Khamis, 7 Januari 2016

Jom Fahami Apakah Itu PAP SMEAR?

Salam.

Tarikh 7-Januari-2016.


Apakah itu PAP SMEAR?

Pap Smear adalah ujian saringan bagi mengesan penyakit serviks (peringkat awal) yang boleh bertukar kepada kanser serviks jika tidak dirawat.


Mengapakah PAP SMEAR Penting Kepada Saya?

  • Kanser serviks merupakan kanser kedua tertinggi di kalangan wanita di MAlaysia
  • Pap Smear dapat mengesan peringkat awal sebelum kanser serviks itu terjadi
  • Pengesanan dan rawatan awal dapat menyembuhkan penyakit ini sepenuhnya

Apakah itu KANSER SERVIKS?

Kanser serviks adalah keadaan apabila sel-sel serviks bertindak secara tidak normal dan berkembang menjadi kanser


Perlukah Saya Menjalani Ujian PAP SMEAR?
  • Ya!
  • Semua wanta yang pernah melakukan hubungan seks dan berumur antara 25-65 tahun perlu menjalani ujian PAP SMEAR

Bilakah Saya Boleh Menjalani Ujian PAP SMEAR?
  • Ujian ini boleh dijalankan pada bila-bila masa kecuali pada masa haid dan nifas
  • Elakkan hubungan seks dan penggunaan ubat dalam faraj sehari sebelum Ujian PAP SMEAR

Bagaimanakah Ujian PAP SMEAR dilakukan?
  • Pemeriksaan dalaman dilakukan menggunakan spekulum atau berus serviks yang dimasukkan ke dalam faraj
  • Sel-sel permukaan serviks akan diambil menggunakan spatula atau berus serviks dan dihantar ke makmal untuk diperiksa


Apakah keputusan Yang Mungkin Saya Perolehi?
  • Normal
  • Tidak Normal
    • Jangkitan kuman
    • Peringkat pra-kanser serviks
    • Kanser serviks
  • Jika tidak normal, anda akan dirujuk untuk penyiasatan dan rawatan lanjut

Bilakah KEPUTUSAN Ujian Akan Saya Perolehi?
  • Ujian ini mengambil masa beberapa minggu kerana pihak makmal harus memeriksa dengan teliti
  • Keputusan ujian akan dimaklumkan secepat mungkin

Berapa Kerap Saya Perlu Menjalani Ujian PAP SMEAR?
  • Anda perlu menjalani Ujian PAP Smear setiap 3 tahun sekali

Di Manakah Saya Boleh Menjalani Ujian PAP SMEAR?
  • Anda boleh menjalani ujian ini secara percuma di tempat berikut:
    • Klinik Kesihatan
    • Klinik Desa
    • Hospital Kerajaan
  • Dengan bayaran tertentu di tempat berikut:
    • Klinik Lempaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)
    • Klinik Persatuan Perancang Keluarga (FPA)
    • Klinik Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM)
    • Majlis Kanser Nasional (MAKNA)
    • Klinik dan Hospital Swasta


UJIAN PAP SMEAR TIDAK MENYAKITKAN


Manisnya senyum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan