Tarikh 2-Januari-2016.
10 Makanan Terbaik Untuk Kehamilan.
Menghasilkan zuriat terbaik - sihat dan otak yang terbaik yang berpotensi menjadi anak pintar jika diberi rangsangan minda dari awal.
#1. Telur
#2. Ikan
Ikan juga sumber protein yang baik . Ikan yang berminyak saperti salmon, tuna dan mackeral mengandungi omega 3 dan DHA yang baik untuk pertumbuhan dan fungsi otak. Ikan-ikan tersebut mahal tetapi ikan kembung tongkol (tuba) dan sardin (bukan dalam tin) juga bermutu. Ikan yang dimasak rebus/steam dengan halia, bawang, kunyit dan serai lebih baik dari digoreng kering.
#3. Kekacang
Kacang-kacang dal, soya, merah, hijau dan peas adalah makanan terbaik. Dal sering dimasak dengan daging, kentang dan lobak merah sebagai lauk kari. Kacang hijau dibuat bubur kacang. Air kacang soya perlu diminum selalu dan juga produk soya dan tempe adalah baik dimakan.
#4. Keledek Merah
Makanan yang bermutu ini hampir lupus. Selain dari kandungan karbohidrat, ia juga sumber vitamin A, folik dan serat. Daun turi dan keledek merah dimasak lemak atau sayur air boleh meningkatkan susu ibu.
#5. Makanan Bijirin Penuh
Jagung direbus atau sebagai popcorn adalah sumbur makan yang baik yang mengadungi vitamin E, selenium dan faitonutrient. Begitu juga oat , barley, beras merah dan pulut, juga wheat yang biasanya kita makan sebagai roti whole meal. Bubur pulut hitam adala makanan berkhasiat.
#6. Sayur-Sayuran dan Buah-Buahan Berwarna-Warni
Makan banyak buah-buah dan sayur-sayur yang berwarna warni -merah, kuning, ungu, hijau dan lain-lain. Mengandungi pelbagai vitamin, logam, serat dan antioksidan untuk menangkis dari serangan penyakit. Buah-buah jambu, tembikai, betik, oren, epal, pir, buah naga, delima dan lain-lain buah-buah tempatan atau dimport.
Buat jus segar dari buah-buahan. Minum air kelapa muda. Makan sayur-sayur sawi, bayam, kangkong, brokoli, kobis, lobak, pucuk paku atau ubi, taugeh, bendir, terong dan lain-lain.
Buat salad atau rojak campuran sayur-sayuran dan buah-buahan. Sungguh enak dan lazat.
Bila ibu banyak makan buah-buahan dan sayur-sayuran khususnya dalam kandungan 3 bulan terakhir bayi juga membentuk kegemaran makan buah-buahan dan sayur-sayuran apabila lahir kelak.
#7. Daging Merah dan Ayam
Daging merah (lembu dan kambing) yang telah dibuang lemak dan kulit (ayam) adalah sangat berkhasiat untuk ibu-ibu hamil dan menyusukan.
Biasakan masak rebus atau steam dengan banyak guna halia, kunyit, bawang dan serai (masak ala cina atau thai). Kurangkan goreng dan bakar hangus.
#8. Kekacang
Kacang almond (badam) , walnut, gajus dan peanuts adalah makanan-makanan sampingan terbaik bagi ibu-ibu hamil. Mengandungi poly unsaturated fats dan omega 3 yang penting untuk pembentukan otak bayi. Makan bersama-sama kismis atau keroma sebagai sampingan.
#9. Yogurt dan Susu
Yogurt adalah makanan berkhasiat. Mengandungi protein dan kalsium tapi mungkin ia bukan satu pemakanan yang digemari oleh semua. Disamping itu ia jadi sumber bakteria-bakteria baik dalam perut kita seperti probiotik.
Minuman yogart yang ditambah perisa buah-buahan banyak terdapat dipasaran. Ibu-ibu hamil dan menyusukan harap amalkan minuman ini.
Minum susu segar (lembu atau kambing) setiap hari.
#10. Supplemen Vitamin dan Logam
Mulakan amalan makan supplement vitamin sebaik sahaja berkahwin dan terus menerus hingga akhir hayat.
Lepas bersalin dan waktu menyusukan makan double dose.
- Multivitamin termasuk zat-zat logam seperti iron dan folic acid. Jenama-jenama pasaran obimin, premavit atau lain-lain.
- Kalsium dengan vitamin D.
- Fish oil yang mengadungi omega 3 dan DHA.
- Vitamin C 500 mg hingga 1 GM setiap hari.
Manisnya senyum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan