Tarikh 1-Jun-2015.
Hanya tinggal lagi dua hari sebelum tarikh pembedahan LSCS.
Rasanya sudah cukup segala persediaan untuk menyambut kelahiran putera kami yang pertama.
Kali ini Meen dan "MrPresident" mengambil keputusan untuk sepenuhnya berpantang sendiri.
Cukuplah rasanya bantuan dan pertolongan yang diberikan oleh Mak dan Ayah sebelum ini.
Kali ini biarlah pula Mak dan Ayah berlapang dada untuk menerima kehadiran menantu baru mereka.
Bercerita mengenai berpantang, memang Meen amat menitikberatkan soal berpantang. Bukan atas sebab lain, tapi kerana mengenangkan dengan berpantanglah badan ibu yang bersalin dapat segera dipulihkan. Maklumlah setelah lebih sembilan bulan mengandung, inilah masanya untuk diberi perhatian semula kepada kesihatan diri.
Bercerita mengenai set bersalin, Meen lebih selesa menggunakan set bersalin Tanamera. Semasa berpantang selepas kelahiran Adlina, set inilah juga yang meen gunakan. Kali ini, Meen hanya menambahkan barang-barang yang penting dan perlu sahaja kerana ada juga sisa baki daripada set bersalin yang lepas yang belum habis Meen gunakan dan masih boleh untuk digunakan.
Set Bersalin Tanamera |
Set Bersalin Tanamera ini mengandungi 10 produk di dalam satu set iaitu:
- Minyak Kelapa Dara
- Sabun Herba
- Minyak Urut Herba
- Herba Pembersih Wanita
- Mandian Herba
- Teh Herba
- Tapel
- Bengkung
- Pilis
- Lulur Badan Herba
Hanya beberapa barang sahaja yang Meen tambahkan untuk kegunaan semasa dalam berpantang nanti.
Set bersalin Tanamera ini Meen pilih untuk digunakan semasa dalam berpantang kerana ianya dirumus daripada ramuan semula jadi yang berasaskan tumbuh-tumbuhan dan menekankan penggunaan herba tropika dan pati minyak asli. Ia juga dirumus secara tradisional dan saintifik bagi membantu memulihkan badan dalam masa yang lebih singkat.
9 Produk Termasuk Bengkung Bertali |
Kepada sahabat yang mungkin bakal bersalin dan akan berpantang nanti, apa kata cuba gunakan
Set Bersalin Tanamera ini sebagai pembantu untuk pemulihan badan yang lebih cepat.
Kepada sahabat yang bergelar suami pula, apa kata cuba hadiahkan set bersalin Tanamera ini kepada isteri tersayang kerana telah mengandung dan juga melahirkan zuriat anda.
Artikel ini bukan ditaja, cuma ingin berkongsi pengalaman menggunakan produk yang baik sahaja, itupun dari pengalaman dan perspektif Meen.
Manisnya senyum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan