Isnin, 23 November 2015

Bergedil Kentang Bersama Ayam

Bergedil Kentang Bersama Ayam 

Bahan-Bahannya:
  • 6 biji kentang (dikupas kulit dan dipotong nipis-nipis) 
  • 1 biji bawang merah (dipotong dadu)
  • 3 ketul dada ayam (diambil isinya dan dipotong dadu)
  • 2 biji telur
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit serbuk lada sulah
  • Sedikit minyak untuk menggoreng
Cara Penyediaanya: 
  1. Potong nipis kentang dan toskan.
  2. Panaskan minyak dan goreng kentang tadi.
  3. Biarkan sejuk seketika dan gunakan lesung batu untuk melumatkan kentang yang digoreng tadi. 
  4. Tumiskan bawang merah.
  5. Masukkan pula ayam sehingga hampir garing.
  6. Perasakan dengan garam dan serbuk lada sulah.
  7. Angkat ayam beserta bawang merah tadi. 
  8. Campurkan bersama kentang yang ditumbuk lumat tadi.
  9. Setelah ditumbuk rata, masukkan ke dalam mangkuk.
  10. Pecahkan telur ke dalam mangkuk tadi dan sedia untuk dibentuk.
  11. Selepas itu bolehlah digoreng di dalam minyak yang banyak dengan api sederhana. 
  12. Sedia untuk dihidang.
  13. Selamat mencuba.

Potong Nipis Kentang

 Bawang Merah Dadu

 Dada Ayam Dadu

 Goreng Kentang

Tumbuk Lumat Kentang

Kentang Dilumatkan

Telur Sebagai Pelekat

Saya terlupa pula untuk mengambil gambar bergedil saya. Saya bentukkan bulat-bulat kecil kerana mudah untuk si kecil saya makan. bentuk bergedil itu terpulanglah atas citarasa anda semua. 

Siaplah cubaan bergedil saya yang pertama. Alhamdulillah, enak juga rasanya.

Berkali-kali dipuji oleh Afrina. 

Selamat mencuba. Cubalah, memang amat mudah.  

Manisnya senyum. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan