Sabtu, 29 Oktober 2016

Selamat Datang Tahun 2017

Salam.

Tarikh 30-Oktober-2016.

Pejam celik pejam celik dah pun hampir masuk ke bulan November (sambil menarik nafas panjang).

Cepat betul masa berlalu.

Lagi dua bulan sahaja kita bakal melangkah ke Tahun 2017.

Apa agaknya sudah terlaksana semua azam dan impian untuk tahun 2016? Sekiranya belum masih belum terlambat untuk diusahakan.

Semoga kita akan dapat mencapai semua cita-cita dan impian.

Image result for tahun baru 2017


Manisnya senyum.

Selasa, 25 Oktober 2016

Resipi Chocolate Chip Muffin

Salam.

Tarikh 25-Oktober-2016.


Resipi Chocolate Chip Muffin

Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:

  • 125 gm tepung gandum - ayak dengan baking powder
  • 7 gm baking powder
  • 75 gm minyak masak
  • 75 gm susu segar
  • 75 gm gula caster
  • 1 biji telur B
  • 1/2 sudu teh vanila
  • Sedikit chocolate chips - tabur


Cara Penyediannya:

Kacau sebati minyak, susu, gula, telur dan vanilla.

Masukkan sedikit demi sedikit tepung dan kacau sebati dengan menggunakan spatula sehingga tidak bergentel.

Masukkan ke dalam paper cup sebanyak 3/4 penuh. Tabur chocolate chips di atasnya.

Bakar pada suhu 160C selama 30 minit atau sehingga masak.

Sedia untuk dihidang!








Manisnya senyum.

Ahad, 16 Oktober 2016

Sultan Muhammad ke-V dilantik YDP Agung ke-15

Salam.

Tarikh 16-20-2016.


kredit kepada thestar.com.my

Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya hari ini bersetuju mengisytiharkan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baharu berkuatkuasa pada 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun.

Baginda akan menggantikan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang tamat tempoh lima tahun sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14.

Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh yang sama, menurut kenyataan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad hari ini.



Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja itu dihadiri semua Raja dan dipengerusikan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Sultan Kelantan Sultan Muhammad V merupakan seorang raja berjiwa rakyat dan sangat dekat di hati penduduk negeri Kelantan.

Tengku Muhammad Faris Petra, 47, putera sulung Sultan Ismail Petra menggunakan gelaran Sultan Muhammad V setelah dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 September 2010.

Sejak ditabalkan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada 6 Oktober 1985, baginda lebih suka mengenakan jubah atau berbaju Melayu dengan berkain pelikat serta berkopiah putih ketika melawat rakyat.


Baginda tidak kekok duduk bersila bersama rakyat semasa mengadakan lawatan ke kampung-kampung, malah amat mengambil berat kebajikan mereka dan kerap kali dalam diam dan di luar pengetahuan media, menjengah kehidupan mereka yang memerlukan pembelaan.

Sultan Muhammad V yang diputerakan pada 6 Oktober 1969, mendapat pendidikan awal di Sekolah Sultan Ismail I, Kota Bharu sebelum melanjutkan pelajarannya ke sekolah antarabangsa Alice Smith di Kuala Lumpur.

Baginda kemudian ke Oakham School Rutland, England sehingga 1989 sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang kajian diplomatik di St. Cross College, Oxford serta di Oxford Centre for Islamic Studies sehingga 1991.


Baginda juga meminati sukan memanah, boling serta memelihara haiwan seperti kuda, kucing, ayam dan burung.

Baginda mempunyai tiga adinda iaitu Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra, 37, Tengku Muhammad Fakhry Petra, 33, dan Tengku Amalin Aishah Putri, 27.

Sultan Muhammad V yang merupakan Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) gemar membaca serta meminati sukan lasak seperti ekspedisi kenderaan pacuan empat roda dan kejohanan kuda lasak.


Allahuakbar! Allahuabar! Allahuakbar!

Manisnya senyum.

Sabtu, 15 Oktober 2016

3 Cara Mudah Mencapai Jiwa Tenang

Salam.

Tarikh 15-Oktober-2016.

Nak cari ketenangan? Bercelaru dan keliru? Hidup dipenuhi dengan pelbagai masalah yang melanda? Tak tahu mana satu yang harus didahulukan? 

Kadang-kala memang sukar untuk menguruskan permasalahan harian. 

Bagaimana caranya? 

#1 Bacalah Al-Quran

Luangkanlah masa yang diberikan oleh Allah dalam sehari untuk membaca Al-Quran. Jika sekiranya tak dapat juga kita laksanakan, cubalah membaca Al-Quran seminggu sekali. Itupun sudah cukup memadai sebagai permulaan. Mulakanlah sekarang wahai sahabat. InsyaAllah ada jalan keluar yang mudah diberikan oleh Ilahi kepada kita untuk menempuhi hidup seharian sebagai hambaNya. 



#2 Bersyukurlah Bersyukurlah Bersyukurlah

Bersyukurlah selalu dan jangan lupa memohon kepada Ilahi supaya diberikan penyelesaian dan supaya dapat dihilangkan segala kekusutan.Image result for doa mohon ketenangan hati

#3 Yakin Allah itu Maha Pengasih

Sahabat, percayalah dan yakinlah dengan hati bahawa Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Dengan keyakinan yang penuh kepada janji Allah, InsyaAllah kita akan lebih bermotivasi dan lebih berusaha di dalam urusan harian kita. 

Image result for chase akhirat

Selamat beramal sahabat!

Peringatan buat diri Meen juga ya! 

Manisnya senyum.

Ahad, 9 Oktober 2016

Rambut Mahkota Wanita! 7 Tips Mudah Menjaga Rambut

Salam.

Tarikh 15-Oktober-2016.

Rambut merupakan mahkota wanita dan perlu dijaga dengan rapi. Meen kongsikan di sini 7 Tips Mudah Menjaga Mahkota Wanita Ini!

Image result for hairstyle hollywood artist


Walaupun dikatakan ianya mahkota wanita, masih lagi ada di antara wanita yang gagal mengurus rambut dengan baik. Maklum sahaja dalam kesibukan menjalani hidup sehari-hari, kadangkala mungkin juga kita terlepas pandang akan mahkota wanita ini. 

Bagaimana cara menjaga rambut tambahan lagi apabila seorang wanita sibuk menguruskan rumahtangga dan keluarga tercinta? Jom teruskan membaca bersama Meen. Ini caranya.

#1 Gunakan berus yang bergigi jarang untuk memberus rambut. Bukan sahaja ianya menyisir rambut dengan kemas, tetapi ianya juga melancarkan peredaran darah di bahagian kepala. 

Image result for short edgy hairstyles for women


#2 Amalkan memberus rambut sebelum mandi kerana ini dapat mengurangkan keguguran rambut.

#3 Jangan terus memakai tudung ketika rambut masih basah kerana ini dapat menggalakkan pertumbuhan kelemumur di kulit kepala.

#4 Potong atau trim rambut dua bulan sekali untuk mengelakkan rambut bercabang dan menggalakkan pertumbuhan rambut baru

#5 Elakkan daripada mewarnakan rambut kerana ia boleh menyebabkan rambut rosak dan kering jika tidak dilakukan oleh pendandan rambut professional.

Image result for rambut mahkota wanita

#6 Amalkan menyapu dan melembabkan rambut dengan pati santan kelapa kerana ianya menguatkan akar rambut dan melebatkan dan menghitamkan rambut

#7 Yang paling penting, kenal pasti syampu rambut yang bersesuaian dengan kulit kepala dan rambut kerana pemilihan syampu rambut juga seperti sama seperti pemilihan pencuci muka, mengikut individu dan juga berlainan di antara individu. 

Meen menggunakan syampu L'oreal Elseve Fall Resist 3X kerana ianya ternyata memberikan kekuatan akar rambut yang lebih selepas dipakai selama beberapa minggu. 



Syampu rambu L'oreal Elseve Fall Resist 3X ini emang mampu milik kerana harganya yang tidak pun mencecah RM10 sebotol 330ml. Selain daripada keberkesanannya ke atas kulit kepala, baunya yang wangi dan harum juga memikat hati Meen.

Boleh juga didapati di kedai-kedai runcit yang menjual dengan harga promosi yang jauh lebih murah dari pasaraya. Kalau nak rambut harum mewangi, silalah mencuba ya!

Manisnya senyum.

Isnin, 3 Oktober 2016

Bagaimana Perjuangan Ibu Bekerjaya?

Salam. 

Tarikh 3-Oktober-2016.

A.F.F.A.N


Hari ini genaplah sudah 1 tahun 4 bulan usia Affan. Pejam celik pejam celik sekejap sahaja dirasakan menigkatnya usia Affan. 

Diingat-ingat semula, masih terasa baru sahaja menahan kesakitan ketika doktor bius mencuba untuk memasukkan ubat bius ke dalam tulang belakang. Tak tertahan sakitnya, sehinggakan Meen melahirkan rasa sakit kepada doktor. Maafkan Meen doktor, bukan niat menyalahkan doktor, tapi rasa sakitnya tak tertahan. 

Hari ini rasa rindu sangat kepada Affan. Inilah teman baiknya di kala ini. Harus juga ada apabila minum susu dan sekiranya tiadalah "Boo" yang satu ini, memang akan terasalah juga kehilangannya. 

Bagi ibu bekerja seperti Meen, kadang-kala terasa rindu pada anak-anak walaupun hari-hari berjumpa. Tambahan lagi Affan dijaga sepenuhnya oleh Meen sehingga usianya genap setahun. Diberikan makan dan minum oleh Meen dan juga diberikan sepenuhnya susu badan. Mungkin juga kerana itu, badan Affan lambat juga naiknya, sehinggakan beratnya dikatakan agak kurang daripada yang sepatutnya oleh wakil Klinik Kesihatan. 




Mungkinkah ada ibu bekerjaya seperti Meen yang kadang-kala merindukan kehadiran anak-anak di sisi mereka. Sudah tentulah. Hanya mereka yang bergelar Ibu sahaja yang mempunyai naluri sebegini. Tambahan lagi sekiranya merekalah yang bersengkakng mata dalam menjaga sendiri anak-anak mereka sedari daripada tempoh berpantang sehinggalah pandai bertatih.




Semoga sahabat-sahabat yang seangkatan dengan Meen dapat menempuhi hidup yang penuh dengan cabaran di luar sana. Menguruskan anak-anak dan keluarga, juga kerjaya sudah tentulah bukan perkara yang mudah untuk dilakukan, tetapi tidaklah mustahil.

Selamat berjuang!

Manisnya senyum.

Sabtu, 1 Oktober 2016

MIsi Bantuan Kemanusiaan Orang Asli Kg Sg Rekom

Salam.

Tarikh 1-Oktober-2016.

Misi Bantuan Kemanusiaan Orang Asli Kg Sg Rekom.

KLHamoc buat julung kalinya mengadakan Misi Bantuan Kemanusiaan kepada penduduk Orang Asli di Kg Sg Rekom di Gua Musang.

Bertarikh 1 hingga 2 Oktober 2016, KLHamoc bersama "penaja-penaja rasmi" telah ke Kg Sg Rekom atas misi bantuan kemanusiaan.




Di antara bekalan makanan untuk Misi Bantuan Kemanusiaan pada kali ini merupakan beras, gula, sardin dan beberapa lagi makanan ruji yang lain. 













Nampaknya hanya "MrPresident" sahaja dengan posing "tagline" favouritenya. Hmmmmmm....





Bila perangai giler dah mula keluar dari badan.



Tiga dara pingitan barangkali?










Berlaku sedikit kekecohan disebabkan oleh aktiviti pembalakan oleh pihak tidak berwajib yang menyebabkan penduduk Orang Asli Kg Sg Rekom mengecam sesiapa yang memasuki kampung mereka.











Check point terakhir buat misi kali ini adalah di Kem Sg Pauh, Cameron Highlands.

Misi pada kali ini nampaknya memberikan respon yang positif daripada penduduk Orang Asli di Kg Sg Rekom kerana dapat diterima oleh mereka walaupun terdapat sedikit kekecohan disebabkan oleh pembalak-pembalak yang beroperasi di Kg Sg Rekom yang mendapat kecaman daripada penduduk Orang Asli.

Semoga misi bantuan sebegini dapat diteruskan lagi oleh KLHamoc untuk masa akan datang.

#HIKERSkitabersaudara.


Kredit to MistaFaizal Production

Manisnya senyum.