Khamis, 7 Januari 2016

Jom Fahami Apakah Itu PAP SMEAR?

Salam.

Tarikh 7-Januari-2016.


Apakah itu PAP SMEAR?

Pap Smear adalah ujian saringan bagi mengesan penyakit serviks (peringkat awal) yang boleh bertukar kepada kanser serviks jika tidak dirawat.


Mengapakah PAP SMEAR Penting Kepada Saya?

  • Kanser serviks merupakan kanser kedua tertinggi di kalangan wanita di MAlaysia
  • Pap Smear dapat mengesan peringkat awal sebelum kanser serviks itu terjadi
  • Pengesanan dan rawatan awal dapat menyembuhkan penyakit ini sepenuhnya

Apakah itu KANSER SERVIKS?

Kanser serviks adalah keadaan apabila sel-sel serviks bertindak secara tidak normal dan berkembang menjadi kanser


Perlukah Saya Menjalani Ujian PAP SMEAR?
  • Ya!
  • Semua wanta yang pernah melakukan hubungan seks dan berumur antara 25-65 tahun perlu menjalani ujian PAP SMEAR

Bilakah Saya Boleh Menjalani Ujian PAP SMEAR?
  • Ujian ini boleh dijalankan pada bila-bila masa kecuali pada masa haid dan nifas
  • Elakkan hubungan seks dan penggunaan ubat dalam faraj sehari sebelum Ujian PAP SMEAR

Bagaimanakah Ujian PAP SMEAR dilakukan?
  • Pemeriksaan dalaman dilakukan menggunakan spekulum atau berus serviks yang dimasukkan ke dalam faraj
  • Sel-sel permukaan serviks akan diambil menggunakan spatula atau berus serviks dan dihantar ke makmal untuk diperiksa


Apakah keputusan Yang Mungkin Saya Perolehi?
  • Normal
  • Tidak Normal
    • Jangkitan kuman
    • Peringkat pra-kanser serviks
    • Kanser serviks
  • Jika tidak normal, anda akan dirujuk untuk penyiasatan dan rawatan lanjut

Bilakah KEPUTUSAN Ujian Akan Saya Perolehi?
  • Ujian ini mengambil masa beberapa minggu kerana pihak makmal harus memeriksa dengan teliti
  • Keputusan ujian akan dimaklumkan secepat mungkin

Berapa Kerap Saya Perlu Menjalani Ujian PAP SMEAR?
  • Anda perlu menjalani Ujian PAP Smear setiap 3 tahun sekali

Di Manakah Saya Boleh Menjalani Ujian PAP SMEAR?
  • Anda boleh menjalani ujian ini secara percuma di tempat berikut:
    • Klinik Kesihatan
    • Klinik Desa
    • Hospital Kerajaan
  • Dengan bayaran tertentu di tempat berikut:
    • Klinik Lempaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)
    • Klinik Persatuan Perancang Keluarga (FPA)
    • Klinik Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM)
    • Majlis Kanser Nasional (MAKNA)
    • Klinik dan Hospital Swasta


UJIAN PAP SMEAR TIDAK MENYAKITKAN


Manisnya senyum.

Isnin, 4 Januari 2016

Afrina and Her 1st Day of School

Salam.

Tarikh 4-Januari-2016.

Fuh!

What a different feeling I've had for today.

Gementar+Teruja+Syukur+How Time Flies+So Different+On Time+It's Time+++++++

Afrina 1st Day of Photoshoot

Itulah perasaan Meen bilamana Afrina mula bersekolah pada hari ini. Seawal 3.30 pagi Meen sudah dikejutkan dengan rengekan Affan yang minta disusukan. Lantas, usai sahaja Affan selesai disusukan, Meen mula memikirkan pelbagai perkara yang pada pandangan dan pemerhatian Meen masih lagi belum selesai.

Afrina 1st Day of Kindergarten

Afrina 4th Birthday Party

Lantas Meen capai pakaian seragam Afrina untuk ditampalkan tanda nama pula. Tanda nama ini telahpun diberikan oleh guru Afrina pada hari orientasi pada 31-Disember-2015. Walaupun kedengaran seperti pro, namun inilah pertama kali Meen memegang benang dan jarum, dan lagaknya seperti seorang tukang jahit, Meen pun mulalah menjahitkan tanda nama Afrina pada pakaian seragamnya. Kemudian, pakaian seragam digosok, disangkut kemas dan rapi untuk diserahkan nanti kepada "Mak" Afrina. Meen haruslah memikirkan jadual harian Afrina pada hari ini, supaya tidak terlupa membawa keperluan hariannya nanti.

Bercambur baur rasanya bila mengenangkan hari yang bakal dilalui Meen pada hari ini.

Afrina 1st Day of School

Afrina and Her New Friend

Akhirnya tiba juga saatnya. Afrina akhirnya ke Tahun 1. Sekolah - bakal membawa perubahan yang besar dalam hidup seseorang. Pada Meen alam sekolah adalah amat penting dalam kehidupan seseorang. Ketika di alam persekolahanlah, kita banya didedahkan dengan dunia luar. Dunia yang sebelum ini tidak pernah kita lalui. Pada zaman sekolah lah kita amat mudah terpengaruh dengan dunia luar tidak kira baik atau buruk.

Excitement of 1st Day of School

Masih lagi terasa kesejukan yang amat sangat tatkala tersedar daripada "mimpi" selepas menjalani pembedahan akibat daripada kejadian "cord prolapse" yang dialami Meen semasa dalam proses melahirkan Afrina. Subhanallah - Maha Suci Allah. Perasaan yang sangat takut akan kehilangan seorang anak, menyebabkan Meen mengalami trauma ketika bersalinkan Afrina. Ketika tersedar lagi daripada tidur semasa di dalam wad, Meen sekali lagi mengalami perasaan yang amat-amat takut dan bingung, tatkala doktor memaklumkan secara terus kepada Meen bahawa Afrina hanya mempunyai 50% peluang untuk hidup.

Inspired By You

Cinta Hati Mama

Ibu manalah yang tidak pilu mengenangkan nasib anak apabila dimaklumkan sebegitu oleh doktor. Pilu yang teramat sangat terasa mencucuk-cucuk di dalam dada. Afrina terus di masukkan ke dalam "ICU Stage 3" sejurus selepas dilahirkan.

Pertama kali melawat Afrina, Meen ditemankan suami dengan kerusi roda ke dalam ICU. Itulah juga pertama kali Meen ke ICU, dan itulah juga kali pertama Meen bermalam di hospital. Hospital sebelum ini memang begitu asing dalam hidup Meen.

Bertemu Afrina pada pertama kali dengan keadaan Meen sendiri yang lemah, amat meruntun jiwa. Beribu perasaan yang bercampur baur di dalam fikiran Meen. Mungkin juga Meen sesekali menyalahkan diri sendiri atas apa yang berlaku kepada Afrina.

Afrina in NICU

Namun Meen kuatkan juga semangat. Supaya afrina cepat pulih, Meen sendiri harus kuat, Meen cuba pujuk hati. Atas kekuatan yang dikurniakan Ilahi itulah, Meen melawat dan menyuntik semangat kepada Afrina untuk terus berjuang. Bertentang mata dengan Afrina, seakan bicara buat kami berdua.

Itulah serba sedikit kisah dan pengalaman bersalin Meen yang pertama. Kisah bagaimana pertama kali Meen diuji ketika menimang cahaya mata yang pertama. Sungguh besar dugaan Mu ya Allah. Peristiwa ini juga menjadi pengalaman Meen yang mendewasakan Meen.

Terima kasih buat suami tercinta - "mrpresident". Dalam susah dan senang - sentiasa di sisi dan sentiasa tenang menghadapi semuanya. Kesabaranmu sumber inspirasiku.

Afrina and Her 1st Lover

Buat sahabat semua, teruslah tabah menghadapi hidup ini. Kadang-kala, ingin juga kita lari daripada semua masalah, tapi percayalah sesudah kesusahan pasti akan tiba juga kesenangan, Tabahlah berusaha menghadapinya.

Buah Hati Pengarang Jantung Abah

Semoga tahun baru ini memberikan kita kehidupan yang lebih baik. Lebih dekat kita kepada Allah, lebih mudahlah kita menghadapi urusan duniawi. Percayalah hati.

Manisnya senyum.

Ahad, 3 Januari 2016

Bila Diuji Lagi

Salam.

Tarikh 3-Januari-2016.

Ini sekadar peringatan buat diri Meen dan sebenarnya juga motivasi terbaik buat Meen.

Surah Al-Anam ayat 32 bermaksud:
Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?
Surah Al-Ankabut ayat 2-3 bermaksud:
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? 
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
Surah Al-Baqarah ayat 286 bermaksud:
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. 

Buat sahabat, kadang-kala dalam kehidupan, kita diuki dengan ujian yang pada pandangan akal kita tidak dapat kita hadapi. Tetapi percayalah, sesungguhnya Allah lebih mengenali diri hambanya daripada hamba itu sendiri.

Percayalah sahabat, kita akan dapat menghadapinya. 

Walau apa sahaja ujian buat kita, sabarlah dan yakinlah yang terbaik buat kita sedang menunggu kita di hadapan.

Jangan berhenti daripada melakukan kebaikan dan hindarilah segala kejahatan.



Semoga tahun 2016 ini memberikan kita kehidupan yang lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Percayalah.

Manisnya senyum.

Sabtu, 2 Januari 2016

Tingkah Laku Yang Baik

Salam.

Tarikh 2-Januari-2016.

Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan akhlak mulia?

Akhlak mulia ialah kelakuan atau tingkah laku yang baik, iaitu seluruh tingkah laku manusia yang berpandukan kepada al-Quran dan al-hadis.

Adab adalah salah satu cara untuk kita berakhlak mulia.

Ajarilah anak-anak kita cara-cara untuk beradab kerana ianya salah satu cabang untuk berakhlak mulia.

magazinesbymeen@blogspot.com
Afrina

Semoga menjadi anak yang berakhlak mulia Afrina.

Afrina anak berakhlak mulia.

Jagalah tingkah laku dan berkelakuanlah baik-baik sahaja Afrina.

Manisnya senyum.

10 Makanan Terbaik Untuk Kehamilan

Salam. 

Tarikh 2-Januari-2016.

10 Makanan Terbaik Untuk Kehamilan.


Menghasilkan zuriat terbaik - sihat dan otak yang terbaik yang berpotensi menjadi anak pintar jika diberi rangsangan minda dari awal.





#1. Telur


Mengandungi protein mutu terbaik disamping mengandungi 12 jenis vitamins dan logam. Sesetengah telur diperkaya dengan omega 3 dan DHA yang penting untuk otak. Telur juga mengandungi choline bahan penting untuk otak. Protein sangat penting sebagai bahan binaan sel-sel dan organ bayi. Murah harganya dan mudah dimasak dan disajikan. Makan 2 biji telur setiap hari.

#2. Ikan
Ikan juga sumber protein yang baik . Ikan yang berminyak saperti salmon, tuna dan mackeral mengandungi omega 3 dan DHA yang baik untuk pertumbuhan dan fungsi otak. Ikan-ikan tersebut mahal tetapi ikan kembung tongkol (tuba) dan sardin (bukan dalam tin) juga bermutu. Ikan yang dimasak rebus/steam dengan halia, bawang, kunyit dan serai lebih baik dari digoreng kering.

#3. Kekacang
Kacang-kacang dal, soya, merah, hijau dan peas adalah makanan terbaik. Dal sering dimasak dengan daging, kentang dan lobak merah sebagai lauk kari. Kacang hijau dibuat bubur kacang. Air kacang soya perlu diminum selalu dan juga produk soya dan tempe adalah baik dimakan.

#4. Keledek Merah
Makanan yang bermutu ini hampir lupus. Selain dari kandungan karbohidrat, ia juga sumber vitamin A, folik dan serat. Daun turi dan keledek merah dimasak lemak atau sayur air boleh meningkatkan susu ibu.

#5. Makanan Bijirin Penuh
Jagung direbus atau sebagai popcorn adalah sumbur makan yang baik yang mengadungi vitamin E, selenium dan faitonutrient. Begitu juga oat , barley, beras merah dan pulut, juga wheat yang biasanya kita makan sebagai roti whole meal. Bubur pulut hitam adala makanan berkhasiat.

#6. Sayur-Sayuran dan Buah-Buahan Berwarna-Warni
Makan banyak buah-buah dan sayur-sayur yang berwarna warni -merah, kuning, ungu, hijau dan lain-lain. Mengandungi pelbagai vitamin, logam, serat dan antioksidan untuk menangkis dari serangan penyakit. Buah-buah jambu, tembikai, betik, oren, epal, pir, buah naga, delima dan lain-lain buah-buah tempatan atau dimport.

Buat jus segar dari buah-buahan. Minum air kelapa muda. Makan sayur-sayur sawi, bayam, kangkong, brokoli, kobis, lobak, pucuk paku atau ubi, taugeh, bendir, terong dan lain-lain.

Buat salad atau rojak campuran sayur-sayuran dan buah-buahan. Sungguh enak dan lazat.

Bila ibu banyak makan buah-buahan dan sayur-sayuran khususnya dalam kandungan 3 bulan terakhir bayi juga membentuk kegemaran makan buah-buahan dan sayur-sayuran apabila lahir kelak.





#7. Daging Merah dan Ayam
Daging merah (lembu dan kambing) yang telah dibuang lemak dan kulit (ayam) adalah sangat berkhasiat untuk ibu-ibu hamil dan menyusukan.

Biasakan masak rebus atau steam dengan banyak guna halia, kunyit, bawang dan serai (masak ala cina atau thai). Kurangkan goreng dan bakar hangus.

#8. Kekacang
Kacang almond (badam) , walnut, gajus dan peanuts adalah makanan-makanan sampingan terbaik bagi ibu-ibu hamil. Mengandungi poly unsaturated fats dan omega 3 yang penting untuk pembentukan otak bayi. Makan bersama-sama kismis atau keroma sebagai sampingan.


#9. Yogurt dan Susu
Yogurt adalah makanan berkhasiat. Mengandungi protein dan kalsium tapi mungkin ia bukan satu pemakanan yang digemari oleh semua. Disamping itu ia jadi sumber bakteria-bakteria baik dalam perut kita seperti probiotik.

Minuman yogart yang ditambah perisa buah-buahan banyak terdapat dipasaran. Ibu-ibu hamil dan menyusukan harap amalkan minuman ini.

Minum susu segar (lembu atau kambing) setiap hari.

#10. Supplemen Vitamin dan Logam
Mulakan amalan makan supplement vitamin sebaik sahaja berkahwin dan terus menerus hingga akhir hayat.

Lepas bersalin dan waktu menyusukan makan double dose.
  • Multivitamin termasuk zat-zat logam seperti iron dan folic acid. Jenama-jenama pasaran obimin, premavit atau lain-lain.
  • Kalsium dengan vitamin D.
  • Fish oil yang mengadungi omega 3 dan DHA.
  • Vitamin C 500 mg hingga 1 GM setiap hari.
Amalkanlah makan-makan tersebut mengikut kemampuan dan tidak berlebihan. Insa Allah ibu dan anak akan sihat dan anak yang lahir akan berrpotensi jadi pintar. Jangan lupa dapatkan nasihat daripada doktor sebelum pengambilan sebarang vitamin. 

Manisnya senyum.

Jumaat, 1 Januari 2016

Kenapa Perlu Ada Stok Simpanan Puri?

Salam.

Tarikh: 1-Januari-2016.

Melangkah kita ke tahun baru. Tahun 2016.

Bercerita mengenai kisah panduan pemberian makanan pelengkap bayi yang pertama, iaitu daripada 6 bulan hinggalah bayi berusia 12 bulan, puri menjadi salah satu daripada menu hidangan buat si comel anda.

Apa sebenarnya puri?

Puri jika menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, adalah perahan yang pekat daripada buah atau sayur yang dimasak dan ditapis; memurikan memproses atau membuat buah-buahan atau sayur-sayuran menjadi puri.

Jadi, selepas mengenali apa sebenarnya puri itu, senanglah untuk menyediakan simpanan puri. Puri boleh disediakan berasaskan sayur-sayuran ataupun buah-buahan. Apa yang paling penting, sebelum memulakan penyediaan puri, basuh bersih-bersih terlebih dahulu makanan tersebut dan untuk makanan yang keras atau lebih pejal, eloklah dimasak atau distim terlebih dahulu sehingga menjadi lembut dan boleh dikisar.

Terdapat  banyak jenis puri yang boleh "supermom" sediakan. Di antaranya, puri kentang, puri brokoli, puri lobak merah, puri kurma, puri betik, puri pisang, puri pir, puri epal, puri mangga dan juga puri keledek. Terdapat banyak lagi jenis-jenis sayur-sayuran atau buah-buahan yang boleh dipuri, namun terpulanglah kepada kreativiti "supermom" dan juga yang penting cara penerimaan si comel untuk setiap jenis puri. Jangan menyangka si comel tidak mempunyai citarasa.

Hari ini pagi-pagi lagi Meen sudah menyediakan puri buat si manja Affan. Apa yang dapat Meen sediakan pagi ini adalah puri kentang, puri kurma dan puri betik.

Penyediaan Puri

Bagi mengejar atau mendapatkan kembali berat badan ideal buat si manja Affan, Meen menggunakan beras perang ecoBrown dan beras sunwhite jasmine dalam penyediaan bubur Affan. Ini kerana beras perang dikatakan mempunyai kandungan nutrisi yang lebih tinggi berbanding beras biasa dan mampu memberi manfaat kesihatan dari pelbagai segi. 

Puri Betik

Untuk puri betik, Meen hanya potong dadu betik tersebut dalam saiz 1-2cm sebelum dikisar tanpa menggunakan air atau distim terlebih dahulu. Betik tersebut telah lembut dan masak sepenuhnya jadi mudah sahaja untuk dikisar.

Puri Betik

Untuk puri kentang pula, Meen telahpun merebus terlebih dahulu kentang yang dipotong dalam saiz 1-2cm sehingga lembut seperti lembutnya untuk dikunyah.

Puri Kentang

Untuk puri kurma pula, buangkan biji dan potong memanjang terlebih dahulu kurma tersebut. Rendamkan kemudiannya dengan air panas sehingga tenggelam. Tunggu sehingga kurma lembut dan bolehlah dikisar.

Semalam Meen sediakan puri mangga buat Affan. Penyediaan puri mangga juga disediakan dengan memotong dadu 1-2cm terlebih dahulu dan dicampur dengan air sedikit sebelum dimasak di atas api. Tunggu sehingga lembut dan sejuk dan kemudian bolehlah dikisar.

Simpanan Stok Puri

Simpanan Stok Puri dan Bubur Nasi

Hari ini Meen terpaksa meyediakan terlebih dahulu bubur Affan kerana menjangkakan aktiviti hari ini yang mungkin padat di luar. Jadi, tak perlu risau bekalan makanan untuk Affan lagi.

Simpanan stok puri amat perlu bagi Meen kerana kadangkala kesibukan tugasan harian yang tidak menentu tambahan lagi Meen tidak pula secekap di dapur dalam penyediaan hidangan makanan. Simpanan stok puri Meen pula Meen sediakan dalam bekas kecil-kecil yang berpenutup supaya senang Meen capai sekiranya hendak keluar rumah nanti. Mudah pula ianya mencair dan Meen hanya perlu rendamkan sahaja di dalam air panas. Namun, sekiranya Meen di rumah, memanglah Meen akan hangatkan semula puri yang sedia ada menggunakan periuk tanah liat Meen.

Tips penyediaan stok simpanan puri
  • Basuh bersih-bersih makanan sebelum memulakan apa-apa proses penyediaan puri. 
  • Dalam penyediaan puri, sebelum dikisar atau menggunakan mesin kisar, pastikan makanan itu sejuk suam-suam kuku terlebih dahulu. Jangan kisar panas-panas bagi mengelakkan pengisar rosak. 
  • Jangan pula mengisi mesin pengisar sehingga ke takat maksimum atau MAX (sila lihat takat pada bekas pengisar).
  • Potong makanan dengan saiz yang kecil 1-2cm sebelum dikisar.
  • Sekiranya menggunakan "blender", jangan digunakan sehingga lebih daripada 1minit untuk satu tempoh masa mengisar. 
  • Untuk "dry mill" dan "wet mill" pula jangan gunakan lebih daripada 30 saat untuk satu-satu masa. 
  • Puri yang sudah selesai di isi didalam bekas simpanan, hendaklah segera disimpan di dalam peti sejuk beku. 
  • Jangan simpan lebih daripada 1 minggu atau lebih stok simpanan puri, kerana kita juga sukakan makanan yang segar berbanding makanan sejuk beku. Walaupun si comel masih tidak boleh berkata-kata, cubalah fahami kehendak si comel.
Namun, apa yang paling penting dalam panduan pemberian makanan pelengkap adalah

  1. Makanan pelengkap hanya perlu diperkenalkan kepada si comel apabila berusia 6 bulan, namun penyusuan susu ibu jangan pula dihentikan sehingga si comel berusia 2 tahun. 
  2. Perkenalkan makanan kepada bayi dalam kuantiti yang sedikit terlebih dahulu. setelah si comel dapat menerima makanan tersebut dengan baik, tingkatkan kuantiti makanan secara beransur-ansur mengikut umur si comel.
  3. Sediakan juga makanan daripada pelbagai jenis makanan untuk memastikan semua keperluan nutien dipenuhi.
  4. Daging, ayam, ikan. telur, susu dan produk tenusu perlu diberi dengan kerap.
  5. Elakkan menambah garam, gula atau bahan perisa ke dalam makanan bayi.

Semoga "supermom" dapat mejadi lebih hebat dan lebih kreatif selepas ini dalam cara penyediaan pemberian makanan kepada si comel.

Selamat mencuba.

Manisnya senyum.

FRIM: Ada Apa di FRIM?

Salam.

Tarikh: 2-January-2016.

Kredit kepada www.frim.gov.my

Jumaat yang lepas, Meen ke "Forest Research Institute Malaysia" atau FRIM atas undangan sahabat kepada "mrpresident". Sebenarnya telah lama juga mahu ke sana namun, tiada yang menjadi pencetus atau Meen sendiri juga tidak mendesak "mrpresident" untuk ke sana. Namun, dek kerana sahabat "mrpresident" telahpun berada di sana, dialah yang menjadi pencetus Meen memujuk "mrpresident" untuk ke FRIM.



Family Day Outing
Ada apa sebenarnya di FRIM?

Sebenarnya tujuan asal Meen hendak menjejakkan kaki ke FRIM hanyalah untuk merasai sendiri "Canopy Walkway" yang ada di FRIM bersama dengan anak-anak. Namun, selepas beberapa hari Meen berniat untuk ke FRIM, canopy walkway telahpun ditutup bermula daripada 13-Oktober-2015 untuk laluan orang awam atas sebab-sebab keselamatan. Bukan baru-baru ini sahaja yang Meen memasang niat untuk ke FRIM. Menurut FRIM, terdapat sebatang pokok Melembu yang tumbang pada bahagian kedua titian dan menyebabkan tekanan pada sistem titian secara keseluruhannya. Kerosakan pada "Canopy Walkway" juga berpunca daripada ribut petir pada awal Oktober-2015.

"Canopy Walkway"

Namun, tujuan Meen ke FRIM pada kali ini, sebenarnya adalah untuk "hiking", sambil-sambil melayan kerenah anak-anak pada cuti sekolah ini. Sesampainya kami ke FRIM, barulah kami juga maklum bahawa untuk "hiking" juga tidak dibenarkan sama sekali. Hampa juga rasa di hati, namun Meen akur atas arahan pihak berkuasa. Hanya merekalah yang lebih mengerti akan kawasan di sini.

Lantas. mungkin sahaja bagi sesiapa yang hendak juga ke FRIM, bolehlah juga melakukan aktiviti-aktiviti berikut seperti berjogging, berkhemah, berkelah, berbasikal lasak atau merancang untuk mengadakan untuk mengadakan hari keluarga di sini.

Namun, bagi Meen pula, Meen tetap juga hendak meniti laluan "Canopy Walkway". Tunggulah bila ia dibuka semula kepada orang awam.

Manisnya senyum.