Tarikh 14-Februari-2016.
Bagaimana anda mengisi masa lapang semasa cuti Tahun Baharu Cina baru-baru ini?
Sekolah sudahpun bermula semula selepas bercuti panjang daripada cuti Tahun Baharu Cina.
Bermulalah semula rutin harian kita seperti biasa.
Bagaimana keadaan bilik anak-anak kita hari ini semasa kita meninggalkan rumah untuk ke destinasi masing-masing?
Apabila anak-anak sudahpun di bangku persekolahan, menjadi kebiasaan kita supaya dapat sentiasa memastikan bilik anak-anak dalam keadaan kemas. Bukan sahaja kemas, tetapi bilik yang kemas itu kebiasaannya akan sentiasa juga bersih dan dalam kedaan yang menenangkan. Jadi, mudahlah nanti anak-anak supaya dapat mengulangkaji pelajaran mereka.
Buat sahabat-sahabat yang bergelar ibu, tidak kiralah samada yang bekerja ataupun suri rumah sepenuh masa, atau juga ibu-ibu tunggal ataupun bapa-bapa tunggal, pasti memeningkan kepala apabila pulang daripada bekerja melihat bilik anak-anak yang tidak kemas dan bersih.
Sekalipun kita mempunyai atau mampu untuk mengupah pembantu rumah, bilik anak-anak sepatutnya menjadi platform untuk anak-anak berlatih menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab dan tahu tugas-tugasnya supaya nanti anak-anak menjadi anak yang lebih peka dan faham keutamaan menjaga kekemasan biliknya.
Jadi, Meen nak berkongsi 3 tips utama supaya bilik anak-anak kita sentiasa kemas dan yang paling penting dapat menjamin kebersihannya.
3 Tips Bilik Anak Sentiasa Kemas.
Tips #1 Pemilihan Cadar
Pilihlah cadar jenis yang tidak mudah renyuk ataupun jenis yang tetap dan melekap di tilam. Sekarang memang banyak jenis cadar daripada kain cotton yang boleh menjadikan bilik anak-anak kita lebih menarik. Meen memilih untuk menjadikan cadar patchwork sebagai cadar untuk bilik anak-anak. Cadar patchwork ini 100% kain cotton. Kualitinya memang elok dan kemas, tidak berkedut, sejuk dan yang paling penting adalah ianya tidak mudah bergerak selepas dibentangkan di atas tilam malahan ianya amat mudah untuk dibasuh kerana boleh dibasuh menggunakan mesin basuh samada menggunakan air panas ataupun tidak. Jadi, memang amat menjimatkan masa bila menggunakan cadar patchwork ini. Cadar patchwork ini diperkenalkan oleh kakak Meen "Puan Azlina" di samping menjalankan bisnes sampingan bagi menambah duit poket buat anak-anak. Terima kasih Angah.
Cadar Patchwork Pemberian Angah |
Tips #2 Sediakan Kotak Simpanan Mainan
Anak-anak memang gemar bermain. Bagi anak-anak Meen memang mereka lebih gemar bermain dengan alat permainan daripada bermain tablet. Hanya sediakan dua kotak mainan yang secara asasnya menyediakan mainan yang lembut dan satu kotak lagi utuk menyimpan alat mainan yang agak keras yang dibuat mungkin daripada kayu. Kadang kala memang alat-alat mainan ini bercampur aduk juga di antara yang lembut dan keras, tetapi tak mengapalah. Pengasingan alat mainan itu secara asanya supaya mereka dapat belajar mengenali dan mengasingkan alat-alat mainan mereka. Jadi, latihlah mereka supaya mengemaskan alat mainan mereka setiap kali selepas bermain supaya menjadi tabiat mereka menjaga dan menyayangi alat mainan mereka. Simpanan alat-alat mainan ini hanyalah untuk alat mainan yang kecil sahaja. Alat-alat mainan yang lebih besar tidak perlulah disimpan di dalam kotak mainan. Ianya boleh disusun di dalam bilik bersebelahan kotak mainan.
Soft Toys Box |
Tips #3 Asingkan Pakaian Anak-Anak
Sekiranya ada ruang dan bajet, bolehlah disediakan almari khas buat anak-anak setiap satu seorang. Supaya mereka ada perasaan sayangkan baju-baju mereka dan supaya mereka lebih menghargai pakaian yang dipakai mereka sehari-hari. Namun, sekirangan ada kekangan, cukuplah sekadar menyediakan satu ruang bagi setiap anak supaya dapat diasingkan ruang khas buat pakain anak-anak kita. Dalam satu-satu masa, latihlah dan ajaklah mereka mengemaskan sekali pakaian almari mereka supaya timbul perasaan bertanggungjawab dalam menjaga kekemasan almari pakaian mereka. Ini penting supaya nanti anak-anak cepat dapat berdikari dalam persiapan kelengkapan berpakain ke sekolah pada waktu pagi, kerana kebiasaannya waktu pagi merupakan waktu yang amat penting dalam memastikan kelancaran hari kita. Sekiranya nanti anak-anak sudah terbiasa dengan susunan pakaian mereka, tak perlulah mereka mengharapkan kita untuk menyediakan setiap helaian pakain mereka untuk ke sekolah. Jimat masa kita bukan?
Pengasingan Pakaian Anak-Anak |
Jom kita sama-sama memastikan kekemasan dan kebersihan bilik anak-anak supaya sentiasa dalam keadaan tip top.
Bilik anak-anak yang kemas dan bersih bukan sahaja mengundang rasa tenang buat mereka, malah mereka juga nanti mudah dan senang untuk belajar.
Manisnya senyum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan