Khamis, 26 November 2015

Afrina dan Masa Lapang

Salam.

Tarikh 26-November-2015.

Sudah hampir dua minggu cuti sekolah bermula. Hampir dua minggu jugalah Afrina di rumah, tidak lagi ke sekolah seperti selalu. Maksud saya, tidak lagi ke tadika. Kami memang membiasakan dengan perkataan sekolah kepada Afrina, sedari dia berumur empat tahun.

Hari ini, aktiviti bermain di kolam renang menjadi agenda utama. Seawal jam 9 pagi, kami sudah pun bersiap-siap untuk bermain di kolam renang. Meen pun sudah kekeringan idea untuk melayan anak-anak selepas hujan tidak reda-reda pagi dan petang bermula hari Isnin lalu.

Cuaca pada pagi Khamis nampaknya sangat ceria seperti menyambut kedatangan kami untuk segera bermain di kolam renang.

Lega rasanya dapat melayan kerenah anak-anak walaupun hanya memerhatikan dan hanya sesekali bermain bersama mereka, kerana 'superhero' saya sedang lena diulit mimpi. 

Afrina 'Mengumpan' Adlina

Bot Menjadi Taruhan


Perjanjian Dimeterai
Masih Belum Berjaya

Afrina Masih Berusaha


Afrina yang asyik memujuk Adlina untuk bermain di dalam kolam tidak juga berjaya akhirnya, tetapi satu kemajuan berjaya dicapai hari ini.

Afrina berjaya membuatkan seluruh badan Adlina dibasahi air kolam. Paling tidak, mereka terhibur.

Nampaknya selepas ini, terpaksalah Meen senaraikan akitiviti untuk cuti sekolah supaya tidaklah nanti anak-anak Meen asyik diulit 'tablet'.

Walaupun selama ni, 'tablet' itu tidaklah menjadi keutamaan dalam aktiviti harian mereka.

Manisnya senyum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan