Pada Waktu-Waktu
Pada waktu-waktu
Kegembiraan
Selamat bertemu
Silalah berkunjung di penjuru bibirku
Pada waktu-waktu duka
Menjadikan aku terlalu kecil
Di bawah kemampuan
Kedukaan
Selamat bertemu
Silalah bertakung di sudut mataku
Pada waktu-waktu gembira
Membawa aku terlalu jauh
Dari asal diri
Terima kasih gembira
Terima kasih duka
Kerana singgah
Pada waktu-waktumu
Dalam giliran
Hingga aku cukup kenal
Warna mendung dan cerah
Atas lukisan hidupku
Yang belum sudah
Tarikh 2-Januari-2016.
Sedari zaman sekolah lagi, Meen mempunyai koleksi puisi. Dismpan kemas di dalam fail peribadi Meen.
Puisi-puisi yang Meen simpan sebenarnya adalah diperolehi daripada bahan bacaan yang dibaca oleh Meen.
Puisi ini telah lama tersimpan dalam koleksi Meen lebih dari sepuluh tahun.
Kepada penulis puisi ini, Meen ucapkan terima kasih kerana puisinya sarat dengan makna.
Terima kasih sudi baca.
Semoga hari sahabat semua sangat bermakna.
Manisnya senyum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan