Salam.
Tarikh 26-Disember-2015.
HAPPINESS. It is always available you just need to decide when to get it.
Bahagia itu sangat-sangat subjektif. Terserah dan terpulang kepada individu untuk memilih untuk merasakan bahagia. Betul bukan? Kebahagiaan kita adalah terpulang kepada pilihan kita sendiri. Memilih untuk merasa bahagia atau sebaliknya terletak mutlak pada tangan kita sendiri.
Bahagiakah anda hari ini?
Bilakah waktu untuk merasakan bahagia?
Perlukah kita capai semua impian dan cita-cita untuk merasakan bahagia?
Justeru, selagi belum tercapai impian kita, layakkah untuk kita merasa bahagia?
Berilah peluang untuk diri kita atau mungkin mereka yang berada di sekeliling kita untuk merasa bahagia. Tidak perlu harta sejuta atau emas menggunung untuk menjadi bahagia. Cukuplah dengan merasakan cukup atas apa yang dikurniakan kepada kita. Namun, jangan pula ia dijadikan alasan untuk kita bermalas-malasan dalam mengejar kekayaan duniawi. Jadilah seseorang yang kaya agar dapat kita digelar seorang yang dermawan. Bukan sahaja kaya dengan emas permata, tetapi kaya dengan akhlak itukan yang paling sempurna. Itukan satu bentuk dakwah juga. Dakwah dengan akhlak. Betul kan?
Kids - Always Choose To Be Happy
Feel Happy
Semoga dapat kita semua merasakan nikmatnya bahagia. Bahagia itukan terlalu subjektif? Bahagia itu sangat-sangat berbeza di antara setiap individu bukan?
"Aiskrim Time"
Aiskrim Pilihan
Semoga dapatlah kita menempuhi tahun 2016 ini dengan bahagia mengikut cara kita. Khabarnya 2016 bakal menjadi satu lagi tahun yang penuh mencabar. Apa juga keadaannya, bersamalah kita mendoakan yang terbaik sesama kita. Sama-sama juga kita membuat persediaan untuk menghadapinya. Persediaan mental dan fizikal. Rohani dan jasmani.
Salam Tahun 2016 Sahabatku
Manisnya senyum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan