Ahad, 22 November 2015

Rahsia Kita Berdua!

Salam.

Tarikh 22-November-2015.

Mendengarkan lagu ini di radio beberapa tahun yang lalu, membuatkan Meen tersenyum sendiri sambil memandu. Mana tidaknya, bait-bait liriknya amat-amat dekat dengan hubungan yang dijalinkan antara Meen dan 'mrpresident' selama ini. 

Masih teringat lagi ketika Meen dan 'mrpresident' masih di awal perkenalan. Bilamana Meen ditugaskan berkhidmat di Merlimau, Melaka membantu menguruskan projek tambahan kilang Jepun, Ohara Disk di situ, sementara 'mrpresident' terlibat dalam tambahan kilang Canon Opto di Shah Alam. 

Entah bagaimana Meen dan 'mrpresident' boleh 'bercinta' dalam kesibukan kerja masing-masing. Berkhidmat untuk sebuah syarikat Jepun, sememangnya sesuatu yang amat menarik. Namun, korbankanlah masa bersama keluarga atau buah hati kerana tuntutan masa kerja mereka yang amat dititikberatkan. Hampir setiap hari juga, Meen pulang malam ke rumah kerana kerja. Itu belum lagi 'mrpresident' yang sesekali pergi semula ke tapak projek pada pukul 1, 2 pagi kerana panggilan-panggilan penting. Sehinggakan Hasegawa San terkejut memikirkan bagaimana Meen dan 'mrpresident' boleh 'bercinta' bila rahsia kami 'terbongkar'. 

Walau macam mana sekalipun, Meen dan 'mrpresident' seronok bekerja bersama orang-orang Jepun yang pada pandangan peribadi Meen, orang-orang Jepun ini amat menghormati orang lain.

Rahsia kita berdua!


Manisnya senyum.

magazinesbymeen@blogspot.com
'MrPresident'
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
150 Juta: Ainan Tasneem

Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia
Apa kau buta apa kau pura-pura suka

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

Dia mungkin bengis seperti singa
Tapi dia nangis tonton cerita Korea
Dia mungkin keras bila bersuara
Tapi dia jelas jujur apa adanya

Aku lagi kenal dia
Eh dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata

Sayang mungkin baran tak kira masa
Tapi sayang tahan kalau yang salah saya
Sayang mungkin saja keras kepala
Tapi sayang manja bila kita berdua

Saya kenal sayang saya

Buat apa di cerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya

Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna

Kalau hati tak ada
Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa

Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala

Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan