Sabtu, 21 November 2015

Affan dan 'Portable Swing'

Salam.

Meen nak bercerita tentang 'portable swing' ini.

'Portable swing' ni, telahpun 'mrpresident' belikan semasa Adlina masih bayi.

Mamang amat mudah untuk digunakan dan pada Meen memang berbaloi untuk kita milikinya.

Ini gambar Affan ketika menikmati saat-saat di dalam 'portable swing'.

Lucu juga melihat keletahnya.
Affan dan 'Portable Swing'

Jadi kepada ibu-ibu atau bapa-bapa di luar sana, 'portable swing' ni, seakan-akan menjadi pembantu kita tatkala kita mungkin sibuk di dapur atau sibuk dengan perkara lain.

Selamat juga sekiranya ada antara anak kita yang masih kecil.

Affan Bersilang Kaki

Seperti Meen, untuk meninggalkan Affan bersama Adlina berdua tanpa pengawasan memang amat-amat merunsingkan, tapi bila Affan diletakkan di dalam 'portable swing' ini, dapatlah juga Meen curi-curi lari-lari melakukan kerja-kerja di dapur.

Manisnya senyum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan