Selasa, 29 Mac 2016

5 Tips Kekal Sihat Hingga Ke Tua

Salam.

Tarikh 29-Mac-2016.


Bicara mengenai kesihatan. Siapa agaknya yang tidak mengimpikan kesihatan tubuh badan yang tip top sehingga menginjak ke usia tua.

Kesihatan tubuh badan yang diimpikan adalah apabila kita dapat bergerak cergas dan bebas dalam melakukan aktiviti harian dengan sendirinya tanpa bantuan orang lain dan dalam ertikata kita dapat berdikari dan kurang mengharapkan bantuan orang lain.

Bagaimana agaknya supaya hasrat ini tercapai? Sudah tentulah bukan mengambil masa yang singkat dan pantas.

Usaha yang memerlukan ketekunan dan kesabaran yang tinggi yang hanya akan terhasil apabila kita telahpun menginjak ke usia emas barangkali. Bukan sikit pengorbanan dan usaha yang perlu dijaga dengan rapi untuk mencapainya.

Tapi, alahai manisnya kiranya pabila di usia emas nanti kita mampu kiranya hendak ke Mekah menunaikan ibadah dengan sendirinya tanpa bantuan anak-anak. Berjumpa dan mengadu memohon keampunan dengan Yang Maha Esa dengan hanya antara kita dan Yang Esa.

Ini di antara yang boleh kita lakukan sebelum terlambat.

1. Amalkan Pemakanan Sihat
Makanlah makanan yang seimbang dan sihat. Jadikan amalan memakan makanan seimbang dan sihat sebagai cara hidup sehari-hari, bukan hanya diamalkan apabila kita ingin mencapai berat badan ideal sahaja. Minum sehingga 8 gelas sehari semalam supaya badan dapat memproses nutrien yang diterima oleh badan dengan baik. Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam hidangan seharian. Kurangkan gula dalam minuman. Jadikan amalan meminum susu setiap hari, lebih-lebih lagi susu segar rendah lemak yang mudah didapati sekarang.

2. Senaman Rutin
Senaman rutin dapat membantu mengekalkan kecergasan tubuh badan. Cari ruang dan kesempatan yang ada di dalam jadual seharian sekiranya aktiviti terlalu sibuk setiap hari. Banyakkan berjalan kaki kerana ianya juga senaman yang paling mudah tanpa melibatkan wang ringgit. Berjoging dan berenang dapat meningkatkan kecergasan, keceriaan dan keyakinan diri selain menguatkan otot jantung dan paru-paru. Namun, jangan lupa untuk memastikan senaman rutin yang dilakukan bersesuain dengan tahap kecergasan diri dan tubuh badan.

3. Rehat dan Tidur Yang Cukup
Dapatkan rehat dan tidur yang mencukupi setiap hari supaya badan akan kembali beersedia menghadapi hari-hari yang berikutnya.

4. Jaga Hati Jaga Minda 
Bagaimana untuk menjaga hati dan minda? Dengan memperbanyakkan mengingati Yang Esa. Kita semua akan merasai turun dan naiknya serta pasang surutnya hidup dan permasalahan yang hanya kita sahaja yang mungkin akan memahaminya. Jadikan amalan solat 5 waktu sehari semalam yang menjadi kewajipan untuk dilaksanakan setiap hari sebagai terapi diri. Puasa dan sedekah pula dijadikan amalan untuk minda lebih positif dan kuat.

5. Lakukan Pemeriksaan Kesihatan Berkala
Lakukan pemeriksaan berkala mengikut tahap umur dan kesihatan tubuh badan. Semakin menginjak ke usia emas, kerapkanlah melakukan pemeriksaan kesihatan berkala kerana risiko mendapat sebarang penyakit lebih tinggi.




Manisnya senyum.

Ahad, 27 Mac 2016

My Best Birthday Present Ever

Salam.

Date 27-March-2016.

Today is my birthday.

Thank god I have my very best birthday present. I am happy even though I may not be rich and luxurious and I am still searching and hoping for the job, but I do have my own happy family.

Wish that my family will be blessed each and every day and wish that I will be given the strength to get through my struggling time.  


Thank you

For always being there for me
When no one else wanted to be 
For always standing by my side
And correcting me when I was wrong.

For always reminding me that
The world did not hate me as much
As I thought it did and The only reason I was being 
Tested so much was because 
I was the greatest warrior
And the greatest enemy
Because this is my life 
So this is my war
And depending on the way 
I chose to be
The Hero or the Villain
I was meant to fight either way
Because the universe
Thought I was worthy.

Thank you for always giving me
Large warn hugs
And making me laugh
On the days where I 
Felt like I was dead inside
And the days where I felt the most 
Unwanted, lost, and sad.

Thank you for making me realize
That sometimes
Happy places are people
And not things nor place.


Credit to ohheyitsnafisah


Manisnya senyum.

Jumaat, 25 Mac 2016

Semoga Ayah Dirahmati

Salam.

Tarikh 25-Mac-2016.

Hari ini merupakan ulang tahun Ayah.

Ayah, masih lagi Meen terasa seperti baru semalam Meen bermanja dengan Ayah.


Ayah di US

Ayah makin berusia. Sesekali bila pulang ke kampung, merenung Ayah dari jauh, jelas ketara sekali perubahan pada wajah Ayah. Garis-garis halus pada wajah Ayah menyatakan bahawa Ayah makin dimamah usia.

Ayah, maafkan Meen kiranya sehingga kini masih lagi tak dapat membahagiakan Ayah. Ayah lah tempat bermanja walau mungkin tak pernah sekali pun dinyatakan pada Ayah.

Semoga Ayah dilimpahkan kurniaan rezeki yang melimpah ruah Ayah, supaya dapat juga Mak merasai dan mengecapi nikmatnya kebahagiaan itu.

Semoga dapat Meen membahagiakan  Ayah, sementara Ayah masih ada.

Salam sayang dari anakmu.

Manisnya senyum.

Khamis, 24 Mac 2016

Asam Rebus Bendi Yang Mudah dan Menjimatkan Masa

Salam. 

Tarikh 25-Mac-2015.

Hari Jumaat biasanya merupakan hari yang paling singkat bagi Meen. Cepat betul masa berlalu meninggalkan kita. 

Jadi, pada hari ini, Meen bercadang untuk masa yang mudah-mudah sahaja. Memang kebiasaannya pun, Meen hanya akan memasak (atau boleh dikatakan pandai memasak) yang mudah-mudah sahaja.

Jom Meen kongsikan resipi hari ini. 


Asam Rebus Bendi

Asam Rebus Bendi

Bahan-Bahan Untuk Asam Rebus Bendi
Bahan-Bahannya:
  • Bendi 
  • Sebuku Lengkuas
  • 1 biji Bawang Merah
  • 1 inci Kunyit
  • 5 batang Cili Kering
  • 1 inci Halia
  • 1 sudu besar Udang Kering
  • 1 inci Belacan
  • 3 kepin Asam Keping

Cara Penyediaanya:
  1. Sediakan bendi, bersihkan dan dipotong-potong.
  2. Jerang air di atas api.
  3. Setelah mendidih, masukkan bahan-bahan tadi kesemua sekali kecuali cili kering.
  4. Biarkan mendidih semula.
  5. Masukkan bendi.
  6. Kemudian barulah dimasukkan cili kering (Meen biarkan cili kering tanpa dipotong-potong kerana tak mahu bijinya bersepah).
  7. Perasakan dengan garam.
  8. Sedia untuk dihidang.




Selain mudah untuk disediakan, ianya juga menjimatkan masa kerana mengambil masa yang singkat. Bolehlah diselitkan di dalam jadual harian hari ini untuk melaksanakan tugasan yang lain.

Asam Rebus Bendi ini juga sihat untuk dimakan seisi keluarga.

Selamat mencuba.

Manisnya senyum.

Coklat Cip Scones Yang Mudah

Salam.

Tarikh 25-Mac-2016.

Pagi ini Meen bercadang untuk menyediakan Coklat Cip Scones sebagai sarapan pagi.

Masa yang ada sangatlah terhad kerana Meen hanya tersedar dari tidur pada pukul 6 pagi.

Meen harapkan supaya boleh bangun lebih awal selepas ini.

Resipi Coklat Cip Scones ini ada terdapat di dalam post Meen sebelum ini. Cuma pada hari ini Meen dapat menggunakan telur dalam adunan doh.

Coklat Cip Scones

Kesukaan Anak-Anak

Kepada yan nak mencuba, silalah. Mudah sahaja. Penyediaan mengambil masa selama lebih kurang 20 minit. Cuma masa untuk membakar mungkin mengambil masa sedikit bergantung kepada oven yang anda miliki. 

Selamat mencuba.

Manisnya senyum. 

Rabu, 23 Mac 2016

Apa Tanda Awal Strok Haba?

Salam.

Tarikh 24-Mac-2016.

Cuaca panas sekarang makin menekan perasaan. Meen rasakan panasnya sehinggakan ingin mandi 3 kali sehari semalam. Kadang-kadang terlebih pula sehingga empat kali mandi. Manakan tidak, bila cuaca panas melampau sebegini, badan pun mulalah mengeluarkan peluh dengan ligat. Tak nak bau badan yang "masyam" tu nanti melekat di badan, Meen pun ambil langkah untuk mandi dengan lebih kerap. Pertama, untuk menyejukkan badan dan kedua bagi mengelakkan badan "masyam" supaya nanti berbau lebih harum dan enak.

Hahaha.

Jadi, bila cuaca panas ni, jangan pula kita tolak ketepi soal kesihatan dan kebersihan diri. Amat-amat penting bagi memastikan kedua-dua perkara ini diambil berat. Maklumlah, kalau bukan kita sendiri yang menjaga diri kita, siapa lagi? Kalau nanti kita pula sakit, siapa pula yang nak diharapkan menjaga anak-anak kita? Betul kan?

Jom ambil tahu apa dia strok haba?

Strok haba dikatakan berlaku apabila suhu badan naik mendadak sehingga boleh mencecah 41'C dalam masa 10 hingga 15 minit dan tidak dapat dikawal oleh badan secara normal.




Di antara tanda-tanda awal strok haba adalah

  1. Kerap sakit kepala
  2. Mudah hilang fokus
  3. Lidah menjadi bengkak
  4. Suhu badan melebihi 39'C
  5. Badan tidak berpeluh
  6. Nadi berdenyut laju
  7. Tekanan darah rendah
  8. Kulit kering dan kemerah-merahan
  9. Badan lesu dan kerap pengsan

Jadi, jangan pandang ringan akan risiko strok haba kerana kesannya agak cepat dan memerlukan rawatan segera.

Mencegah lebih baik dari mengubati.

Kredit kepada KKM.

Manisnya Senyum.

Ahad, 20 Mac 2016

Rambut Oh Rambut

Salam.

Tarikh 20-Mac-2016.

Pada pagi Ahad yang lepas Men dan keluarga menikmati hidangan sarapan pagi seperti biasa.

Selepas selesai menikmati hidangan sarapan pagi, singgah pula membelikan Afrina sepasang lagi baju kurung sekolah untuk sekolah agama dan sekolah kebangsaan.

Kemudian dengan spontan "MrPresident" menunjukkan kepada Meen sebuah salon dan menunjukkan rambut Afrina untuk dipotong.

Akhirnya.

Rambut Afrina yang dijaga rapi bertahun-tahun dipotong juga. Memang sedih, namun terpaksa juga diturutkan atas sebab-sebab tertentu.


Sedih sebab lepas ni memang dah tak dapat lagi nak menggayakan rambut Afrina.

Manisnya senyum.