Jumaat, 30 September 2016

Akhirnya Kau Tinggalkan Aku

Salam.

Tarikh 29-September-2016.

Akhirnya kau tinggalkan aku.

Hahahaha... Tersenyum seorang diri barangkali.

Akhirnya semut-semut yang bermaharajalela di dalam rumah ini pergi juga meninggalkan Meen.

Maafkan Meen semut. Tapi apabila kehadiranmu semakin bermaharajalela, terpaksalah juga Meen mengambil tindakan drastik. Jika sekiranya sebelum ini Meen menyenaraikan petua-petua untuk menghalau dan menghilangkan semut-semut di dalam rumah, nampaknya kali ini adalah pengalaman dan cerita sebenar apabila Meen mempraktiskan petua-petua itu.

Di antara cara dan petua yang Meen gunakan sebelum ini adalah dengan menggunakan cara

#3 Cuka + Air
Campurkan cuka dengan sedikit air dan semburkan ke laluan semut. Lakukan berulang-ulang sehingga nanti semut akan berkurangan.


Apabila Meen menggunakan cara ini, wahhh semakin ramai pula semut-semut yang datang berkunjung. Jadi, cara ini memang tidak disyorkan oleh Meen kerana ianya hanyalah mengundang kehadiran semut yang lebih banyak.


#1 Tepung jagung
Cara yang pertama ini akan Meen pertimbangkan kerana ianya sangat selamat dan mudah pula untuk didapati. Hanya taburkan sahaja tepung jagung di laluan semut untk menghalau mereka.


Kemudiannya, Meen menggunakan tepung jagung. Malangnya tepung jagung ini kemudian berterabur di atas lantai dan memang mengotorkan lantai kediaman rumah. Memang juga tak berjaya kerana semut yang lalu di dinding-dinding rumah tidakpun dapat dihilangkan.

Meen menggunakan dua cara ini kerana ianya lebih bersifat semulajadi kerana anak-anak masih kecil dan Meen lebih suka mengunakan petua yang tidak mempunyai bahan kimia untuk keselamata anak-anak.

Akhirnya, Meen akur dengan membeli racun semut yang dijual di kedai-kedai runcit dan pasaraya. 


Ini racun semut pertama yang dibeli oleh Meen iaitu Eco Ant Bait yang bersifat semulajadi. Malangnya ianya juga tidak dapat membantu menghalau semut-semut ini keluar daripada rumah Meen. Ianya berkesan tetapi tidaklah efektif.



Racun semut yang ini pula Meen beli di kedai menjual barang-barang plastik. Di dalamnya terdapat 2 batang kapur yang perlu dioleskan pada laluan-laluan semut dan tidak lama selepas itu, semut-semut ini akan jatuh ke lantai. Racun semut ini pula dinamakan SLS MAgic Insecticide Chalk dan sangat-sangat berkesan mengurangkan kehadiran semut-semut di dalam rumah. Tambahan pula, hanya oleskan pada dinding-dinding rumah dan selepas semut-semut itu jatuh di lantai nanti, cepat-cepatlah dibersihkan.

Jadi, apa yang Meen buat, selepas anak-anak sudahpun masuk tidur, barulah Meen akan oleskan kapur ini pada dinding-dinding rumah dan selepas sejam kemudian, dibersihkan pula semut-semut yang jatuh tadi. 

Tada! Selesai dan sungguh mudah. 


Inilah dua jenis racun semut yang dibeli oleh Meen dalam Projek Menghalau Semut Bahagian II.



Tengoklah semut yang bertaburan di lantai akibat penangan racun semut jenis kapur yang Meen gunakan.

Sekian. Terima kasih.

Manisnya senyum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan