Salam.
Tarikh 15-Oktober-2016.
Nak cari ketenangan? Bercelaru dan keliru? Hidup dipenuhi dengan pelbagai masalah yang melanda? Tak tahu mana satu yang harus didahulukan?
Kadang-kala memang sukar untuk menguruskan permasalahan harian.
Bagaimana caranya?
#1 Bacalah Al-Quran
Luangkanlah masa yang diberikan oleh Allah dalam sehari untuk membaca Al-Quran. Jika sekiranya tak dapat juga kita laksanakan, cubalah membaca Al-Quran seminggu sekali. Itupun sudah cukup memadai sebagai permulaan. Mulakanlah sekarang wahai sahabat. InsyaAllah ada jalan keluar yang mudah diberikan oleh Ilahi kepada kita untuk menempuhi hidup seharian sebagai hambaNya.
#2 Bersyukurlah Bersyukurlah Bersyukurlah
Bersyukurlah selalu dan jangan lupa memohon kepada Ilahi supaya diberikan penyelesaian dan supaya dapat dihilangkan segala kekusutan.
#3 Yakin Allah itu Maha Pengasih
Sahabat, percayalah dan yakinlah dengan hati bahawa Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Dengan keyakinan yang penuh kepada janji Allah, InsyaAllah kita akan lebih bermotivasi dan lebih berusaha di dalam urusan harian kita.
Selamat beramal sahabat!
Peringatan buat diri Meen juga ya!
Manisnya senyum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan