Tarikh 12-Mei-2016.
Hari ini hari yang cukup sibuk namun Meen rasakan ianya amat-amat dimanfaatkan oleh Meen.
Untuk sarapan pagi ini, Meen sediakan Nasi Goreng Kampung dan Plain Pancake buat anak-anak.
Sebenarnya semalam telahpun Meen sediakan Plain Pancake tetapi oleh kerana sambutan yang menggalakkan daripada anak-anak, Meen pun mengulangi resipi ini untuk hari ini.
Tengoklah Afrina, belumpun sempat mandi dan bertukar baju, dah duduk di meja makan untuk makan Plain Pancake bersama madu semalam. Sehingga tiga keping untuk mengisi perutnya yang kelaparan.
Jom Meen kongsikan resipinya.
Plain Pancake
Bahan-Bahannya:
- 1 cawan Tepung Gandum
- 1 cawan Susu Segar
- 1 biji Telur
- 1 sudu kecil Baking Powder
- 1 sudu kecil Vanilla
- secubit Garam
- sedikit Mentega (pilihan)
Cara Penyediaanya:
- Masukkan tepung gandum dan baking powder ke dalam mangkuk besar.
- Masukkan susu dan dikacau rata.
- Masukkan telur dan vanilla.
- Perasakan dengan garam.
- Gaulkan kesemua bahan-bahan di atas sehingga sekata.
- Panaskan "Non-Stick Pan" dengan api yang paling kecil. (Non-Stick Pan yang menjadi kebanggan "MrPresident" kerana amat-amat berbaloi memilikinya walaupun tidak disokong oleh Meen ketika "MrPresident" membelinya di Giant dengan harga RM6.90. Hahaha.)
- Tunggu sehingga buih-buih kecil timbul di permukaan.
- Tadaa. Dah pun siap.
- Tak perlu dipalingkan pun.
- Mudah kan?
Plain Pancake ni boleh dimakan dengan pilihan masing-masing samada menggunakan sedikit mentega, madu ataupun "chocolate spread" yang boleh dibeli di kedai-kedai runcit berhampiran.
Meen lebih suka makan menggunakan Gardenia Delicia Milky Chocolate Spread. Emm.. Memang lazat. Bukan sahaja anak-anak suka, Meen pun suka juga.
Buat supermom di luar sana yang mencari-cari menu buat naak-anak, bolehlah mencuba resipi ini. Memang teramat mudah dan juga menjimatkan masa dan tenaga membuatnya. Hahaha. Apa yang penting, biar anak-anak yang tentukan rasanya.
Kepada sahabat semua, jangan pernah berhenti melakukan apa yang penting di dalam hidup kita. Walau sesekali kita kehilangan motivasi dan semangat, teruskan melangkah kerana kejayaan menanti di hadapan buat kita. Setiap manusia pasti akan diuji dan berlainan pula ujian buat kita.
Manisnya senyum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan