Salam.
Tarikh 17-Mei-2015.
Hari ini "MrPresident" mempelawa untuk mencari baju buat Afrina dan Adlina untuk dipakai bersempena dengan Majlis Perkahwinan Pak K nanti.
Meen pun dengan segera sahaja mengiakan kerana bimbang nanti tidak sempat pula hendak mencari baju buat Afrina dan Adlina untuk menjadi "Flower Girl" ketika majlis itu nanti, teringin juga menunaikan permintaan Mak melihat cucu-cucunya menjadi "Flower Girl".
Jadi, selepas sahaja pulang dari Melaka, kami singgah sebentar ke Mid Valley dan memang mudah untuk mencari baju "Flower Girl" buat mereka. Baju ini atas permintaan dan pilihan Afrina kerana "MrPresident" sendiri yang memberi ruang untuknya memilih sendiri baju "Flower Girl" untuknya dan Adlina.
Memang cantik. Bila sahaja dipakai oleh Afrina dan Adlina semakin cantik pula kerana kedua-duanya mengenakan baju yang sama.
Searching for "Flower Girl Dress" at Mid Valley |
Selepas selesai proses membeli baju, kami singgah sebentar di food court untuk minum-minum.
Terima kasih "MrPresident" kerana membelikan baju ini buat Afrina dan Adlina.
Semoga mereka akan sentiasa menghargai dan menjaga dengan baik apa sahaja pemberian yang telahpun diberikan buat mereka.
Bukan sahaja Afrina dan Adlina yang dibelikan baju, Meen pun dapat juga.
Manisnya senyum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan