Tarikh 25-Mei-2015.
Ada terdapat tanda-tanda yang dapat menunjukkan bahawa bayi ingin untuk disusukan "feeding cue". Cubalah fahami setiap gerakan bayi kerana setiap pergerakan bayi mempunyai maksud-maksud tertentu untuk ibu fahami.
- Menggerak-gerakkan mata
- Membuka mulut, menjelirkan lidah
- Memusingkan kepalanya untuk mencari payudara ibu "rooting reflex"
- Bayi mengeluarkan bunyi berdecit perlahan "soft whimper sound"
- Menghisap jari tangan, selimut atau kain atau sebarang objek yang menyentuh bibirnya
Foto kredit kepada pregnancytips.org |
Adalah sangat penting untuk memulakan penyusuan awal dalam masa setengah jam selepas kelahiran bayi. Kenapa ibu perlu menyusu awal sejurus selepas kelahiran?
- Untuk memastikan kejayaan penyusuan susu ibu secara eksklusif
- Untuk bayi mendapat cukup kolustrum
- Untuk mengecutkan rahim bagi mengelakkan "tumpah darah"
- Supaya susu cepat dihasilkan dan berterusan
- Kolustrum sebagai imunisasi pertama
Apa kelebihan dan faedah yang terdapat di dalam kolustrum?
- Kaya antibodi - melindungi bayi dari jangkitan dan alahan
- Kaya sel darah putih - melindungi dari jangkitan
- Kaya vitamin A dan vitamin E
- Faktor pertumbuhan - kematangan usus dan mencegah alahan
- Sejenis laksatif - mengeluarkan mekonium dan mencegah jaundis
Manisnya senyum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan