Khamis, 24 Disember 2015

Aiskrim! Oh Aiskrim!

Salam.

Tarikh 24-Disember-2015.

Aiskrim. Sebut saja mengenai aiskrim, memang Meen akan teruja. Meen akui, Meen memang peminat aiskrim. Tidak kisahlah apa jua perasa. Namun yang pasti, Aiskrim coklat yang menjadi pilihan utama. 

Semalam Afrina mohon untuk buat aiskrim. Mujur jugalah bahan-bahan sudah tersedia di dapur. 'mrpresident' lah yang membantu membelikan bahan-bahan untuk buat aiskrim ni. 

Bukan apa, sengaja Meen nak Afrina penuhkan masa cuti yang ada, untuk melakukan aktiviti bagi memenuhi masa lapangnya. Tambahan pula, aiskrim yang dibuat oleh Afrina ini, amat mudah dan senang untuk disediakan. Jadi memang Meen penuhi sahaja permintaannya membuat aiskrim.

Sementelah 'mrpresident' melayan jiwanya ke hutan, dapatlah juga Meen sediakan aktiviti buat anak-anak di rumah. Untuk pengetahuan umum, 'mrpresident' ke hutan lagi hari ini. Khabarnya ke Gunung Telapak Buruk di Negeri Sembilan? Tak mengapalah, asal saja 'mrprsident' bahagia, Meen pun turut sama bahagia. 

Jom kita layan resipi untuk buat aiskrim ni.

Aiskrim Coklat

Aiskrim Coklat
Bahan-bahan:
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu besar ovalet
  • 1 sudu kecil vanilla
  • 1/3 tin susu pekat manis (Meen cadangkan supaya selepas bahan-bahan dicampur rata, cuba rasakan sedikit kemanisan bancuhan aiskrim supaya tidak terlalu manis atau tidak pula tidak terasa manisnya) 
  • 1 biji telur
  • Perasa milo 
  • Sedikit serbuk koko
Cara Penyediaannya:
  1. Masukkan semua bahan-bahan (kecuali Milo dan serbuk koko) ke dalam mangkuk besar.
  2. Disebabkan ketiadaan mixer, Meen hanya menggunakan tangan untuk menjadikan bahan-bahan tadi dipukul rata.
  3. Setelah dipukul rata, simpankan di dalam peti sejuk beku sehingga ianya separuh beku sahaja. 
  4. Keluarkan setelah 20 minit dan pukul lagi bancuhan tadi. Ulangi proses ini banyak kali untuk mendapatkan aiskrim yang halus teksturnya.
  5. Akhir sekali, tambahkan perasa yang diingini. Meen hanyalah menggunakan Milo dan sedikit serbuk koko sebagai perasa.
  6. Selamat mencuba.
 Aiskrim

 Aiskrim Lagi

Apa? Aiskrim Lagi?


Saya sarankan kepada semua yang ingin mencuba. Cepat-cepat mencuba. Memang amat mudah untuk menyediaakannya. 

Cubalah.

Manisnya senyum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan