Salam.
Hari ini hari Isnin. Hari ni merupakan permulaan hari bagi minggu ini. Minggu-minggu akhir sebelum menjelangnya tahun 2016.
Meen hanya dapat menyediakan Ayam Masak Lada Hitam buat anak-anak kesayangan Meen hari ini. Menguruskan tiga orang anak, bukanlah perkara yang mudah bagi Meen walaupun sudah setahun jugalah bergelar suri rumah sepenuh masa. Masih banyak lagi perkara yang boleh Meen perbaiki. Masih banyak lagi juga ilmu untuk menjadi 'supermom' kepada anak-anak.
Jom kita semak resipi kali ini.
Ayam Masak Lada Hitam
Ayam Masak Lada Hitam
Bahan-Bahannya:
- 7 ketul ayam
- 3 ulas bawang merah (ditumbuk)
- 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
- 1 inci halia (ditumbuk)
- 1 sudu kecil serbuk lada hitam (terpulang kepada citarasa)
- 1/2 biji capsicum (cili Cameron Highlands)
- 1 biji kentang
- 3 sudu besar sos tiram
- 6 sudu besar kicap manis
- garam secukup rasa
- sedikit air
Cara Penyediaannya:
- Perapkan ayam bersama sos tiram, kicap manis dan serbuk lada hitam selama lebih kurang 20 minit.
- Tumbuk halus bawang merah, bawang putih dan halia sehingga lumat.
- Gorengkan ayam yang diperap tadi sehingga separuh masak.
- Gorengkan pula kentang.
- Gorengkan pula capsicum.
- Tumiskan pula bawang merah, bawang putih dan halia yang ditumbuk halus tadi.
- Setelah garing, masukkan kentang dan capsicum yang telah digoreng tadi.
- Setelah digaul rata, masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi.
- Masukkan sedikit air.
- Perasakan bersama garam.
- Siap untuk dihidang.
- Selamat mencuba.
Persediaan Perapan Ayam
Perapan Ayam
Bahan-Bahan Lain
Anak-anak walaupun seringkas mana pun masakan ibunya, pasti akan berselera makan bila disuapkan makanan ke mulut mereka. Mana tidaknya, hanya membuka mulut dan secara automatik makanan akan masuk kedalam mulut mereka.
Itulah hidangan kali ini. Memang ringkas. Memang menjimatkan masa. Cubalah memasak sendiri walau seringkas manapun. Apa yang pasti, makanan yang dimasak sendiri pastinya lebih terjamin kebersihannya berbanding makan di luar.
Buat 'supermom' semua, buatlah yang terbaik untuk anak-anak. Mereka hanya melalui zaman kanak-kanak mereka sekali sahaja. Masa tak mungkin pernah dan tak akan berulang semula. Hargailah dan rasailah rasa manisnya zaman kanak-kanak mereka.
Manisnya senyum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan