Ahad, 10 Januari 2016

Siput Trackerzs dan KL Forest Eco Park atau Hutan Simpan Bukit Nanas

Salam.

Tarikh 10-Januari-2016.


KL Forest Eco Park

Meen ke Bukit Nanas. 

Hutan Simpan Bukit Nanas. 

Taman Eko Rimba KL. 

KL Forest Eco Park. 

Senyum.

Sampai memang sangat-sangat awal pada pukul 8 pagi. Menurut "mrpresident", pertemuan diatur pada pukul 8 pagi. Oleh kerana Meen memang menunggu-nunggu sahaja untuk membawa anak-anak bersia-siar menikmati alam, Meen pun bangun awal untuk menyediakan sarapan pagi. Selepas berkira-kira di antara untuk menikmati sarapan di rumah ataupun bersarapan di Selangor Mansion, Meen ambil keputusan untuk bersarapan sahaja di rumah memandangkan semalam, hari kami juga penuh dengan aktiviti. 

Melihatkan anak-anak yang masih lena diulit mimpi indah, tidaklah sampai pula hati ingin mengejutkan mereka bangun awal semata-mata untuk bersarapan di luar. Selesai bersarapan nasi goreng yang Meen sediakan, kami bergegas keluar untuk segera sampai ke destinasi. 

Semasa dalam perjalanan ke Hutan Simpan Bukit Nanas, kedengaran suara DJ di KLFM menyampaikan ucapan "mrpresident" kepada Siput Trackerzs and friend yang akan beriadah di Hutan Simpan Bukit Nanas. Memang kebiasaannya, ucapan "mrpresident" disambut baik oleh DJ Zulastree satu-satunya pokok yang boleh bercakap di KL. Tersenyum lebar Meen mendengarkan ucapan dari "mrpresident". 

Hutan Simpan Bukit Nanas. Inilah kali pertama Meen ke sini. Begitu juga anak-anak. Tapi buat "mrpresident", tak tahulah Meen kali yang ke berapa ya? Tapi itu dulu. Dulu juga ada disediakan kereta kabel di sini. Tapi itu dulu. Sekarang tidak lagi.

Memang menceriakan bila keluar di awal pagi. Pada Meen, sekiranya merancang untuk apa-apa pun, biarlah di awal pagi. Selesa. Bukan sahaja buat diri kita, tapi juga untuk anak-anak. Terutama yang mempunyai anak kecil.


Bersama Siput Trackerzs

Perjalanan kami bersama Siput Trackerzs  di Hutan Simpan Bukit Nanas sangat santai. Dah namanya pun hutan Simpan Bukit Nanas kan. Sekadar berjalan-jalan mengambil angin luar sambil menghirup udara segar. Memang sangat-sangat mengujakan berjalan bersiar-siar di dalam hutan simpan bersama-sama anak-anak. Siput Trackerzs pula memang amat friendly dan ramah melayan anak-anak. Terima kasih!

Ingin juga lain kali agaknya Meen ke sini semula. Mungkin juga nak dijadikan aktiviti tahunan. Paling tidak, masih ada lagi hutan simpan di KL yang masih boleh dikunjungi. 

Afrina dan Kawan Baru
Afrina and Her New Geng

Adlina - The Independent Girl
 Afrina Excitement

Afrina with Kak Mel


"mrpresident" the Great Dad


Adlina and KL Tower


 My Sister is Awesome


 Abah - We Love You


Nice Pose Afrina


Adlina

Hutan Simpan Bukit Nanas merupakan satu-satunya hutan asli yang masih wujud di tengah -tengah Bandaraya Kuala Lumpur dan merupakan hutan simpan yang tertua di Semenanjung Malaysia. Hutan yang dikelilingi dengan hutan batu ini menjadikannya penting dalam memainkan peranan sebagai Green Lung di Kuala Lumpur. 

Moga-moga dapat lagi Meen ke sini semula bersama anak-anak. Asal sahaja bersama keluarga tercinta, aktiviti apapun sudah cukup membahagiakan. 

Manisnya senyum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan