Khamis, 31 Disember 2015

5 Tips for Taking A Healthy Lunch to School

Salam.

31-December-2015.

Much of the food kids eat today is heavily processed and saturated with toxic chemicals like nitrites, food coloring, and chemical additives. Preparing and sending your own lunches keeps you in control of what food your kids eat. Natural meats, organic fruits and vegetables, and healthy fats are only a few of the healthy food choices you can make when you send homemade lunches to school with your kids.

5 Tips for Taking A Healthy Lunch to School

Tip 1 - Encourage Variety
  • The more choices you pack in kids’ lunches, the more they are likely to try a bit of everything. Using the flavors and textures your child likes, introduce small quantities of a large variety of foods to encourage experimentation.



Tip 2 - Keep It Warm

  • Warm food such as soup or a rice bowl is always a hit, especially on cold days. Since lunchtime is short and there generally are no microwave ovens accessible to kids, pack a healthy, warm school lunch in an insulated, leak-proof container. 



Tip 3 - Pack Snacks

  • Worried your kids will visit the vending machine or school cafeteria for junk food between meals? Make sure kids can reach for healthy snacks when they get hungry both during and after school—usually around 10:00am and 3:00pm. 



Tip 4 - Include Tiny Treats if Any 

  • Kids often ignore their vegetables for sugary treats, so minimize or eliminate the amount of sugary foods you pack. Keep sweets out of the lunch box or offer something small like a square of dark chocolate—they’ll still be hungry enough to eat their veggies too.



Tip 5 - Let Them Pack It

  • Save time and get your kids excited about healthy lunches by letting them pack it themselves (or involving younger ones in food selection) the night before. They’re more likely to pack foods they enjoy, which means they’ll eat it up. 

Kredit to lunchbots.com

Manisnya senyum.

Rabu, 30 Disember 2015

28 Meals Idea for Lunch Box School

Salam.

30-Disember-2015.

Kredit kepada lunchbots.com

Risau mengenangkan Afrina yang sekaranag agak "picky eater".

Mungkin juga Afrina sebenarnya sudah pandai memilih makanan yang mana satu memenuhi seleranya.

Meen mengumpulkan sedikit koleksi dan idea supaya bila nanti Meen perlu menyediakan bekal istimewa ini buat Afrina sebelum dia kehilangan berat badannya dengan mendadak, Meen bolehlah menggunakan idea yang sudah tersedia ini nanti.

Kesuntukan masa juga menjadi satu kekangan bagi Meen buat masa sekarang. Walau bagaimanapun, memanglah menjadi harapan dan cita-cita Meen untuk menyediakan yan terbaik buat Afrina.

Hanya tuhan yang tahu.

Meal 1

Meal 2

Meal 3

Meal 4

Meal 5

Meal 6
  
Meal 7

Meal 8

Meal 9

Meal 10

Meal 11

Meal 12

Meal 13

Meal 14

Meal 15

Meal 16

Meal 17

Meal 18

Meal 19

Meal 20

Meal 21
  
Meal 22

Meal 23

Meal 24

Meal 25

Meal 26

Meal 27

Meal 28

Semoga dapatlah nanti Meen menyediakan hidangan yang seperti ini buat Afrina untuk dibawa ke sekolah nanti.

Manisnya senyum.

Selasa, 29 Disember 2015

5 Resipi Sihat Smoothie Untuk Kurus



photo 2 (5)
Selalunya mereka yang bekerja tiada masa untuk makan pagi yang berkhasiat. Ditambah pula tiada masa untuk memasak dan sebagainya. Jadi kami ingin berkongsi resepi smoothie mudah dengan kos yang rendah yang anda boleh cuba di rumah untuk dijadikan sebagai sarapan ataupun makanan tengahari/malam.  Tips untuk anda semasa membuat smoothie sihat, sejuk bekukan buah-buahan terlebih dahulu supaya smoothie yang dibuat rasa sejuk tanpa menggunakan ais.
1. The Hulk Smoothie
  • 1/2 biji buah avocado
  • segenggam sayur bayam yang dibasuh ( lebih baik organik )
  • satu cawan susu segar
  • 1 sudu madu
  • 1 biji pisang
photo 3 (4)
2. Sunshine Smoothie
  • 1 biji buah mangga yang dipotong dadu
  • sedikit jus limau nipis atau lemon
  • 1 cawan air kelapa
3. Yummy Smoothie
  • satu genggam sayur bayam
  • 1 biji epal yang dipotong dadu
  • 1 biji pisang masak
  • 1 cawan air masak
4. Sweetpie Smoothie
  • Sebiji pisang
  • 1/2 biji avokado
  • 1 sudu madu
  • 1 cawan susu soya
  • 1 sudu serbuk koko
photo 4 (3)
5. Clean Smoothie
  • 1 batang seleri
  • 1 biji pisang
  • segenggam bayam
  • 1 sudu madu
  • 1 cawan susu soya
photo 1 (7)
Semoga Meen dapat amalkan meminum smoothie ini.
Manisnya senyum.

Cara Untuk Kurus dan Kembali Aktif?

Salam.
Tarikh 30-Disember-2015.
Meen nak kurus = Meen nak berat badan ideal!
Itu antara azam tahun baru Meen. Tahun 2016 akan Meen jadikan tahun untuk Meen kurus dan kembali aktif. Bukanlah kembali aktif itu, bermaksud sebelum ini, Meen merupakan atlet atau olahragawati. Tapi cukuplah bagi Meen bilamana badan Meen dapat mengekalkan momentum sihat apabila menjalani rutin kehidupan sehari-hari. Tidak lagi cepat keletihan atau kepenatan dan berupaya pula melakukan aktiviti tambahan dalam jadual seharian. Itu sudah cukup!
Lantas, salah satu cara untuk Meen merealisasikan azam ini adalah dengan pengambilan diet yang seimbang dan sihat. 
Bagaimana? Meen nak cuba dengan mengamalkan smoothie.
Smoothie Buah-Buahan
Smoothie adalah minuman berbahan buah-buahan, sayuran, sirup gula/ gula pasir, susu tawar cair dan air batu. Sebahagian orang membuat smoothie dengan mencampur beberapa jenis buah atau mencampurkan buah dan sayuran sehingga tercipta rasa yang lebih kaya dan enak.
Smoothie ini boleh dijadikan sebagai minuman pagi setiap hari dan manfaatnya cukup hingga ke tengahari inshaAllah. Mari kita sama-sama lihat manfaat smoothie ini kepada tubuh badan kita.
 
Untuk sesiapa yang tidak gemar memakan sayur anda boleh memproses sayur untuk jadi smoothie dan menambah bahan bahan lain seperti buah buahan dan minum. Ia juga mejimatkan masa anda kerana dalam satu smoothie anda boleh mempunyai banyak sayur dan buah buahan dan anda hanya perlu meminumnya sekali sahaja di dalam sebuah cawan sahaja!

Manfaat Kesihatan daripada Smoothie
Membuat smoothie setiap pagi sebagai sebahagian daripada rutin harian mungkin dapat menjimatkan masa dan wang anda kerana ia hanya mengambil masa 10 minit. Smoothie memberi anda lebih banyak serat dan nutrien daripada jus yang dibeli di dalam kotak.Penuh dengan vitamin, anti-oksidan, dan fiber.
Buat Setiap Hari
Menjadikan minuman smoothie rutin harian. Sediakan 10-20 minit setiap pagi sebelum memulakan rutin harian anda. Apabila anda menggunakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang dicadangkan, anda akan mendapat tenaga secukupnya sehingga makan tengah hari. Seterusnya, kandungan air yang tinggi dan kandungan nutrien akan memastikan anda terhidrat dan menyediakan anda dalam keadaan segar sepanjang hari.

Lebih Baik Daripada Multi-Vitamin
Walaupun kebanyakan orang mungkin berfikir, “multi-vitamin” sudah cukup dan tidak memerlukan buah-buahan atau sayuran segar. Tetapi jika anda membaca melalui laporan yang diterbitkan olehAmerican College of Physicians dalam Annals Internal Medicine, apa-apa jenis tablet pelbagai vitamin masih belum ditunjukkan dan meyakinkan berkesan. Dasarnya, cara yang terbaik adalah dengan mendapatkan nutrisi daripada makanan, dan dengan meminum smoothie setiap hari anda!

Mencapai Prestasi Optimum
Memakan buah-buahan mentah dan sayur-sayuran dalam smoothie setiap hari akan melakukan beberapa perkara untuk anda:
  • Jimat wang dan masa anda
  • Pastikan anda benar-benar terhidrat pada awal hari
  • Menyediakan anda dengan spektrum penuh vitamin semulajadi nutrien, bioavailable, dan antioksidan
  • Beri anda banyak serat semula jadi untuk memastikan penghadaman yang bagus
  • Membantu memperkasakan sistem imun anda untuk melindungi anda daripada penyakit
Semoga dengan kehadiran Philips Mini Blender dalam kehidupan Meen, akan terlaksanalah impian untuk kurus tahun 2016 ini. Ini kerana, selain daripada berfungsi untuk memproses makanan bayi, Philips Mini Blender itu juga boleh Meen gunakan dalam penyediaan smoothie pilihan.

Jom kita sihat.

Manisnya senyum.

Ahad, 27 Disember 2015

Pada Waktu-Waktu


Pada Waktu-Waktu

Pada waktu-waktu
Kegembiraan
Selamat bertemu
Silalah berkunjung di penjuru bibirku 
Pada waktu-waktu duka
Menjadikan aku terlalu kecil 
Di bawah kemampuan

Kedukaan 
Selamat bertemu
Silalah bertakung di sudut mataku
Pada waktu-waktu gembira
Membawa aku terlalu jauh
Dari asal diri

Terima kasih gembira
Terima kasih duka
Kerana singgah 
Pada waktu-waktumu
Dalam giliran
Hingga aku cukup kenal
Warna mendung dan cerah
Atas lukisan hidupku
Yang belum sudah



Salam.

Tarikh 2-Januari-2016.

Sedari zaman sekolah lagi, Meen mempunyai koleksi puisi. Dismpan kemas di dalam fail peribadi Meen.

Puisi-puisi yang Meen simpan sebenarnya adalah diperolehi daripada bahan bacaan yang dibaca oleh Meen.

Puisi ini telah lama tersimpan dalam koleksi Meen lebih dari sepuluh tahun.

Kepada penulis puisi ini, Meen ucapkan terima kasih kerana puisinya sarat dengan makna.

Terima kasih sudi baca.

Semoga hari sahabat semua sangat bermakna.

Manisnya senyum.

Sabtu, 26 Disember 2015

Bila Berat Badan Affan Kurang?

Salam.

Tarikh 26-Disember-2015.

Selepas lawatan Affan ke klinik kesihatan tempoh hari, berat badan dan panjang badan Affan semakin merosot. Tidak lagi di dalam lingkungan yang sepatutnya berdasarkan kepada carta z-skor yang merujuk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia bersumberkan WHO Child Growth Standard.
Berat badan dan panjang badan Affan sudah jatuh ke dalam kawasan kuning, yang mana menurut jururawat, ianya sesuatu yang patut dibimbangi kerana ia menunjukkan sesuatu yang tidak sihat, atau bukan lagi di dalam kebiasaan.
Carta Perkembangan Bayi

Berat-Untuk-Umur (Lelaki) - Affan 6 Bulan

Panjang-Untuk-Umur (Lelaki) - Affan 6 Bulan

Bimbang juga memikirkan perkembangan fizikal Affan. Sepanjang tempoh enam bulan pertama Affan, Meen memang memberikan hanya susu badan kepada Affan. Mungkinkah itu penyebab berat dan panjang badannya berkurangan? Meen berikan pula mengikut permintaannya. Memang ekslusifnya kerana hanyalah susu badan.

Namun, tidak mengapalah. Kebimbangan semata-mata tidak memberikan kebaikan. Meen mengambil langkah drastik dalam penyediaan menu dan hidangan untuk Affan dan mengharapkan perubahan akan berlaku.

Alhamdulillah. Hari ini, tercapai juga hasrat untuk memiliki sebuah lagi alat bantu memasak. Mini blender keluaran Philips ini, memang dibeli untuk membantu Meen menyediakan menu-menu bagi keperluan Affan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada "mrpresident" kerana membelikan Meen Philips Mini Blender ini. Akan Meen gunakan dengan sebaik-baiknya.

Philips - Mini Blender

Lapang betul rasa di dada bilamana, menu yang disediakan menggunakan mini blender ini, memenuhi citarasa dan kehendak Affan. Affan sekarang sudahpun makan 3 kali hidangan makanan utama dan 2 kali pula Meen berikan snek seperti biskut Farley's dan seumpamanya. Snek adalah makanan yang diberi di antara waktu makan utama.


 My New Assistant

Kehadiran Phipils Mini Blender ini amat besar ertinya. Kebanyakan masa yang digunakan dalam penyediaan menu hidangan Affan sebelum ini dapat dijimatkan hampir separuh masa. Philips Mni Blender ini memang sangat sesuai bagi penyediaan makanan bayi.

Three Main Functions

Kepada "supermom" di luar sana, sekiranya ada peluang, laburkanlah duit untuk membeli Philips Mini Blender ini. Memang amat-amat berbaloi. 

Diharapkan perkembangan fizikal Affan selepas ini bertambah baik. Temujanji seterusnya adalah pada 17-Februari-2016. 

Jangan putus asa.

Manisnya senyum.

Bahagia? Bila?

Salam.

Tarikh 26-Disember-2015.

HAPPINESS. It is always available you just need to decide when to get it.

Bahagia itu sangat-sangat subjektif. Terserah dan terpulang kepada individu untuk memilih untuk merasakan bahagia. Betul bukan? Kebahagiaan kita adalah terpulang kepada pilihan kita sendiri. Memilih untuk merasa bahagia atau sebaliknya terletak mutlak pada tangan kita sendiri.

Bahagiakah anda hari ini?

Bilakah waktu untuk merasakan bahagia?

Perlukah kita capai semua impian dan cita-cita untuk merasakan bahagia?

Justeru, selagi belum tercapai impian kita, layakkah untuk kita merasa bahagia?

Berilah peluang untuk diri kita atau mungkin mereka yang berada di sekeliling kita untuk merasa bahagia. Tidak perlu harta sejuta atau emas menggunung untuk menjadi bahagia. Cukuplah dengan merasakan cukup atas apa yang dikurniakan kepada kita. Namun, jangan pula ia dijadikan alasan untuk kita bermalas-malasan dalam mengejar kekayaan duniawi. Jadilah seseorang yang kaya agar dapat kita digelar seorang yang dermawan. Bukan sahaja kaya dengan emas permata, tetapi kaya dengan akhlak itukan yang paling sempurna. Itukan satu bentuk dakwah juga. Dakwah dengan akhlak. Betul kan? 

Kids - Always Choose To Be Happy

Feel Happy

Semoga dapat kita semua merasakan nikmatnya bahagia. Bahagia itukan terlalu subjektif? Bahagia itu sangat-sangat berbeza di antara setiap individu bukan?

"Aiskrim Time"

Aiskrim Pilihan

Semoga dapatlah kita menempuhi tahun 2016 ini dengan bahagia mengikut cara kita. Khabarnya 2016 bakal menjadi satu lagi tahun yang penuh mencabar. Apa juga keadaannya, bersamalah kita mendoakan yang terbaik sesama kita. Sama-sama juga kita membuat persediaan untuk menghadapinya. Persediaan mental dan fizikal. Rohani dan jasmani.

Salam Tahun 2016 Sahabatku

Manisnya senyum.

Jumaat, 25 Disember 2015

Afrina dan SnoWalk i-City Shah Alam

Salam.

Tarikh 25-Disember-2015.

Cuti sekolah hampir tamat.

Afrina mohon supaya dapatlah dibawa berjalan-jalan ke i-City. 

Sesampainya di sana, Meen meminta supaya Afrina memilih untuk berkunjung ke taman tema yang mana?

Rupanya hajatnya ingin ke SnoWalk.

Meen pun membeli tiket dengan niat untuk menunaikan hajatnya.

Afrina amat-amat berpuas hati kerana permintaannya dipenuhi. 

Melihatkan teletah dan senyumannya sahaja sudah cukup membahagiakan Meen. 

magazinesbymeen@blogspot.com
Afrina dan Adlina
magazinesbymeen@blogspot.com
"Seronoknya Mama"
magazinesbymeen@blogspot.com
Afrina dan Adlina Dalam Rumah Ais

magazinesbymeen@blogspot.com
Menggigil Kesejukan

magazinesbymeen@blogspot.com
Adlina dan Affan Kesejukan

Oleh kerana kesuntukan masa, kami hanya ke SnoWalk sahaja.

Hajat asalnya ingin juga berkunjung ke Trick Art Museum dan tiket pun sudah dibeli. Namun dek kerana kepadatan pengunjung dan itu semua bakal menyebabkan ketidakselesaan kepada Affan nanti, kami batalkan niat kami.

Dapat berkunjung ke SnoWalk itu pun sudah cukup menggembirakan hati Afrina.

Nanti kemudian hari sahaja kami ke i-City lagi.

Keadaan hujan juga tak begitu mengizinkan untuk ke tempat-tempat lain.

Berulang-ulang kali Afrina bermain permainan ini. 



Manisnya senyum.