Sabtu, 27 Jun 2015

9 Kebaikan Penyusuan Susu Ibu Buat Bayi

Salam.

Tarikh 27-Jun-2015.



9 Kebaikan Penyusuan Susu Ibu Buat Bayi.

  1. Susu ibu membekalkan nutisi yang ideal kepada bayi. Kandungan vitamin, protin dan lemak adalah sempurna untuk pembesaran bayi.
  2. Mudah untuk dihadam.
  3. Mengandungi antibodi  yang boleh mengurangkan risiko jangkitan kuman di telinga, pernafasan dan cirit birit.
  4. Mengurangkan risiko mendapat asma dan alahan.
  5. Mengurangkan risiko "obesiti" dan diabetis.
  6. Kajian menunjukkan bayi yang menyusu badan mempunyai daya intelek (IQ) yang tinggi dan perkembangan psikomotor, emosi dan sosial yang lebih baik
  7. Suhu yang sesuai dan sedia diminum.
  8. Bayi lebih rapat dengan ibu.
  9. Mengurangkan risiko Sindrom Kematian Mengejut (Sudden Infant Death Syndrome).

Manisnya senyum.

Jumaat, 26 Jun 2015

6 Kebaikan Penyusuan Susu Ibu Buat Ibu

Salam.

Tarikh 26-Jun-2015.



6 Kebaikan Penyusuan Susu Ibu Buat Ibu.

  1. Membakar lemak badan yang terkumpul semasa mengandung dan seterusnya akan mengembalikan bentuk badan asal sebelum mengandung disertai dengan senaman.
  2. Perembesan hormon oksitosin yang membantu mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko pendarahan selepas bersalin.
  3. Mengurangkan risiko mendapat kanser payudara dan ovari serta risiko kerapuhan tulang pinggul di usia tua (osteoporosis).
  4. Penyusuan susu ibu sepenuhnya membantu menjarakkan kelahiran.
  5. Jalinan emosi yang erat "bonding" di antara ibu dan anak. Mudah dan tidak perlu persediaan peralatan.
  6. Menjimatkan masa dan wang

Manisnya senyum.

Khamis, 25 Jun 2015

Apa Sebenarnya Khasiat Kunyit?

Salam.

Tarikh 25-Jun-2015.
Khasiat Kunyit


  • Agen antiseptik, antibakteria semula jadi, berguna dalam pembasmian luka dan terbakar
  • Kunyit dioleskan pada hidung bayi berkesan untuk merawat selesema
  • Apabila digabungkan dengan kembang kol, ia telah terbukti dapat mencegah kanser prostat dan menghentikan pertumbuhan kanser prostat yang sedia ada
  • Menghalang kanser payudara daripada merebak ke paru-paru
  • Mengurangkan risiko leukemia terhadap kanak-kanak
  • Boleh menghalang dan memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer dengan menghapuskan penumpukan plak amyloyd di dalam otak
  • Anti-radang yang bekerja tanpa kesan sampingan
  • Boleh membantu dalam metabolisme lemak dan membantu dalam pengurusan berat badan
Ibu Kunyit

  • Telah lama digunakan dalam perubatan cina sebagai rawatan untuk kemurungan kerana ciri-ciri anti-radang, ia adalah satu rawatan semula jadi untuk artritis dan artritis reumatoid
  • Meningkatkan kesan chemotherapy drug Paclitaxel dan mengurangkan kesan sampingan
  • Harapan kajian sedang dijalankan ke atas kesan kunyit pada barah pankreas
  • Menghentikan pertumbuhan saluran darah baru di dalam tumor barah
  • Sangat pantas dalam penyembuhan luka-luka dan membantu dalam pembentukan semula kulit yang rosak
  • Boleh membantu dalam rawatan psoriasis dan lain-lain keadaan kulit radang

Jus Kunyit
  1. Kisar 3 ketul saiz besar ibu kunyit yang telah dibersihkan dengan 3 gelas air masak.
  2. Tapiskan.
  3. Campurkan air asam jawa dan gula merah ke dalam periuk yang berisi jus kunyit.
  4. Minum sekali sehari seeloknya pada waktu pagi 2 jam sebelum atau selepas waktu sarapan pagi selama 3 hari berturut-turut (terutamanya bagi wanita yang baru bersalin).
Manisnya senyum.

Khamis, 11 Jun 2015

Bagaimana Menjaga Luka Jahitan Selepas Pembedahan LSCS?

Salam.

Tarikh 11-Jun-2015.

Sudah seminggu semenjak Meen menjalani pembedahan LSCS.

Berpantang pada kali ini 100% sepenuhnya oleh Meen sendiri.

Mengenangkan Mak dan Ayah yang sibuk menguruskan majlis perkahwinan Khairul dan pasangan, Meen dan "MrPresident" mengambil keputusan untuk memilih tarikh bagi menjalani pembedahan di antara kedua-dua belah majlis.

Majlis perkahwinan Khairul dan pasangan diselangkan selama dua minggu. Jadi, alkisahnya, semasa majlis perkahwinan di rumah pengantin perempuan, Affan masih lagi di dalam kandungan. Semasa majlis perkahwinan Khairul dan pasangan di Melaka pula, Affan telahpun berusia seminggu.

Memang sengaja tarikh itu dipilih kerana memikirkan tidak mahu Mak dan Ayah susah hati dan memang berniat supaya akan adalah diberikan kelapangan kepada mereka sebelum dan sesudah Majlis Perkahwinan Khairul. Maklumlah, dalam usia yang sebegitu, kerehatan amat perlu kepada mereka.

Memikirkan untuk melalui tempoh berpantang yang sebeginilah, Meen memikirkan cara terbaik supaya dapat berpantang dengan teliti dan Meen betul-betul harus menitikberatkan soal kesihatan Meen dan Affan. Hanya Meen sahajalah yang memahami

Perkara yang menjadi  keutamaan Meen adalah supaya luka pembedahan dapat sembuh dengan cepat dan tanpa ada masalah.

Ini antara info penting yang perlu diketahui oleh sahabat mengenai cara penjagaan luka jahitan selepas menjalani pembedahan LSCS.




Bagaimana Menjaga Luka Jahitan Selepas Pembedahan LSCS?

Penjagaan luka jahitan selepas LSCS adalah sama dengan mana-mana pembedahan lain di bahagian perut. Jagaan pantang juga sama dengan mereka yang bersalin secara normal. Penjagaan luka penting untuk menentukan luka sembuh sepenuhnya.


Bilakah luka jahitan saya akan sembuh?

Biasanya luka jahitan akan sembuh dalam tempoh dua ke tiga minggu selepas pembedahan kecuali jika ada masalah medikal yang lain seperti diabetis dan keadaan imuniti badan yang lemah.


Bolehkah luka saya dijangkiti kuman dan dapatkah kejadian ini dielak?

Luka boleh dijangkiti kuman.
Biasanya jangkitan kuman terjadi di antara 4 ke 7 hari selepas pembedahan. Mengikut kajian yang dijalankan kurang daripada 1% setahun mengalami jangkitan pada luka bedah. Puan akan diberikan suntikan antibiotik untuk mengurangkan risiko jangkitan.

Jangkitan kuman dapat dielakkan dengan mengamalkan langkah-langkah seperti:

  • Sentiasa basuh tangan sebelum dan selepas menyentuh kawasan luka 
  • Anda digalakkan mandi seperti biasa dengan membasuh luka secara lembut dan pastikan kawasan persekitaran luka kering selepas mandi
  • Elakkan menyentuh luka dengan kerap
  • Jagan sapu sebarang krim atau ubat pada luka tanpa arahan dari doktor
  • Pastikan luka sentiasa di dalam keadaan kering dan bersih
  • Lakukan senaman ringan bagi mengelakkan peredaran darah dan membantu dalam proses penyembuhan luka

Bagaimana tanda-tanda luka dijangkiti kuman?

Jika terdapat tanda-tanda seperti berikut:
  1. Sakit, merah dan panas di sekitar luka diikuti dengan demam atau tidak
  2. Keluar cecair seperti nanah
  3. Jahitan luka pembedahan terbuka
Jika terdapat salah satu atau lebih tanda-tanda seperti yang dinyatakan di atas, anda dinasihatkan untuk pergi ke klinik kesihatan atau hospital yang berdekatan untuk tindakan lanjut.


Bolehkah amalan berpantang?

Boleh tetapi anda digalakkan mengambil lebih sumber protein seperti ikan, ayam dan telur untuk menggalakkan pnyembuhan luka. Bagi bahagian perubatan makanan ini tiada kaitan dengan luka bernanah tetapi jika puan berasa takut puan boleh mengambil makanan lain seperti ikan haruan atau sumber protein tumbuhan seperti hasil dari kacang soya. Makanan yang kaya dengan fiber seperti sayuran hijaudan buah-buahan baik untuk melawaskan pembuangan air besar. Puan juga boleh bertungku atau berurut tetapi elakkan mengurut pada bahagian perut dan tidak menyapu sebarang ubatan pada bahaian luka. 

Anda juga dinasihatkan supaya menghabiskan ubatan yang telah dibekalkan oleh pihak hospital.



Manisnya senyum.

Kredit kepada Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Hospital Kuala Lumpur

Isnin, 8 Jun 2015

Haruan Masak Sup

Haruan Masak Sup

Bahan-Bahannya:

  • 1 ekor ikan haruan 
  • 1 inci halia (ditumbuk)
  • 1 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 sudu kecil lada putih (ditumbuk)
  • 1 keping asam keping
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa
Cara Penyediaannya:
  1. Tumiskan halia, bawang merah, bawang putih dan lada putih yang ditumbuk tadi dengan sedikit minyak. 
  2. Masukkan air dan asam keping.
  3. Masukkan pula ikan haruan. 
  4. Perasakan dengan garam.
  5. Sedia untuk dihidang.
  6. Selamat mencuba. 
Manisnya senyum.

Ahad, 7 Jun 2015

Tenggiri Goreng Halia

Tenggiri Goreng Halia 

Bahan-Bahannya:

  • 2 potong tenggiri
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng
Cara Penyediaannya:
  1. Lumurkan tenggiri dengan serbuk kunyit dan garam.
  2. Gorengkan dengan minyak yang sedikit. Ketepikan.
  3. Tinggalkan minyak sedikit di dalam kuali untuk menumis halia dan bawang putih.
  4. Masukkan kicap manis.
  5. Sedia untuk dihidang.
  6. Selamat mencuba. 
Manisnya senyum. 

Sabtu, 6 Jun 2015

Daging Lada Hitam

Daging Lada Hitam

Bahan-bahannya:

  • 200gm daging lembu
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 3 biji bawang putih (ditumbuk)
  • 1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • Air secukupnya (setengah cawan atau kurang)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
Cara Penyediaannya:
  1. Panaskan sedikit minyak (sekadar untuk menumis bawang putih dan juga lada hitam).
  2. Tumiskan bawang putih dan lada hitam yang ditumbuk sekali.
  3. Masukkan kicap manis dan kicap pekat.
  4. Masukkan pula air secukupnya (setengah cawan atau kurang).
  5. Masukkan daging sehingga daging menjadi hampir kering.
  6. Layurkan bawang besar yang dihiris.
  7. Perasakan dengan garam secukup rasa.
  8. Sedia untuk dihidang.
  9. Selamat mencuba.
Manisnya senyum.

Jumaat, 5 Jun 2015

Mengapa Ekslusifnya Penyusuan Susu Ibu Sepenuhnya Sehingga 6 Bulan?

Salam.

Tarikh 5-Jun-2015.

Affan masuk hari yang ke-3 hari ini.

Meen berniat supaya dapat memberikan dan membekalkan Affan dengan susu ibu sehingga Affan berusia 6 bulan.

Mengapa dikatakan eksklusifnya penyusuan susu ibu sepenuhnya sehingga bayi berusia 6 bulan?


Image result for breastfeeding baby


Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Sepenuhnya (Ekslusif) Sehingga Bayi Berusia 6 Bulan.

  1. Mengandungi nutrien / zat cukup untuk pertumbuhan bayi sehingga berumur 6 bulan.
  2. Memastikan penyerapan zat besi yang optimum dari susu ibu.
  3. Air / makanan pelengkap / susu formula merbahaya - sistem pencernaan dan penghadaman belum matang.
  4. Makanan pelengkap terlalu awal - bayi mudah mendapat diarrhea (cirit-birit) kerana enzim belum tersedia sepenuhnya.
  5. Air / cecair lain (selain susu ibu) - menghakis salutan pelindung penyakit pada sistem pencernaan - bayi terdedah risiko jangkitan dan alahan

Semoga Meen dapat memberikan yang terbaik buat Affan.

Manisnya senyum.

Rabu, 3 Jun 2015

Newborn Affan

Salam.

Tarikh 3-Jun-2015.

Hari ini Meen sudahpun selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Affan

Alhamdulillah, semuanya selamat. Walaupun ini kali ke-4 Meen ke bilik pembedahan, namun setiap kali itu jugalah perasaan gusar menyelubungi diri. 1001 macam perasaan menyelubungi diri, mengingatkan kemungkinan-kemungkinan yang bakal terjadi. Maklumlah, Meen manusia biasa, penuh dengan khilaf.

Ini merupakan kandungan Meen yang ke-4.

Setiap kali ke bilik pembedahan, perasaan dan pengalamannya memang berbeza. Kali ini, air mata Meen tidak dapat ditahan lagi menahan kesakitan ketika doktor memasukkan ubat bius. Sehinggakan menitis dan membasahi bantal yang dipeluk erat oleh Meen. Lima enam kali juga doktor cuba memasukkan ubat bius. Doktor yang pada pandangan Meen masih tidak lagi cukup pengalaman kerana masih lagi dipantau oleh seorang doktor lain yang lebih lanjut usianya. Meen cekalkan hati, memasang niat bahawa semua ini antaranya untuk manfaat bidang perubatan. Berkali-kali jugalah doktor itu memohon maaf di atas kesakitan yang Meen alami. 

Pengalaman sebelum ini membuatkan Meen lebih memahami dan mungkin lebih mencuba untuk memahami tindakan seorang bergelar doktor. Tiada yang lebih penting bagi mereka bergelar doktor melainkan untuk menyelamatkan nyawa pesakit. Terima kasih doktor semua. Jasa kalian memang tiada bandingannya. 

magazinesbymeen@blogspot.com
Newborn Affan

magazinesbymeen@blogspot.com
Like Son Like Father

magazinesbymeen@blogspot.com
SedapnyaTidur

Semoga menjadi anak soleh Affan. 

Manisnya senyum. 

Isnin, 1 Jun 2015

Berpantang dan Set Bersalin Tanamera

Salam.

Tarikh 1-Jun-2015.

Hanya tinggal lagi dua hari sebelum tarikh pembedahan LSCS.

Rasanya sudah cukup segala persediaan untuk menyambut kelahiran putera kami yang pertama.

Kali ini Meen dan "MrPresident" mengambil keputusan untuk sepenuhnya berpantang sendiri.

Cukuplah rasanya bantuan dan pertolongan yang diberikan oleh Mak dan Ayah sebelum ini.

Kali ini biarlah pula Mak dan Ayah berlapang dada untuk menerima kehadiran menantu baru mereka.

Bercerita mengenai berpantang, memang Meen amat menitikberatkan soal berpantang. Bukan atas sebab lain, tapi kerana mengenangkan dengan berpantanglah badan ibu yang bersalin dapat segera dipulihkan. Maklumlah setelah lebih sembilan bulan mengandung, inilah masanya untuk diberi perhatian semula kepada kesihatan diri.

Bercerita mengenai set bersalin, Meen lebih selesa menggunakan set bersalin Tanamera. Semasa berpantang selepas kelahiran Adlina, set inilah juga yang meen gunakan. Kali ini, Meen hanya menambahkan barang-barang yang penting dan perlu sahaja kerana ada juga sisa baki daripada set bersalin yang lepas yang belum habis Meen gunakan dan masih boleh untuk digunakan.


Set Bersalin Tanamera

Set Bersalin Tanamera ini mengandungi 10 produk di dalam satu set iaitu:

  1. Minyak Kelapa Dara
  2. Sabun Herba
  3. Minyak Urut Herba
  4. Herba Pembersih Wanita
  5. Mandian Herba
  6. Teh Herba
  7. Tapel
  8. Bengkung
  9. Pilis
  10. Lulur Badan Herba
Hanya beberapa barang sahaja yang Meen tambahkan untuk kegunaan semasa dalam berpantang nanti. 

Set bersalin Tanamera ini Meen pilih untuk digunakan semasa dalam berpantang kerana ianya dirumus daripada ramuan semula jadi yang berasaskan tumbuh-tumbuhan dan menekankan penggunaan herba tropika dan pati minyak asli. Ia juga dirumus secara tradisional dan saintifik bagi membantu memulihkan badan dalam masa yang lebih singkat.


9 Produk Termasuk Bengkung Bertali


Kepada sahabat yang mungkin bakal bersalin dan akan berpantang nanti, apa kata cuba gunakan 
Set Bersalin Tanamera ini sebagai pembantu untuk pemulihan badan yang lebih cepat.

Kepada sahabat yang bergelar suami pula, apa kata cuba hadiahkan set bersalin Tanamera ini kepada isteri tersayang kerana telah mengandung dan juga melahirkan zuriat anda. 

Artikel ini bukan ditaja, cuma ingin berkongsi pengalaman menggunakan produk yang baik sahaja, itupun dari pengalaman dan perspektif Meen.


Manisnya senyum