Selasa, 16 Februari 2016

Sambal Kering Ikan Bilis dan Tempe

Salam.

Tarikh 16-Februari-2016.

Hari ini Meen kebingungan untuk masak apa.

Biasanya memang masakan yang senang, cepat dan mudah sahaja yang menjadi pilihan untuk dijadikan hidangan.

Lantas, tiba-tiba terlintas di ingatan semasa pulang ke kampung halaman di Melaka haritu, Mak ada menawarkan supaya membawa pulang sambal kering ikan bilis yang dibelinya sebalang dengan harga RM25.

Wah, terkejut juga mendengar harganya. Namun, apabila Mak memuji keistimewaan sambal kering itu, mungkin juga berbaloi dengan harganya, kerana Mak memang mengamalkan amalan jimat cermat yang dipupuk kepada kami sedari kecil.

Jadi, Meen pun ambil kesempatan ingin mencuba sendiri sambal kering air tangan sendiri. Mungkin jika dibandingkan dengan sambal kering yang dijual kepada Mak, memang tak setanding, paling tidak pun itulah masakan air tangan buat "MrPresident" tersayang dan anak-anak.


Sambal Kering Ikan Bilis dan Tempe Pembuka Selera


Sambal Kering Ikan Bilis dan Tempe

Bahan-Bahannya:

  • Ikan Bilis (2 genggam)
  • Tempe (lebih kurang sama banyak dengan ikan bilis dan dikunyitkan) 
  • 3 Ulas Bawang Merah (ditumbuk)
  • 6 Sudu Besar Cili Boh 
  • 3 Sudu Besar Serbuk Cili Kering
  • Gula (secukup rasa)
  • Garam (secukup rasa)
  • Minyak 

Cara Penyediaanya:

Ikan Bilis dan Tempe Sebagai Bahan Utama


  1. Goreng terlebih dahulu ikan bilis dan tempe secara berasingan sehingga garing.
  2. Ketepikan supaya sejuk.
  3. Kemudian, tumiskan cili boh sehingga kering.
  4. Masukkan pula bawang merah.
  5. Masukkan pula serbuk cili kering.
  6. Perasakan pula dengan gula dan garam.
  7. Sedia untuk dihidang.
  8. Selamat mencuba.

Manisnya senyum.

Ahad, 14 Februari 2016

3 Tips Bilik Anak Sentiasa Kemas

Salam.

Tarikh 14-Februari-2016.

Bagaimana anda mengisi masa lapang semasa cuti Tahun Baharu Cina baru-baru ini?

Sekolah sudahpun bermula semula selepas bercuti panjang daripada cuti Tahun Baharu Cina.

Bermulalah semula rutin harian kita seperti biasa.

Bagaimana keadaan bilik anak-anak kita hari ini semasa kita meninggalkan rumah untuk ke destinasi masing-masing?

Apabila anak-anak sudahpun di bangku persekolahan, menjadi kebiasaan kita supaya dapat sentiasa memastikan bilik anak-anak dalam keadaan kemas. Bukan sahaja kemas, tetapi bilik yang kemas itu kebiasaannya akan sentiasa juga bersih dan dalam kedaan yang menenangkan. Jadi, mudahlah nanti anak-anak supaya dapat mengulangkaji pelajaran mereka.

Buat sahabat-sahabat yang bergelar ibu, tidak kiralah samada yang bekerja ataupun suri rumah sepenuh masa, atau juga ibu-ibu tunggal ataupun bapa-bapa tunggal, pasti memeningkan kepala apabila pulang daripada bekerja melihat bilik anak-anak yang tidak kemas dan bersih.

Sekalipun kita mempunyai atau mampu untuk mengupah pembantu rumah, bilik anak-anak sepatutnya menjadi platform untuk anak-anak berlatih menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab dan tahu tugas-tugasnya supaya nanti anak-anak menjadi anak yang lebih peka dan faham keutamaan menjaga kekemasan biliknya.

Jadi, Meen nak berkongsi 3 tips utama supaya bilik anak-anak kita sentiasa kemas dan yang paling penting dapat menjamin kebersihannya.


3 Tips Bilik Anak Sentiasa Kemas.

Tips #1 Pemilihan Cadar
Pilihlah cadar jenis yang tidak mudah renyuk ataupun jenis yang tetap dan melekap di tilam. Sekarang memang banyak jenis cadar daripada kain cotton yang boleh menjadikan bilik anak-anak kita lebih menarik. Meen memilih untuk menjadikan cadar patchwork sebagai cadar untuk bilik anak-anak. Cadar patchwork ini 100% kain cotton. Kualitinya memang elok dan kemas, tidak berkedut, sejuk dan yang paling penting adalah ianya tidak mudah bergerak selepas dibentangkan di atas tilam malahan ianya amat mudah untuk dibasuh kerana boleh dibasuh menggunakan mesin basuh samada menggunakan air panas ataupun tidak. Jadi, memang amat menjimatkan masa bila menggunakan cadar patchwork ini. Cadar patchwork ini diperkenalkan oleh kakak Meen "Puan Azlina" di samping menjalankan bisnes sampingan bagi menambah duit poket buat anak-anak. Terima kasih Angah.

magazinesbymeen.blogspot.my
Cadar Patchwork Pemberian Angah

Tips #2 Sediakan Kotak Simpanan Mainan
Anak-anak memang gemar bermain. Bagi anak-anak Meen memang mereka lebih gemar bermain dengan alat permainan daripada bermain tablet. Hanya sediakan dua kotak mainan yang secara asasnya menyediakan mainan yang lembut dan satu kotak lagi utuk menyimpan alat mainan yang agak keras yang dibuat mungkin daripada kayu. Kadang kala memang alat-alat mainan ini bercampur aduk juga di antara yang lembut dan keras, tetapi tak mengapalah. Pengasingan alat mainan itu secara asanya supaya mereka dapat belajar mengenali dan mengasingkan alat-alat mainan mereka. Jadi, latihlah mereka supaya mengemaskan alat mainan mereka setiap kali selepas bermain supaya menjadi tabiat mereka menjaga dan menyayangi alat mainan mereka. Simpanan alat-alat mainan ini hanyalah untuk alat mainan yang kecil sahaja. Alat-alat mainan yang lebih besar tidak perlulah disimpan di dalam kotak mainan. Ianya boleh disusun di dalam bilik bersebelahan kotak mainan.

magazinesbymeen.blogspot.my
Soft Toys Box

Tips #3 Asingkan Pakaian Anak-Anak
Sekiranya ada ruang dan bajet, bolehlah disediakan almari khas buat anak-anak setiap satu seorang. Supaya mereka ada perasaan sayangkan baju-baju mereka dan supaya mereka lebih menghargai pakaian yang dipakai mereka sehari-hari. Namun, sekirangan ada kekangan, cukuplah sekadar menyediakan satu ruang bagi setiap anak supaya dapat diasingkan ruang khas buat pakain anak-anak kita. Dalam satu-satu masa, latihlah dan ajaklah mereka mengemaskan sekali pakaian almari mereka supaya timbul perasaan bertanggungjawab dalam menjaga kekemasan almari pakaian mereka. Ini penting supaya nanti anak-anak cepat dapat berdikari dalam persiapan kelengkapan berpakain ke sekolah pada waktu pagi, kerana kebiasaannya waktu pagi merupakan waktu yang amat penting dalam memastikan kelancaran hari kita. Sekiranya nanti anak-anak sudah terbiasa dengan susunan pakaian mereka, tak perlulah mereka mengharapkan kita untuk menyediakan setiap helaian pakain mereka untuk ke sekolah. Jimat masa kita bukan?

magazinesbymeen.blogspot.my
Pengasingan Pakaian Anak-Anak


Jom kita sama-sama memastikan kekemasan dan kebersihan bilik anak-anak supaya sentiasa dalam keadaan tip top.

Bilik anak-anak yang kemas dan bersih bukan sahaja mengundang rasa tenang buat mereka, malah mereka juga nanti mudah dan senang untuk belajar.

Manisnya senyum.

Jumaat, 12 Februari 2016

6 Tips Jom Cari Semula Semangat Yang Hilang

Salam.

12-Februari-2016.

Menjadi lumrah kehidupan manusia, ada kalanya kita dilanda kebimbangan dan kerisauan yang akhirnya boleh menyebabkan kita menjadi tertekan dan diselubungi kesedihan.

Tahun baru kebiasaannya memberikan kita sinar harapan kerana ianya seperti permulaan muka surat baru di dalam jurnal harian kita sehari-hari.

Namun bagi tahun 2016, Meen percaya bukan semuanya yang kita harapkan cerah hingga ke petang, akan kekal cerah atau barangkali perkhabaran gembira yang dinantikan oleh kita, tidak juga tiba dan membuatkan semangat kita hilang dan hampir tenggelam.

Permulaan tahun ini, nampaknya tidaklah secerah tahun-tahun sebelumnya. Mungkin juga boleh dikatakan tahun yang menuntut untuk lebih banyak kesabaran dalam meniti hari-hari mendatang.

Namun sebagaiman turunnya sesuatu, pasti akan ada naiknya juga. Itukan lumrah dan peraturan alam. Semuanya sudah dicipta dan direncanakan dengan begitu indah oleh maha pencipta.

Ada perkara yang tidak dapat dikawal oleh kita yang kerdil ini, di luar jangkauan kita untuk dikawal, apa yang penting, berusahalah dan teruskan berusaha. Jangan cepat menyerah dan putus asa.

Jom kita cari semula semangat yang hilang itu.



Tips #1   Ingat Insan Tersayang - Apa Yang Kita Usahakan Ini Untuk Mereka Bukan?
Buat sahabat semua, anda pasti akan ada insan tersayang di dalam hidup anda. Insan yang teristimewa dan sentiasa ada dalam ingatan kita. Apabila diri kita ditimpa musibah atau bencana, sentiasalah ingatkan insan-insan yang tersayang ini, sebagai penyebab untuk kita terus bangkit berdiri dan berusaha lagi. Tak mengapa sahabat, biarlah usaha kita nampak seperti kecil bak kuman, namun ada kemajuannya. Pasti nanti insan-insan tersayang kita tersenyum bangga melihat kita bangkit semula.

Tips #2   Cubalah Aktiviti Ketuhanan 
Mungkin ada yang tidak pernah ke masjid untuk berlumba-lumba solat berjemaah. Jadi, apa kata kita ke masjid untuk mencari pahala berjemaah. Bukan sahaja pahala solat berjemaah yang bakal kita tambah dalam catitan amalan kita, tapi percayalah, di situ juga nanti akan kita jumpa motivasi dan penyuntik semangat kita. Sahabat yang dikasihi, sekiranya kita tidak pernah ke masjid mengerjakan solat berjemaah, cubalah beristiqamah sekarang kerana menjejakkan kaki ke masjid itu sahaja sudah cukup memberikan kita kekuatan untuk bangkit semula. Tak percaya? Cubalah.

Tips #3   Bercampurlah Dengan Mereka Yang Positif 
Bila bicara soal positif, kita pasti tahu siapa yang positif berdasarkan pandangan kita sendiri. Bercampurlah dengan mereka yang sentiasa suka membicarakan hal-hal yang baik-baik. Mereka yang positif bukanlah mereka yang telah pun atau sedang berjaya terutamanya, tapi yang lebih penting adalah mereka yang masih di dalam pendakian untuk mencapai kejayaan, yang tak pernah menyerah kalah apatah lagi berputus asa. Pupuklah jiwa supaya sentiasa berfikiran positif walau apa jua rintangan dan masalah yang kita hadapi.

Tips #4   Bersedekah atau Menghulurkan Bantuan 
Bila kita dalam kesedihan, cubalah bersedekah dengan seikhlas hati. Bersedekah itu bukan sahaja dinilai menerusi wang ringgit, tapi juga apa yang dapat kita sumbangkan kepada orang atau komuniti lain. Bantuan menggunakan tulang empat kerat juga sumbangan yang amat-amat ikhlas pada Meen kerana ianya lebih kepada bentuk "tunai" tanpa ada apa-apa yang tersirat.

Tips #5   Ingat Kembali Kenapa Kita Bermula
Walau apa sahaja yang kita lalui, pasti ada permulaannya. Bagi setiap sesuatu yang kita lalui, sudah tentulah kita sudahpun terlebih dahulu mengambil kira sebab bermulanya sesuatu tindakan yang kita ambil. Contohnya sekiranya kita mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan, sudah tentulah kita sudah memikirkan dahulu atas sebab apa kita mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan. Jadi, teruskanlah usaha dan tingkatkan kemahiran kita.

Tips #6   Cuba Kenangkan Kembali Pencapaian Hidup Kita  
Setiap manusia, berbeza laluannya. Ada yang menempuhi hidup ini dengan senang sekali. Namun ada juga yang terpaksa berusaha kuat sedari awal dalam menempuh liku-liku hidupnya. Apa yang penting, kita sendirilah yang lebih mengenali dan memahami apa jua yang kita lalui. Jadi percayalah, dalam kehidupan ini, sudah pasti ada pencapaian kita sendiri yang boleh membuatkan kita tersenyum sendiri mengenangkannya. Apa yang penting, dalam setiap kepayahan yang kita lalui itu sudah pasti akan datang pula kesenangan.

Apa yang penting sahabat semua, teruskan berusaha dan jangan mudah untuk berputus asa. Elakkan dari membandingkan diri kita dengan orang lain kerana ini hanya akan membuatkan keadaan menjadi semakin keruh.

Jangan lupa untuk meningkatkan ketakwaan kita kepada yang maha pencipta. Bersyukur itu bukan hanya dinyatakan dengan ucapandan kata-kata sahaja. Sujud dan mengabdikanlah diri kepadaNa. Bermohonlah kepadaNya, nescaya akan ditunaikan hajat kita itu nanti.

Buat sahabat semua, jangan cepat mengalah dan putus asa.

Bangun dan teruskanlah berusaha.

Jom kita sama-sama usaha.

Great Things Never Came From 
Comfort Zones


Manisnya senyum.

Ahad, 7 Februari 2016

Bila "MrPresident" Bersatu Bersama Alam di Gunung Ledang

Salam. 

Tarikh 7-Februari-2016.

Gunung Apa?

Gunung Ledang.

Ketinggian 1276m dari aras laut terletak di Negeri Johor.

Kegilaan "MrPresident" untuk bersatu semula dengan alam, mencapai kemuncaknya bilamana "MrPresident" ke Gunung Kinabalu pada Mei 2015.

Seperti yang Meen sedia dimaklumkan oleh "MrPresident" sendiri, sebelum menjalin hubungan yang lebih serius dengan "MrPresident", memang hutan dan kehijauan adalah teman baiknya yang sangat akrab dengannya.

Memang tak pernah sekali menghampakannya. Itu memang Meen akui. 

Begitulah "MrPresident" yang saya kenali. 

Dewasa dan barangkali juga boleh dikatakan mengharungi liku-liku kehidupan di ibukota yang penuh dengan kesibukan dan dipenuhi dengan pelbagai ragam manusia, mungkin menjadikan "MrPresident" lebih selesa mencari diri semula bersama alam. Atau mungkin juga "MrPresident" lebih senang untuk bercerita kepada alam

Sebenarnya sudah agak lama juga, bukan agak lama juga, memang sudah terlalu lama "MrPresident" tidak lagi menjengah ke hutan dan mencari kehijauan. Meen sedari, semenjak mendirikan mahligai bersama Meen, memang boleh dikira berapa kali sahaja yang "MrPresident" ke hutan.

Mungkin juga setelah Meen mengambil keputusan untuk bercuti tanpa gaji buat sementara waktu, "MrPresident" punya banyak waktu atau lebih mudah untuk mengatur semula jadual kerana Meen sentiasa ada bersama anak-anak.

Meen juga cuba untuk memberikan ruang kepada "MrPresident" untuk bersahabat semula dengan alam. Memikirkan sementara Meen punya ruang dan waktu yang amat "fleksibel", apa kata diberikan juga ruang kepada "MrPresident" untuk aktif semula melayan kegemarannya yang dahulu. 

Pada firasat Meen juga, "MrPresident" hanya sekadar "warm up" sahaja. Hiking pada musim-musim "come back" ini hanyalah sekadar ke bukit atau gunung yang berdekatan atau sekadar "daypack" sahaja. Mungkin nanti, bila anak-anak pun sudah sedikit membesar, baharulah difikirkan untuk bermalam beberapa hari di dalam hutan. Itupun mungkin juga.

Jadi, pada Ahad lepas, "MrPresident" ke Gunung Ledang semula selepas beberapa tahun ditinggalkan.

magazinesbymeen@blogspot.com
Gunung Ledang Shots No. 1

magazinesbymeen@blogspot.com
Keep On Smiling
magazinesbymeen@blogspot.com
Simpang Pedita

magazinesbymeen@blogspot.com
Diiring Puteri-Puteri

magazinesbymeen@blogspot.com
Puncak Gunung Ledang

magazinesbymeen@blogspot.com
Gunung Ledang Shots No. 2

Hang Tuah Mencari Ilham

Bila dan sampai puncak, semua penat hilang terasa.

Manisnya senyum.

Nasi Goreng Udang Sedap dan Mudah

Salam.

Tarikh 7-Februari-2016.

Hari ini hari Ahad.

Ketiadaan "MrPresident" membuatkan Meen sedikit lesu pada hari ini.

Mungkin juga kerana barangkali tahap progesteron yang mungkin semakin menurun mengikut kitarannya. 

Jadi pada hari ini, untuk menjimatkan masa dan memudahkan juga kerja-kerja memasak di dapur, Meen mengambil keputusan untuk memasak Nasi Goreng Udang Sedap dan Mudah. 

Nasi Goreng ini hanya menggunakan udang dan diperasakan ndengan hanya menggunakan bawang putih dan lada putih. Mudah bukan?

Seperti sebelum ini, ada Meen kongsikan resipi nasi goreng ini di entry yang lepas

.


Jom cuba.


Nasi Goreng Udang Sedap dan Mudah

Langkah Demi Langkah


Jadi, apabila hanya kami yang akan makan, kebiasaannya Meen akan mencari cara atau menu yang paling mudah dan ringkas untuk disediakan.

Apabila tibanya cuti sekolah, Afrina biasanya akan bermain dengan Adlina dan seringkali juga bantuan Meen diperlukan sekiraya mereka memerlukan pengadilan (berkelahi).

Anak-anak memang begitulah. Kadang kala bermain sehinggakan kita deketepikan langsung. Kadang-kadang pula berkelahi sehinggakan menangis teresak-esak.

Jadi, jom cuba resipi Meen yang ringkas ini.

Selamat mencuba.

Manisnya senyum.

Sabtu, 6 Februari 2016

Have A Prosperous Chinese New Year Friends

Salam.

Tarikh 6-February-2016.

Meen nak ucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada sahabat yang menyambutnya pada tahun ini.

May all the joy be with you guys.

May your life be free of worry and fear, instead may you have happiness, good health and success all year.

Drive carefully on your journey.

Enjoy.

Have A Prosperous Chinese New Year.



My happy new year wish for you, is for your best year yet,

A year where life is peaceful, and what you want, will you get.

Manisnya senyum.

Resipi Bubur Cha Cha Paling Mudah Untuk Minum Petang

Salam.

Tarikh 6-Februari-2016.

Hari ini Meen cuba lagi memasak Bubur Cha Cha.

Yang sebenarnya, Bubur Cha Cha ni menjadi kegemaran "MrPresident" dan Afrina.

Tetapi mungkin disebabkan kurangnya kemahiran memasak Meen yang menyebabkan bubur Cha Cha ni kurang mendapat sambutan setiap kali Meen memasaknya.

Tapi kali ni berjaya juga Meen menambat hati mereka, setelah mencuba berkali-kali sebelum ini.

Hanya dengan sekali hidangan sahaja, Bubur Cha Cha yang dimasak oleh Meen kali ini, habis tanpa baki.

Selepas ini, bolehlah Meen cuba memasak lagi.

Yay.




magazinesbymeen@blogspot.com



















Sebenarnya, setiap kali pulang daripada kampung Meen di Melaka, setiap kali itu jugalah cha cha akan dibeli oleh "MrPresident" dengan harapan supaya Meen boleh memasaknya nanti. 

Jadi kali ini, Meen memang amat berpuas hati kerana Bubur Cha Cha yang Meen sediakan hari ini memang menjadi-jadi. 

Rahsianya mungkin juga kerana Meen memasaknya dengan penuh kasih dan sayang.


Bubur Cha Cha

Bahan-Bahannya:
  • 120g/ 1 peket Cha Cha
  • 3 ketul gula melaka comel
  • 1 genggam sagu
  • 500g santan
  • 4 helai daun pandan
  • secawan air 
  • garam secukup rasa



magazinesbymeen@blogspot.com


Cara Penyediannya:
  1. Rendam terlebih dahulu cha cha dan sagu di dalam bekas yang berlainan selama lebih kurang 2-3 jam supaya lembut.
  2. Selepas lembut, ditapis.
  3. Ambil 3 ketul gula melaka comel dan masukkan di dalam periuk bersama secawan air.
  4. Kacau sehingga larut.
  5. Masukkan juga simpulan daun pandan bagi menaikkan aroma.
  6. Setelah betul-betul larut, masukkan cha cha dan sagu.
  7. Kacau sehingga agak lembut sebelum dimasukkan pula santan.
  8. Perisakan dengan sedikit garam.
  9. Setelah mendidih, tutuplah a
  10. Sedia untuk dihidang.
  11. Selamat mencuba.


magazinesbymeen@blogspot.com
Bubur Cha Cha



Jangan lupa untuk mencuba.

Manisnya senyum.