Sabtu, 28 November 2015

7 Makanan Pelengkap Bayi Bernutrisi

Salam.

3-Disember-2015 nanti genaplah umur Affan 6 bulan.

My Beautiful Kids

Pada umur inilah, doktor mencadangkan Meen untuk memperkenalkan makanan pejal kepada Affan.

Sudahkah anda mula memberikan makanan pejal kepada si manja anda?

Makanan pejal yang harus diperkenalkan kepada si manja anda haruslah mencakupi semua nutrien yang diperlukan bayi untuk memelihara tubuh dan mindanya yang sedang membesar.

Anda mungkin terpaksa melakukan beberapa kali cubaan bagi memastikan makanan yang manakah yang disukai oleh si manja anda.

Berikut Meen senaraikan 6 makanan yang amat berkhasiat dan mesra bayi untuk diberikan kepada si manja anda.

7 Makanan Pelengkap Bayi Bernutrisi
(untuk si manja berumur 6 bulan sehingga 12 bulan)

  1. Bubur Nasi (lebih elok andai dimasak sendiri bagi mengelakkan alergi).
  2. Sesudu Bijiran dengan Susu. 
  3. Kurma, Pisang, Pir, Strawberry atau Epal (dipuri/dilecek/separa pepejal).
  4. Sayur-sayuran seperti Lobak Merah, Labu dan Brokoli (dipuri/dilecek/separa pepejal).
  5. Kentang atau Keledek (dibakar dan dilenyekkan)
  6. Tauhu (sumber protein terbaik).
  7. Yogurt Asli (tanpa tambahan buah-buahan).
Nota:
  • Puri boleh disediakan dengan memasak buah-buahan atau sayur-sayuran dengan secawan air di atas api sederhana (selama 10 minit), disejukkan dan dikisar sehingga halus.
  • Puri boleh disediakan lebih awal dan disimpan di dalam peti sejuk beku.

Makanan pelengkap ini perlu diperkenalkan apabila si manja berusia 6 bulan. Penyusuan susu ibu mesti diteruskan sehingga si manja anda berusia 2 tahun.

Perkenalkan makanan pelengkap dengan kuantiti yang sedikit terlebih dahulu. Tingkatkan kuantiti sedikit demi sedikit sekiranya si manja anda dapat menerimanya dengan baik.

Selamat mencuba.

Manisnya senyum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan