Khamis, 24 Disember 2015

Menjelangnya Tahun 2020

Salam.

Tarikh 24-Disember-2015.

Diam tak diam, hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum melangkah ke tahun baru.

2016 bakal tiba dan beberapa tahun lagi, bakal tibalah tahun 2020.

Tahun yang dahulunya pada zaman sekolah Meen dirasakan amat jauh sekali untuk dilalui.

Tapi kini, semuanya semakin dekat dan seperti hanya beberapa langkah sahaja menuju ke tahun 2020.



Apa persediaan menjelang tahun 2020

Mengapa tahun 2020 yang dipilih?

Zaman semakin mencabar.

Namun tuntutan agama dan tanggungjawab kita tidak mungkin pernah berubah. Sekali bergelar ibu atau bapa, selamanya jugalah tanggungjawab itu dipikul oleh kita.

Apa yang sudah kita lakukan demi anak-anak yang menjadi tanggungjawab kita?

Jom kita sama-sama perbaiki diri kita dan ambil langkah awal menghadapi tahun 2016 dahulu.

Apa persediaan anda?

Selamat tahun baru.

Manisnya senyum.

Aktiviti Cuti Sekolah - Main Sekolah-Sekolah

Salam.

Tarikh 24-Disember-2015.

Aktiviti hari ini agak menarik bagi Afrina dan Adlina. Main sekolah-sekolah katanya. Meen layankan sahaja kerana seronok juga melihat aksi mereka yang kononnya bersekolah di kelas yang sama. 

Bekal sekolah pun turut dibawa bersama untuk dinikmati nanti ketika waktu rehat. 

Adlina dan Afrina Lengkap Berpakaian Sekolah

Dengan Beg Sekolah

Waktu Rehat

Adlina Malu-Malu

Manja Kak Long

Sesudah pukul 12 tengahari, waktu untuk mereka balik daripada sekolah.

Manisnya senyum.

Aiskrim! Oh Aiskrim!

Salam.

Tarikh 24-Disember-2015.

Aiskrim. Sebut saja mengenai aiskrim, memang Meen akan teruja. Meen akui, Meen memang peminat aiskrim. Tidak kisahlah apa jua perasa. Namun yang pasti, Aiskrim coklat yang menjadi pilihan utama. 

Semalam Afrina mohon untuk buat aiskrim. Mujur jugalah bahan-bahan sudah tersedia di dapur. 'mrpresident' lah yang membantu membelikan bahan-bahan untuk buat aiskrim ni. 

Bukan apa, sengaja Meen nak Afrina penuhkan masa cuti yang ada, untuk melakukan aktiviti bagi memenuhi masa lapangnya. Tambahan pula, aiskrim yang dibuat oleh Afrina ini, amat mudah dan senang untuk disediakan. Jadi memang Meen penuhi sahaja permintaannya membuat aiskrim.

Sementelah 'mrpresident' melayan jiwanya ke hutan, dapatlah juga Meen sediakan aktiviti buat anak-anak di rumah. Untuk pengetahuan umum, 'mrpresident' ke hutan lagi hari ini. Khabarnya ke Gunung Telapak Buruk di Negeri Sembilan? Tak mengapalah, asal saja 'mrprsident' bahagia, Meen pun turut sama bahagia. 

Jom kita layan resipi untuk buat aiskrim ni.

Aiskrim Coklat

Aiskrim Coklat
Bahan-bahan:
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu besar ovalet
  • 1 sudu kecil vanilla
  • 1/3 tin susu pekat manis (Meen cadangkan supaya selepas bahan-bahan dicampur rata, cuba rasakan sedikit kemanisan bancuhan aiskrim supaya tidak terlalu manis atau tidak pula tidak terasa manisnya) 
  • 1 biji telur
  • Perasa milo 
  • Sedikit serbuk koko
Cara Penyediaannya:
  1. Masukkan semua bahan-bahan (kecuali Milo dan serbuk koko) ke dalam mangkuk besar.
  2. Disebabkan ketiadaan mixer, Meen hanya menggunakan tangan untuk menjadikan bahan-bahan tadi dipukul rata.
  3. Setelah dipukul rata, simpankan di dalam peti sejuk beku sehingga ianya separuh beku sahaja. 
  4. Keluarkan setelah 20 minit dan pukul lagi bancuhan tadi. Ulangi proses ini banyak kali untuk mendapatkan aiskrim yang halus teksturnya.
  5. Akhir sekali, tambahkan perasa yang diingini. Meen hanyalah menggunakan Milo dan sedikit serbuk koko sebagai perasa.
  6. Selamat mencuba.
 Aiskrim

 Aiskrim Lagi

Apa? Aiskrim Lagi?


Saya sarankan kepada semua yang ingin mencuba. Cepat-cepat mencuba. Memang amat mudah untuk menyediaakannya. 

Cubalah.

Manisnya senyum.

Selasa, 22 Disember 2015

Aku Tanya Apa Khabar

JOE FLIZZOW - APA KHABAR


Merenung ke luar jendela
Bayu pagi meniup lembut
Lihat bintang di angkasa
Purnama menerangi gelapku
Dan bila fajar menjelma 
Itu permulaan hari baru
Dunia gamat bunyinya
Sunyiku hanya Tuhan tahu

Dalam perjalanan banyak persimpangan
Di mana kita bertukar arah
Kau lurus ke kiri aku tegak ke kanan
Di mana kita tersilap langkah

Kadang-kala waktu berhenti 
Ku toleh ke sisi
Engkau tiada di sampingku
Tapi lebih seringkali 
Bertemu dalam mimpi
Semuka dengan sahabatku
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar semua

Mereka kata masa depan kami sungguh cerah
Lirik dan rap kami bak anugerah
Ini semua sebelum semua anugerah
Masa bila lapar semua makan mee segera
Show pertama luar KL di Pulau Pinang
Lapan orang naik dua Kancil tapi semua senang
Dua bilik empat katil jadi empat di lantai
Kalau tidak silap ada yang sampai di tepi pantai
Dan kali pertama kita diserbu peminat
Di Kuching, Sarawak seperti semalam aku ingat
Setiap langkah bersama seakan tidak percaya
Kita berjaya jadikan rap sebagai kerjaya
Permulaan pengembaraan yang berliku
Dan ini mungkin sinopsis hidupku dalam lagu
Kau kembarku hari ini dan semalam
Jadi hari esok itu sendiri boleh faham

Kadang-kala waktu berhenti 
Ku toleh ke sisi
Engkau tiada di sampingku
Tapi lebih seringkali 
Bertemu dalam mimpi
Semuka dengan sahabatku
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar semua

Pada mulanya kita menjajah 
Lagu-lagu bahasa penjajah
Dan kita berdua budak belasan
Kau pandai buat percaturan
Industri penuh dengan peraturan
Semua kita bahas dan pidatokan
Sebab ini dua budak bijak
Kita kata ya mereka tidak
Kalau gagal merancang itu merancang untuk gagal
Ku masih ingat pesanmu
Ingat Zal kita Z paling handal Zal
Suntikan semangat untukku
Setiap persembahan phenomenal
Beribu lagi fans luar stadium
Lepas pusing satu Malaysia, Singapore, Brunei, Indonesia
Angan-angan jadi impian impian jadi cita-cita
Kata-kata jadi lagu puisi jalanan tercipta
Siapa kata jangan bermimpi doaku pada Yang Esa
Mungkin permulaan baru di ketika berbeza

Kadang-kala waktu berhenti 
Ku toleh ke sisi
Engkau tiada di sampingku
Tapi lebih seringkali 
Bertemu dalam mimpi
Semuka dengan sahabatku
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar semua

Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar semua

Isnin, 21 Disember 2015

Homemade Playdough

Salam. 

Hari ini Afrina dan Adlina juga sibuk menyediakan menu mereka. Mujur juga ada homemade playdough yang dibuat oleh Meen untuk mereka mengisi masa lapang mereka. Hari ini juga Meen membenarkan mereka menggunakan peralatan di dapur untuk kegunaan mereka. Sesekali Meen akan melayan juga kerenah mereka yang berminat untuk memasak. Biarlah rasa cinta mereka terhadap dunia masakan subur sehingga mereka dewasa kelak. Itukan kemahiran hidup juga bukan?

Adlina Dengan Aksinya

Afrina Dan Mini Cupcake

Asyik

 Main Masak-Masak

 Dah Siap Mama

Muka Puas Hati

Apa pula aktiviti mereka esok lusa? Meen pun tak tahu. Tapi kadangkala pening kepala juga melayan kerenah mereka. Maklumlah, bila dah bermain playdough ni, sudah tentulah kepingan-kepingan kecil playdough bersepah-sepah sana sini. Asal sahaja mereka bahagia. Semoga mereka terus kreatif menyediakan hidangan yang lain pula nanti.

Apa pula agaknya aktiviti anak-anak anda ya?

Manisnya senyum.

Chocolate Chip Scones

Salam.

Kegilaan terhadap scones kembali lagi. Kali ini, Meen mencuba pula menyediakan Chocolate Chip Scones. Kekangan terhadap masa, memaksa Meen mengambil jalan pintas untuk menyediakan scone pada kali ini. Timbangan berat bahan-bahan tidak lagi disukat satu persatu. Semuanya dicampurkan mengikut kategori dan ditimbang berterusan atau lebih senang mencampurkan satu persatu jumlah timbangan.

Chocolate Chip Scones

First Trial of Chocolate Chip Scones

Alhamdulillah. Menjadi juga Chocolate Chip Scones Meen yang pertama ini. Puas hati juga bilamana Afrina akhirnya memuji scones ini, dan makan sehingga tiga keping scones. Sebenarnya, inilah permintaan Afrina. Chocolate Chip Scones sebagai minum petang. Sudah sekian lama jugalah 'mrpresident' membelikan coklat cip atas permintaan Meen, namun baru hari ini dapat Meen sediakan buat hidangan minum petang.

Susah ke?

Memang amat mudah menyediakannya. Hanya perlukan beberapa bahan dan kemudian, bolehlah dimulakan projek membuat scones. Yang pasti, sila pastikan ada chocolate chip di rumah. 

Marilah cuba. Memang amat mudah. Jom semak resipi.

Chocolate Chip Scone

Menu Minum Petang

Bahan-Bahannya:
  • 350g tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 100g gula caster
  • Secubit garam
  • 110g butter/marjerin (disejukkan terlebih dahulu) 
  • 120g coklat cip
  • 120g susu segar/susu masam
  • 1 biji telur (sederhana saiz atau boleh juga saiz kecil)
  • 1 sudu kecil vanila
Cara Penyediaanya: 
  1. Campurkan susu segar atau susu masam dengan sebiji telur dan sesudu kecil vanila. Pukul sedikit menggunakan garfu. Kita namakan campuran ini sebagai 'Bahan A'. 
  2. Kemudian, timbang tepung gandum, baking powder dan gula caster. Campurkan semua bahan di dalam mangkuk bancuhan. 
  3. Tambahkan secubit garam ke dalam bancuhan.
  4. Gaulkan rata butter atau marjerin ke dalam bancuhan. Seeloknya gaulkan menggunakan tangan sehingga menjadi seperti serbuk roti. Tetapi Meen meggunakan pemukul atau whisk sahaja memandangkan keadaan tangan yang tidak mengizinkan.
  5. Setelah menjadi adunan seperti serbuk roti, masukkan pula coklat cip. Ratakan adunan dan coklat cip.
  6. Akhir sekali, masukkanlah 'Bahan A' tadi, tetapi ditinggalkan sedikit sebagai bahan sapuan ke atas scones nanti. 
  7. Setelah dimasukkan 'Bahan A' tadi, Meen menggunakan sudip kayu untuk menggaul rata adunan. Jangan gaul rata atau uli terlalu lama. Ini akan memberikan tekstur yang 
  8. Setelah rata, bahagikan kepada dua bahagian dan bulatkan ia menjadi 2 bulatan seperti bentuk bola. 
  9. Ratakan dan leperkan adunan tadi di atas landas dan bahagikan kepada lapan bahagian.
  10. Susunkan di atas loyang yang telah sedia disapu dengan selapisan nipis butter atau marjerin.
  11. Setelah disusun, sapukan lebihan 'Bahan A' tadi ke atas scones dan sedia untuk dibakar. 
  12. Meen membakar menggunakan suhu 175C selama 40 minit. Oven yang Meen gunakan comel sahaja. Oven yang dihadiahkan oleh syarikat tempat bekerja 'mrpresident' kepadanya dahulu sempena perkahwinan kami. Untung juga sehingga kini masih boleh berbakti. 
  13. Sesekali Meen jengah-jengahlah juga scones di dalam oven. Manalah tahu, terlebih pula masaknya nanti. 
  14. Setelah warnanya agak kuning keemasan, bolehlah dikeluarkan. 
  15. Sedia untuk dihidang.
  16. Cubalah. Amat mudah. 
  17. Selamat mencuba.
3 Bahan Cairan dan Coklat Cip

Campuran 3 Bahan Cairan

Tepung Gandum dan Butter-Serbuk Roti

Coklat Cip

Gaul Rata Coklat Cip

 Sudip Kayu Untuk Menggaul

Adunan Siap Digaul Rata

Leperkan Adunan Bulat

Bulatan Dibahagi 8 - Sapuan 'Bahan A'

Siap Dibakar-sedia Untuk Dimakan

Meen mengasingkan sebahagian adunan lagi ke dalam plastik beg kedap udara untuk dibakar sebagai sarapan pada esok pagi. 

Sebahagian Adunan

Ini bermakna, sekiranya ingin menghidangkan Chocolate Chip Scones ini sebagai sarapan pagi, bolehlah disediakan adunannya terlebih dahulu pada malam hari dan hanya tinggal untuk dibakar pada pagi esoknya. Amat menjimatkan masa bagi 'supermom' semua. Selain daripada dapat menyediakan hidangan yang mungkin jarang-jarang atau di luar kebiasaan, scones inii juga meen percaya mampu menceriakan hari buat insan-insan tersayang dalam hidup kita kerana mengandungi coklat dan rasanya yang manis-manis coklat.

Selamat mencuba. Percayalah. Amat mudah.

Chocolate Chip Scones

Meen tersenyum sendiri bilamana 'mrpresident' berulang-ulang memuji scones yang Meen sediakan kali ini. Bak kata Afrina, langkah pertama untuk sedap memasak; senyum. senyum dan senyum. Mama, mulakanlah dengan penuh kasih sayang.  

Manisnya senyum.

Ayam Masak Lada Hitam

Salam.

Hari ini hari Isnin. Hari ni merupakan permulaan hari bagi minggu ini. Minggu-minggu akhir sebelum menjelangnya tahun 2016. 

Meen hanya dapat menyediakan Ayam Masak Lada Hitam buat anak-anak kesayangan Meen hari ini. Menguruskan tiga orang anak, bukanlah perkara yang mudah bagi Meen walaupun sudah setahun jugalah bergelar suri rumah sepenuh masa. Masih banyak lagi perkara yang boleh Meen perbaiki. Masih banyak lagi juga ilmu untuk menjadi 'supermom' kepada anak-anak. 

Jom kita semak resipi kali ini. 

Ayam Masak Lada Hitam

 Ayam Masak Lada Hitam

Bahan-Bahannya:

  • 7 ketul ayam
  • 3 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 inci halia (ditumbuk)
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam (terpulang kepada citarasa)
  • 1/2 biji capsicum (cili Cameron Highlands)
  • 1 biji kentang
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 6 sudu besar kicap manis
  • garam secukup rasa
  • sedikit air
Cara Penyediaannya: 
  1. Perapkan ayam bersama sos tiram, kicap manis dan serbuk lada hitam selama lebih kurang 20 minit. 
  2. Tumbuk halus bawang merah, bawang putih dan halia sehingga lumat.
  3. Gorengkan ayam yang diperap tadi sehingga separuh masak.
  4. Gorengkan pula kentang.
  5. Gorengkan pula capsicum.
  6. Tumiskan pula bawang merah, bawang putih dan halia yang ditumbuk halus tadi.
  7. Setelah garing, masukkan kentang dan capsicum yang telah digoreng tadi.
  8. Setelah digaul rata, masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi. 
  9. Masukkan sedikit air.
  10. Perasakan bersama garam.
  11. Siap untuk dihidang.
  12. Selamat mencuba.

Persediaan Perapan Ayam


Perapan Ayam

Bahan-Bahan Lain

Anak-anak walaupun seringkas mana pun masakan ibunya, pasti akan berselera makan bila disuapkan makanan ke mulut mereka. Mana tidaknya, hanya membuka mulut dan secara automatik makanan akan masuk kedalam mulut mereka. 

Itulah hidangan kali ini. Memang ringkas. Memang menjimatkan masa. Cubalah memasak sendiri walau seringkas manapun. Apa yang pasti, makanan yang dimasak sendiri pastinya lebih terjamin kebersihannya berbanding makan di luar. 

Buat 'supermom' semua, buatlah yang terbaik untuk anak-anak. Mereka hanya melalui zaman kanak-kanak mereka sekali sahaja. Masa tak mungkin pernah dan tak akan berulang semula. Hargailah dan rasailah rasa manisnya zaman kanak-kanak mereka. 

Manisnya senyum.