Salam.
Tarikh 3-Jun-2015.
Hari ini Meen sudahpun selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Affan.
Alhamdulillah, semuanya selamat. Walaupun ini kali ke-4 Meen ke bilik pembedahan, namun setiap kali itu jugalah perasaan gusar menyelubungi diri. 1001 macam perasaan menyelubungi diri, mengingatkan kemungkinan-kemungkinan yang bakal terjadi. Maklumlah, Meen manusia biasa, penuh dengan khilaf.
Ini merupakan kandungan Meen yang ke-4.
Setiap kali ke bilik pembedahan, perasaan dan pengalamannya memang berbeza. Kali ini, air mata Meen tidak dapat ditahan lagi menahan kesakitan ketika doktor memasukkan ubat bius. Sehinggakan menitis dan membasahi bantal yang dipeluk erat oleh Meen. Lima enam kali juga doktor cuba memasukkan ubat bius. Doktor yang pada pandangan Meen masih tidak lagi cukup pengalaman kerana masih lagi dipantau oleh seorang doktor lain yang lebih lanjut usianya. Meen cekalkan hati, memasang niat bahawa semua ini antaranya untuk manfaat bidang perubatan. Berkali-kali jugalah doktor itu memohon maaf di atas kesakitan yang Meen alami.
Pengalaman sebelum ini membuatkan Meen lebih memahami dan mungkin lebih mencuba untuk memahami tindakan seorang bergelar doktor. Tiada yang lebih penting bagi mereka bergelar doktor melainkan untuk menyelamatkan nyawa pesakit. Terima kasih doktor semua. Jasa kalian memang tiada bandingannya.
Newborn Affan
Like Son Like Father
SedapnyaTidur
Semoga menjadi anak soleh Affan.
Manisnya senyum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan