekiranya ada peluang, laburkanlah duit untuk membeli Philips Mini Blender ini. Memang amat-amat berbaloi. 

Diharapkan perkembangan fizikal Affan selepas ini bertambah baik. Temujanji seterusnya adalah pada 17-Februari-2016. 

Jangan putus asa.

Manisnya senyum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan