Jumaat, 8 Januari 2016

Afrina dan Ayam Goreng Kesukaannya

Salam.

Tarikh 8-Januari-2016.

magazinesbymeen.blogspot.my
Ayam Goreng Kesukaan Afrina

Afrina memang menggemari ayam goreng.

Suatu hari, kunyit  serbuk di rumah telah kehabisan tanpa Meen sedari. Mengambil inisiatif, Meen menumbuk kunyit hidup sebagai ganti serbuk kunyit kerana hendak juga menunaikan hasrat Afrina untuk menikmati hidangan ayam goreng.

Bermula daripada hari itulah, Meen lebih gemar menggunakan kunyit hidup yang ditumbuk untuk menggoreng ayam.

Rasanya memang punya rasa yang tersendiri.

Resipi kali ini memang amat ringkas sahaja, tetapi mungkin boleh menjadi pembuka selera buat anak-anak.

Jom Meen kongsikan resipi menggoreng ayam Meen yang menjadi kesukaan anak-anak terutama sekali Afrina.


magazinesbymeen.blogspot.my
Ayam Goreng Kesukaan Afrina

Ayam Goreng Kesukaan Afrina

Bahan-bahannya:

  • 800 gm ayam (bersihkan)
  • 3 inci kunyit hidup
  • 2 ulas bawang putih (agak besar saiznya)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng
magazinesbymeen.blogspot.my
4 Bahan-Bahan Untuk Ayam Goreng

Cara Penyediaannya:
  1. Bersihkan ayam dan toskan. 
  2. Masukkan ayam ke dalam bekas berpenutup dan perisakan dengan sedikit garam.
  3. Tumbuk pula kunyit dan bawang putih sehingga lumat.
  4. Kaut bahan tumbuk dan lumurkan dengan ayam tadi.
  5. Perapkan seketika selama 15 minit.
  6. Sedia untuk digoreng.
  7. Sedia untuk dimakan. 
magazinesbymeen.blogspot.my
Langkah Penyediaan
Cubalah sekali sekala sahabat menukar menggunakan serbuk kunyit kepada kunyit hidup yang ditumbuk lumat untuk menggoreng ayam. 

Rasanya memang sedap dan tersendiri. 


Manisnya senyum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan