Afrina akan ke sekolah pada tahun hadapan - 2016.
Lantas sebagai seorang ibu, Meen harus memikirkan beberapa menu yang mudah sebagai hidangan untuk bekalan Afrina ke sekolah nanti.
Walaupun mungkin nampak ringkas, yang penting adalah nutrisi yang harus diambil oleh Afrina sebagai pembekal tenaga sepanjang hari nanti.
Jadi, 7 idea bekal sandwic untuk ke sekolah telah Meen senaraikan sebagai rujukan Meen nanti.
7 Idea Bekal Sandwic Ke Sekolah
Sandwic Chicken Mix Groovy
- Sandwic Chicken Mix Groovy (kredit kepada pemilik Muchos Bread, Mohd Hafiz Zawawi)
- Sandwic Mayonis Salad Tuna
- Sandwic Sardin
- Sandwic Telur
- Sandwic Mentega Kacang dengan Pisang
- Sandwic Mayonis Salad Keju Sosej
- Sandwic Bakar dengan Keju
Ini adalah antara 7 idea sandwic Meen untuk bekal Afrina ke sekolah nanti.
Pada Pendapat Meen, sandwic boleh juga dipelbagaikan mengikut gaya dan citarasa yang diolah menggunakan kretiviti sendiri.
Pemilihan roti juga boleh membangkitkan selera. Roti putih, roti gandum penuh atau roti baguette boleh dipilih dalam penyediaan sandwic.
Sandwic menjadi keutamaan Meen dalam penyediaan bekal Afrina ke sekolah kerana sandwic sangat mudah dan ringkas untuk disediakan.
Tapi apa yang paling penting sekali, walaupun ringkas, sandwic mengandungi nutrisi yang lengkap sebagai satu hidangan.
Selain mudah dan ringkas untuk disediakan, sandwic amat menjimatkan masa.
Manisnya senyum.
Sandwic Chicken Mix Groovy
Kredit kepada http://www.hmetro.com.my/
Resipi darpada Muchos Bread
Sandwic Chicken Mix Groovy
Bahan-Bahannya:
- Daging ayam (dicincang)
- Roti bagguette
- Bawang Holland dan beberapa ulas bawang putih (dikisar)
- Lada benggala pelbagai warna (dipotong dadu)
- Daun salad
- Serbuk lada hitam
- Serbuk perasa
- Sedikit mayonis
- Garam secukup rasa
Cara Penyediannya:
- Sediakan bahan-bahannya.
- Tabur serbuk lada hitam pada ayam yang dicincang.
- Tambah bawang Holland dan bawang putih yang dikisar.
- Masukkan sedikit serbuk perasa dan garam secukup rasa.
- Gaul hingga sebati dan perap semalaman (atau tiga hingga empat jam) dalam peti sejuk.
- Panggang ayam yang diperap dengan api sederhana sehingga masak.
- Angkat ayam dan biarkan sejuk seketika sebelum memasukkan lada benggala.
- Gaul adunan dengan mayonis hingga sebati.
- Susun daun salad dalam roti yang dibelah separuh.
- Masukkan inti ayam hingga penuh atau mengikut citarasa.
- Sandwic yang siap enak dimakan untuk sarapan atau minum petang.
Nota:
Kepelbagaian:
- Sandwic boleh dipelbagaikan mengikut citarasa dan kreativiti tersendiri.
- Pemilihan roti yang pelbagai di pasaran boleh membangkitkan selera.
Manisnya senyum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan