Tarikh 16-Februari-2016.
Hari ini Meen kebingungan untuk masak apa.
Biasanya memang masakan yang senang, cepat dan mudah sahaja yang menjadi pilihan untuk dijadikan hidangan.
Lantas, tiba-tiba terlintas di ingatan semasa pulang ke kampung halaman di Melaka haritu, Mak ada menawarkan supaya membawa pulang sambal kering ikan bilis yang dibelinya sebalang dengan harga RM25.
Wah, terkejut juga mendengar harganya. Namun, apabila Mak memuji keistimewaan sambal kering itu, mungkin juga berbaloi dengan harganya, kerana Mak memang mengamalkan amalan jimat cermat yang dipupuk kepada kami sedari kecil.
Jadi, Meen pun ambil kesempatan ingin mencuba sendiri sambal kering air tangan sendiri. Mungkin jika dibandingkan dengan sambal kering yang dijual kepada Mak, memang tak setanding, paling tidak pun itulah masakan air tangan buat "MrPresident" tersayang dan anak-anak.
Sambal Kering Ikan Bilis dan Tempe Pembuka Selera |
Sambal Kering Ikan Bilis dan Tempe
Bahan-Bahannya:
- Ikan Bilis (2 genggam)
- Tempe (lebih kurang sama banyak dengan ikan bilis dan dikunyitkan)
- 3 Ulas Bawang Merah (ditumbuk)
- 6 Sudu Besar Cili Boh
- 3 Sudu Besar Serbuk Cili Kering
- Gula (secukup rasa)
- Garam (secukup rasa)
- Minyak
- Goreng terlebih dahulu ikan bilis dan tempe secara berasingan sehingga garing.
- Ketepikan supaya sejuk.
- Kemudian, tumiskan cili boh sehingga kering.
- Masukkan pula bawang merah.
- Masukkan pula serbuk cili kering.
- Perasakan pula dengan gula dan garam.
- Sedia untuk dihidang.
- Selamat mencuba.
Manisnya senyum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan