Tarikh 24-Februari-2016.
Hari ini Meen teringin pula hendak mengulangi membuat Semperit Cinta semasa ingin menyambut kedatangan hari raya puasa pada tahun 2015.
Selama ini, memang tak pernah langsung Meen terfikir untuk menyediakan sendiri biskut dan kuih raya untuk sambutan hari raya. Maklumlah, semuanya ditunjuk-tunjuk sahaja.
Tetapi selepas "MrPresident" membawa pulang kuih siput yang dibuat secara gotong royong bersama sahabatnya yang sedap sehingga tidak berhenti-henti mengunyahnya, Meen pun teringin juga hendak membantu untuk menyediakan biskut dan sajian untuk menyambut hari raya.
Semalam sebelum tidur, Meen telahpun menyediakan bahan-bahannya. Jadi semuanya telahpun Meen sukat dan sediakan terlebih dahulu supaya tidak mengambil masa terlalu lama di dapur nanti. Bila ada anak kecil ni, semuanya hendaklah dirancang terlebih dahulu. Jadi, pagi ini tinggal hendak menguli sahaja.
Jom Meen kongsikan resipinya. Resipi ini diambil daripada Majalah Harmoni Julai 2015 namun diolah sedikit oleh Meen.
Semperit Cinta
Semperit Cinta.
Bahan-Bahannya:
|
- Pukul mentega dan gula aising sehingga berubah warna kekuningan dan masukkan esen vanilla.
- Masukkan kuning telur dan kacau rata.
- Masukkan tepung gandum dan tepung kastard serta kaup balikkan sehingga rata.
- Adunan siap.
- Gunakan paip doh semperit dan susunkan di dalam loyang pembakar kuih.
- Hiaskan dengan manik gula.
- Bakar pada suhu 175 darjah Celcius sehingga masak (bakar pada 15-20 minit bergantung kepada oven pembakar anda).
- Setelah semperit berada pada suhu bilik, bolehlah disimpan di dalam balang.
Semperit Cinta Sebelum Dibakar |
Semperit Cinta Sedia Untuk Dimakan |
Belum pun sempat dimasukkan ke dalam balang, Adlina sudah terlebih dahulu merasai Semperit Cinta ini. Sedap katanya. Tersenyum sahaja Meen memerhatikan gelagatnya. Kini, Adlina boleh diajak ke dapur sebagai teman memasak. Walau sesekali dia meminta untuk menolong mengacau rata adunan, Meen biarkan sahaja. Apa yang penting baginya, peluang dan kepercayaan yang diberikan kepadanya untuk membantu membuat kuih Semperit Cinta ini.
Jangan lupa mencuba.
Memang amat mudah. Mungkin sahabat semua ingin mencuba untuk hari raya pada tahun ini. Manalah tahu. dapat juga kita berjimat cermat. Membantu menguruskan ekonomi keluarga kita dengan lebih ekonomi. Itukan satu usaha juga.
Manisnya senyum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan