Tarikh 17-Februari-2016.
Hari ni Meen berkira-kira untuk menyediakan Scones Coklat Cip sebagai sarapan.
Ketika sedang sibuk menimbang-nimbang bahan-bahan untuk disediakan, baru Meen perasan bahawa telur pula sudah habis.
Alamak, macam mana ni?
Nampaknya masa memang mencemburui di awal pagi begini, lantas Meen tekadkan juga niat untuk mencuba juga walaupun kehabisan telur.
Selepas siap dibakar dan disajikan, sehinggakan tidak sempat pula untuk diambil gambar sebagai ingatan. Mungkin juga kerana kesuntukan waktu di awal pagi, atau juga mungkin kerana menjadi kesukaan buat "MrPresident" dan anak-anak.
Semoga Chocolate Chip Scones ini dapat membuatkan pagi mereka lebih indah hari ini.
Jom Meen kongsikan resipi "Chocolate Chip Scones" pada hari ini.
Chocolate Chip Scones
"Chocolate Chip Scones" |
- 350g tepung gandum
- 2 sudu kecil baking powder
- 100g gula perang
- secubit garam
- 110 marjerin Planta (disejukkan dan didadu)
- 100g coklat cip
- 120g susu segar HL
- 1 sudu kecil vanila
Cara Penyediaannya:
Langkah-Langkah Awal |
- Campurkan susu segar HL bersama vanilla.
- Campurkan tepung gandum, baking powder dan gula perang ke dalam mangkuk besar.
- Tambahkan secubit garam.
- Gaulkan marjerin Planta menggunakan hujung jari sahaja sehingga adunan menjadi seperti adunan serbuk roti.
- Masukkan coklat cip.
- Tambahkan susu dan digaul rata.
- Tinggalkan sedikit susu sebagai sapuan di atas scomes nanti.
- Adunan tadi dibetuk bulat dan dileperkan sebelum dipotong menjadi lapan bahagian.
- Susunkan di atas loyang, di sapukan baki susu tadi dan dibakar menggunakan suhu 17C selama 30-40 minit bergantung kepada pembakar.
- Setelah warnanya agak kekuningan dan baunya pun sudah wangi mengharum, bolehlah dikeluarkan daripada pembakar.
- Sedia untuk dihidang.
- Cubalah.
- Memang mudah.
Selepas Dicampurkan Coklat Cip dan Sebelum Dibakar |
Jom cuba resipi Chocolate Chip Scones yang memang amat mudah disediakan ini.
Ketika menggaul rata adunan, gunakan hanya hujung jari untuk mengelakkan adunan menjadi keras, atau boleh sahaja digunakan whisk sebgai alat bantu penyediaan.
Manisnya senyum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan