Isnin, 4 Januari 2016

Afrina and Her 1st Day of School

Salam.

Tarikh 4-Januari-2016.

Fuh!

What a different feeling I've had for today.

Gementar+Teruja+Syukur+How Time Flies+So Different+On Time+It's Time+++++++

Afrina 1st Day of Photoshoot

Itulah perasaan Meen bilamana Afrina mula bersekolah pada hari ini. Seawal 3.30 pagi Meen sudah dikejutkan dengan rengekan Affan yang minta disusukan. Lantas, usai sahaja Affan selesai disusukan, Meen mula memikirkan pelbagai perkara yang pada pandangan dan pemerhatian Meen masih lagi belum selesai.

Afrina 1st Day of Kindergarten

Afrina 4th Birthday Party

Lantas Meen capai pakaian seragam Afrina untuk ditampalkan tanda nama pula. Tanda nama ini telahpun diberikan oleh guru Afrina pada hari orientasi pada 31-Disember-2015. Walaupun kedengaran seperti pro, namun inilah pertama kali Meen memegang benang dan jarum, dan lagaknya seperti seorang tukang jahit, Meen pun mulalah menjahitkan tanda nama Afrina pada pakaian seragamnya. Kemudian, pakaian seragam digosok, disangkut kemas dan rapi untuk diserahkan nanti kepada "Mak" Afrina. Meen haruslah memikirkan jadual harian Afrina pada hari ini, supaya tidak terlupa membawa keperluan hariannya nanti.

Bercambur baur rasanya bila mengenangkan hari yang bakal dilalui Meen pada hari ini.

Afrina 1st Day of School

Afrina and Her New Friend

Akhirnya tiba juga saatnya. Afrina akhirnya ke Tahun 1. Sekolah - bakal membawa perubahan yang besar dalam hidup seseorang. Pada Meen alam sekolah adalah amat penting dalam kehidupan seseorang. Ketika di alam persekolahanlah, kita banya didedahkan dengan dunia luar. Dunia yang sebelum ini tidak pernah kita lalui. Pada zaman sekolah lah kita amat mudah terpengaruh dengan dunia luar tidak kira baik atau buruk.

Excitement of 1st Day of School

Masih lagi terasa kesejukan yang amat sangat tatkala tersedar daripada "mimpi" selepas menjalani pembedahan akibat daripada kejadian "cord prolapse" yang dialami Meen semasa dalam proses melahirkan Afrina. Subhanallah - Maha Suci Allah. Perasaan yang sangat takut akan kehilangan seorang anak, menyebabkan Meen mengalami trauma ketika bersalinkan Afrina. Ketika tersedar lagi daripada tidur semasa di dalam wad, Meen sekali lagi mengalami perasaan yang amat-amat takut dan bingung, tatkala doktor memaklumkan secara terus kepada Meen bahawa Afrina hanya mempunyai 50% peluang untuk hidup.

Inspired By You

Cinta Hati Mama

Ibu manalah yang tidak pilu mengenangkan nasib anak apabila dimaklumkan sebegitu oleh doktor. Pilu yang teramat sangat terasa mencucuk-cucuk di dalam dada. Afrina terus di masukkan ke dalam "ICU Stage 3" sejurus selepas dilahirkan.

Pertama kali melawat Afrina, Meen ditemankan suami dengan kerusi roda ke dalam ICU. Itulah juga pertama kali Meen ke ICU, dan itulah juga kali pertama Meen bermalam di hospital. Hospital sebelum ini memang begitu asing dalam hidup Meen.

Bertemu Afrina pada pertama kali dengan keadaan Meen sendiri yang lemah, amat meruntun jiwa. Beribu perasaan yang bercampur baur di dalam fikiran Meen. Mungkin juga Meen sesekali menyalahkan diri sendiri atas apa yang berlaku kepada Afrina.

Afrina in NICU

Namun Meen kuatkan juga semangat. Supaya afrina cepat pulih, Meen sendiri harus kuat, Meen cuba pujuk hati. Atas kekuatan yang dikurniakan Ilahi itulah, Meen melawat dan menyuntik semangat kepada Afrina untuk terus berjuang. Bertentang mata dengan Afrina, seakan bicara buat kami berdua.

Itulah serba sedikit kisah dan pengalaman bersalin Meen yang pertama. Kisah bagaimana pertama kali Meen diuji ketika menimang cahaya mata yang pertama. Sungguh besar dugaan Mu ya Allah. Peristiwa ini juga menjadi pengalaman Meen yang mendewasakan Meen.

Terima kasih buat suami tercinta - "mrpresident". Dalam susah dan senang - sentiasa di sisi dan sentiasa tenang menghadapi semuanya. Kesabaranmu sumber inspirasiku.

Afrina and Her 1st Lover

Buat sahabat semua, teruslah tabah menghadapi hidup ini. Kadang-kala, ingin juga kita lari daripada semua masalah, tapi percayalah sesudah kesusahan pasti akan tiba juga kesenangan, Tabahlah berusaha menghadapinya.

Buah Hati Pengarang Jantung Abah

Semoga tahun baru ini memberikan kita kehidupan yang lebih baik. Lebih dekat kita kepada Allah, lebih mudahlah kita menghadapi urusan duniawi. Percayalah hati.

Manisnya senyum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan