Isnin, 21 Disember 2015

Chocolate Chip Scones

Salam.

Kegilaan terhadap scones kembali lagi. Kali ini, Meen mencuba pula menyediakan Chocolate Chip Scones. Kekangan terhadap masa, memaksa Meen mengambil jalan pintas untuk menyediakan scone pada kali ini. Timbangan berat bahan-bahan tidak lagi disukat satu persatu. Semuanya dicampurkan mengikut kategori dan ditimbang berterusan atau lebih senang mencampurkan satu persatu jumlah timbangan.

Chocolate Chip Scones

First Trial of Chocolate Chip Scones

Alhamdulillah. Menjadi juga Chocolate Chip Scones Meen yang pertama ini. Puas hati juga bilamana Afrina akhirnya memuji scones ini, dan makan sehingga tiga keping scones. Sebenarnya, inilah permintaan Afrina. Chocolate Chip Scones sebagai minum petang. Sudah sekian lama jugalah 'mrpresident' membelikan coklat cip atas permintaan Meen, namun baru hari ini dapat Meen sediakan buat hidangan minum petang.

Susah ke?

Memang amat mudah menyediakannya. Hanya perlukan beberapa bahan dan kemudian, bolehlah dimulakan projek membuat scones. Yang pasti, sila pastikan ada chocolate chip di rumah. 

Marilah cuba. Memang amat mudah. Jom semak resipi.

Chocolate Chip Scone

Menu Minum Petang

Bahan-Bahannya:
  • 350g tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 100g gula caster
  • Secubit garam
  • 110g butter/marjerin (disejukkan terlebih dahulu) 
  • 120g coklat cip
  • 120g susu segar/susu masam
  • 1 biji telur (sederhana saiz atau boleh juga saiz kecil)
  • 1 sudu kecil vanila
Cara Penyediaanya: 
  1. Campurkan susu segar atau susu masam dengan sebiji telur dan sesudu kecil vanila. Pukul sedikit menggunakan garfu. Kita namakan campuran ini sebagai 'Bahan A'. 
  2. Kemudian, timbang tepung gandum, baking powder dan gula caster. Campurkan semua bahan di dalam mangkuk bancuhan. 
  3. Tambahkan secubit garam ke dalam bancuhan.
  4. Gaulkan rata butter atau marjerin ke dalam bancuhan. Seeloknya gaulkan menggunakan tangan sehingga menjadi seperti serbuk roti. Tetapi Meen meggunakan pemukul atau whisk sahaja memandangkan keadaan tangan yang tidak mengizinkan.
  5. Setelah menjadi adunan seperti serbuk roti, masukkan pula coklat cip. Ratakan adunan dan coklat cip.
  6. Akhir sekali, masukkanlah 'Bahan A' tadi, tetapi ditinggalkan sedikit sebagai bahan sapuan ke atas scones nanti. 
  7. Setelah dimasukkan 'Bahan A' tadi, Meen menggunakan sudip kayu untuk menggaul rata adunan. Jangan gaul rata atau uli terlalu lama. Ini akan memberikan tekstur yang 
  8. Setelah rata, bahagikan kepada dua bahagian dan bulatkan ia menjadi 2 bulatan seperti bentuk bola. 
  9. Ratakan dan leperkan adunan tadi di atas landas dan bahagikan kepada lapan bahagian.
  10. Susunkan di atas loyang yang telah sedia disapu dengan selapisan nipis butter atau marjerin.
  11. Setelah disusun, sapukan lebihan 'Bahan A' tadi ke atas scones dan sedia untuk dibakar. 
  12. Meen membakar menggunakan suhu 175C selama 40 minit. Oven yang Meen gunakan comel sahaja. Oven yang dihadiahkan oleh syarikat tempat bekerja 'mrpresident' kepadanya dahulu sempena perkahwinan kami. Untung juga sehingga kini masih boleh berbakti. 
  13. Sesekali Meen jengah-jengahlah juga scones di dalam oven. Manalah tahu, terlebih pula masaknya nanti. 
  14. Setelah warnanya agak kuning keemasan, bolehlah dikeluarkan. 
  15. Sedia untuk dihidang.
  16. Cubalah. Amat mudah. 
  17. Selamat mencuba.
3 Bahan Cairan dan Coklat Cip

Campuran 3 Bahan Cairan

Tepung Gandum dan Butter-Serbuk Roti

Coklat Cip

Gaul Rata Coklat Cip

 Sudip Kayu Untuk Menggaul

Adunan Siap Digaul Rata

Leperkan Adunan Bulat

Bulatan Dibahagi 8 - Sapuan 'Bahan A'

Siap Dibakar-sedia Untuk Dimakan

Meen mengasingkan sebahagian adunan lagi ke dalam plastik beg kedap udara untuk dibakar sebagai sarapan pada esok pagi. 

Sebahagian Adunan

Ini bermakna, sekiranya ingin menghidangkan Chocolate Chip Scones ini sebagai sarapan pagi, bolehlah disediakan adunannya terlebih dahulu pada malam hari dan hanya tinggal untuk dibakar pada pagi esoknya. Amat menjimatkan masa bagi 'supermom' semua. Selain daripada dapat menyediakan hidangan yang mungkin jarang-jarang atau di luar kebiasaan, scones inii juga meen percaya mampu menceriakan hari buat insan-insan tersayang dalam hidup kita kerana mengandungi coklat dan rasanya yang manis-manis coklat.

Selamat mencuba. Percayalah. Amat mudah.

Chocolate Chip Scones

Meen tersenyum sendiri bilamana 'mrpresident' berulang-ulang memuji scones yang Meen sediakan kali ini. Bak kata Afrina, langkah pertama untuk sedap memasak; senyum. senyum dan senyum. Mama, mulakanlah dengan penuh kasih sayang.  

Manisnya senyum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan