Jumaat, 1 Januari 2016

FRIM: Ada Apa di FRIM?

Salam.

Tarikh: 2-January-2016.

Kredit kepada www.frim.gov.my

Jumaat yang lepas, Meen ke "Forest Research Institute Malaysia" atau FRIM atas undangan sahabat kepada "mrpresident". Sebenarnya telah lama juga mahu ke sana namun, tiada yang menjadi pencetus atau Meen sendiri juga tidak mendesak "mrpresident" untuk ke sana. Namun, dek kerana sahabat "mrpresident" telahpun berada di sana, dialah yang menjadi pencetus Meen memujuk "mrpresident" untuk ke FRIM.



Family Day Outing
Ada apa sebenarnya di FRIM?

Sebenarnya tujuan asal Meen hendak menjejakkan kaki ke FRIM hanyalah untuk merasai sendiri "Canopy Walkway" yang ada di FRIM bersama dengan anak-anak. Namun, selepas beberapa hari Meen berniat untuk ke FRIM, canopy walkway telahpun ditutup bermula daripada 13-Oktober-2015 untuk laluan orang awam atas sebab-sebab keselamatan. Bukan baru-baru ini sahaja yang Meen memasang niat untuk ke FRIM. Menurut FRIM, terdapat sebatang pokok Melembu yang tumbang pada bahagian kedua titian dan menyebabkan tekanan pada sistem titian secara keseluruhannya. Kerosakan pada "Canopy Walkway" juga berpunca daripada ribut petir pada awal Oktober-2015.

"Canopy Walkway"

Namun, tujuan Meen ke FRIM pada kali ini, sebenarnya adalah untuk "hiking", sambil-sambil melayan kerenah anak-anak pada cuti sekolah ini. Sesampainya kami ke FRIM, barulah kami juga maklum bahawa untuk "hiking" juga tidak dibenarkan sama sekali. Hampa juga rasa di hati, namun Meen akur atas arahan pihak berkuasa. Hanya merekalah yang lebih mengerti akan kawasan di sini.

Lantas. mungkin sahaja bagi sesiapa yang hendak juga ke FRIM, bolehlah juga melakukan aktiviti-aktiviti berikut seperti berjogging, berkhemah, berkelah, berbasikal lasak atau merancang untuk mengadakan untuk mengadakan hari keluarga di sini.

Namun, bagi Meen pula, Meen tetap juga hendak meniti laluan "Canopy Walkway". Tunggulah bila ia dibuka semula kepada orang awam.

Manisnya senyum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan